PKR Kartel
PPBM
Warisan
PAS
UMNO
Menurut Menteri Pengangkutan itu, tumpuan seharusnya diberikan kepada memerangi koronavirus dan bukannya melayan spekulasi.
"Kita jangan buang masa terhadap khabar angin itu. Akan ada khabar angin berterusan di sana sini. Sudah tentu, ramai oportunis mahu menggugat kerajaan.
"Setakat yang kita tahu, kerajaan Pakatan Harapan di bawah pimpinan Mahathir adalah kukuh dan stabil.
"Jangan buang masa terhadap khabar angin," katanya, memetik laporan Malaysiakini.
Di pihak UMNO dan PAS kelihatan mereka mula membincangkan isu kerjasama ini secara terbuka selepas Lokman mendedahkan ia ketika membuat LIVE Facebook pada Ahad.
Takiyuddin misalnya secara terbuka menyatakan sokongan padu kepada Tun Mahathir PM sepenggal seolah-olahnya PAS akan masuk sebagai kerajaan baru manakala UMNO bercakaran dengan penyokong sendiri di sosial media.
Berdasarkan tinjauan, majoriti penyokong UMNO memilih prinsip berbanding kuasa. Kerana mereka sangat yakin akan menang dengan Muafakat Nasional pada PRU ke 15 kelak.
Namun tiada tinjauan dilakukan terhadap penyokong PAS memandangkan tiada mana-mana pemimpin PAS yang menyatakan wujudnya pelawaan bagi menyertai kerajaan baru dibawah nama Pakatan Nasional. - 6 Februari 2020.