Telegram PH http://t.me/beritapolitikmalaysia

Laporan yang tersiar tidak semestinya mewakili pandangan pihak pentadbir halaman.

Isnin, 3 Februari 2020

Admin Page KPM, KKM Dan KPDNHEP Perlu Berhenti Memalukan Pakatan Harapan.

POLITIK | Buat post, padam. Buat post, padam. Ini mencemarkan intergriti Pakatan Harapan.

Kepada Menteri yang menjaga;


1. Kementerian Pendidikan Malaysia
2. Kementerian Kesihatan Malaysia
3. Kementerian Perdagangan Dalam Negeri Dan Hal Ehwal Pengguna

Anda perlu melakukan sesuatu terhadap admin yang menjaga halaman rasmi kementerian anda;



# Admin di page-page di atas telah melakukan kontroversi.

# Kontroversi mereka sangat memalukan dan kesannya, PH mendapat nama buruk dan terjejas.


# Mereka buat post, dan mereka padamkan. Mereka buat post, post itu disebarkan kepada page-page pembangkang yang lain oleh penyokong pembangkang. Mereka padamkan post itu selepas menerima kecaman, kritikan dan kutukan bertubi-tubi di ruangan komen.

# Tindakan memadamkan post itu membawa impak negatif terhadap imej kerajaan. Apakah impak itu agaknya?

Pertama : telah mengakui salah. Yelah, itulah gambaran yang timbul. Jika tak buat salah, kenapa padam? Bila padam kau mengaku la kau buat salah. Bukankah begitu?

Kedua : Benar, page kementerian perlulah bersikap profesional. Tetapi siapakah yang tentukan post itu profesional atau tidak? Kenapa jadikan pembangkang hakim? Hanya kerana mereka kata post itu tak PROFESIONAL, anda memang perlu bersetuju ke ia tak PROFESIONAL?

Mahu tahu apakah post yang dipadamkan?

Post mengenai ucapan hari jadi. Eh, biasalah. Ucapan hari jadi kepada Timbalan Menteri Pendidikan, apa yang tak profesionalnya? Ia membentuk silaturahim. Pembangkang nak fikir secara negatif, itu hak mereka lah. Kenapa pula kita mesti mengesahkan pandangan mereka itu benar?

Post mengenai palatau KKM. Kenapa ia dianggap tak profesional? Takde masalah. Kita bukan cakap orang babi, jibby, madet, mahazalim, semburit, dan sewaktu dengannya. Kenapa nak padamkan post dan memberikan gambaran ah betul lah post itu bergaya cybertroopers. Kenapa berikan hak mencorakkan post itu kepada penyokong pembangkang? Pembangkang macam biasalah, mereka ada hak mengkritik dan membantah, raikan sahajalah tapi tak bermakna perlu tunduk dan setuju. Padamkan post maknanya korang setuju dengan tuduhan yang mengatakan KKM dah jadi macam cybertroopers.

Post mengenai Saifuddin menembak 14 kali. Itu adalah aktiviti peribadi Saifudin yang dihebahkan melalui page kementerian. Kenapa admin page tak pandai membezakan antara hubungan kerja dengan hubungan peribadi? Kesannya dikecam bertubi-tubi. Lepas dikecam, macam biasa padamkan post. Lepas tu yang terima kesannya ialah PH. Oh, parti yang mentadbir Malaysia neh BULLSHIT. BODOH. BANGANG. BINGAI. 

Inilah gambaran yang sedang berbentuk.

Sedikit demi sedikit menjadi bukit.

Kat sana buat bangang sikit.
Kat sini buat bangang sikit.
Lepas itu masalah ekonomi buat bangang.
Masalah politik buat bangang juga.
Masalah perkauman buat bingai.
Masalah kronisme buat pekak.
Masalah fakenews buat bahlol.

Semua elemen-elemen di atas masuk ke dalam pemikiran rakyat. Nampak macam kecik je isu perangai admin page kementerian yang bangang tu.

Ya, kecik. Itu jika satu isu.

Kalau PH ada 100 isu?
1000 isu?
10,000 isu?

Semua isu-isu kecik ini bila digabungkan tak jadi kecik tau. Ia jadi bukit tau. Dan bukit ini, yang ada dalam kotak pemikiran rakyat ini, akan diterjemahkan dalam bentuk undi.

Sebab tu jangan pandang remeh dalam isu kecik.
Paling koman pun, tak kan korang tak boleh letak admin cerdik kat page-page kementerian. Betul tak? - 3 Februari 2020.

Share this

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...