Telegram PH http://t.me/beritapolitikmalaysia

Laporan yang tersiar tidak semestinya mewakili pandangan pihak pentadbir halaman.

Selasa, 4 Februari 2020

Muafakat Nasional Ataupun Pakatan Nasional, Ini Respon Penyokong Pembangkang.

POLITIK | UMNO sedang berpecah teruk memandangkan sebahagian dari Ahli Parlimennya memasang hasrat untuk melompat pada kerajaan baru yang diberikan nama Pakatan Nasional.

Dalam Pakatan Nasional, jika berjaya maka akan menyaksikan pembentukan kerajaan baru dengan parti-parti berikut;

PPBM
UMNO
PAS
WARISAN
GPS dan beberapa parti kecil dari Sabah dan Sarawak.



Dalam usaha untuk membentuk kerajaan pintu belakang ini hanya UMNO BN dan sebilangan dari GPS teragak-agak untuk bersama kerana terikat dengan prinsip dan sokongan padu akar umbi yang semakin kuat dari hari ke hari.



Ini merujuk kepada prestasi pilihanraya kecil demi pilihanraya kecil yang dimenangi oleh gabungan Muakafat Nasional sejak kebelakangan ini.


BN percaya, jika momentum ini berkekalan, merampas balik kerajaan dari Pakatan Harapan pada GE15 bukanlah mustahil.

Bagaimanapun yang tidak mereka menyangka ialah tindakan rakan sekutu mereka yang bersetuju dengan pembentukan kerajaan pintu belakang dan mengkhianati Muakafat Nasional.

Hal itu akhirnya memaksa BN berpecah dua, kepada antara membantah ataupun mengikuti jejak langkah rakan politik mereka.


Kerana itu Ketua Pemuda UMNO dan beberapa penyokong UMNO di Facebook mengadakan poll untuk mengumpulkan pandangan ramai pihak, khususnya penyokong Muafakat Nasional bagi mengangkat pandangan itu kepada peringkat mesyuarat di majlis tertinggi.

Pandangan dari penyokong itu akan diterjemahkan ke dalam bentuk tindakan, samada UMNO turut mengikuti jejak langkah rakan sekutu mereka ataupun menyekat penubuhan kerajaan pintu belakang.


Setakat tinjauan pada 4 Februari di halaman SEDAR Malaysia dan Dr. Asyraf Wajdi, mendapati;

📍 Di halaman Sedar Malaysia : 94% menyokong gagasan Muafakat Nasional, dan Mahathir tidak boleh dilibatkan dalam gerakan ini.

📍 Hanya 6% sahaja yang memilih untuk bersama-sama Tun Mahathir.

📍 Jumlah poll itu adalah 38,900 undi.

📍 Bermakna, 2,334 menyokong manakala 36,566 membantah kehadiran Mahathir.

📍 Poll itu akan berlangsung selama 5 hari lagi.


📍 Di halaman Dr. Asyraf Wajdi Dusuki pula, telah memperolehi 93,300 undi.

📍 45% menyatakan sokongan manakala 55% menolak.

📍 Ini bermakna 51,315 membantah dengan 41,985 menyokong.

📍 Berdasarkan pemerhatian, kebanyakan tidak memahami bahawanya Muafakat Nasional akan digantikan dengan kerajaan baru, Pakatan Nasional. Bukannya dengan mengekalkan Muafakat Nasional dengan kemasukan Tun Mahathir. Ia adalah PAS dan UMNO yang seberang ke sebelah sana dan PKR Anwar, DAP dan Amanah pula akan sebelah sini.

📍 Dalam kerajaan baru ini, Najib tidak akan diterima sama sekali. Ia mesti dijayakan tanpa penglibatan Najib.

📍 Bagi penyokong kelihatannya mereka juga berpecah seperti berpecahnya kumpulan pemimpin;

- Ada yang sokong atas tujuan mewujudkan kerajaan all melayu.

- Ada yang sokong asalkan menolak DAP.

- Ada yang membantah atas nama prinsip dan perjuangan.

- Ada yang membantah kerana tidak percayakan Tun Mahathir.

- Ada yang membantah kerana nantinya terpaksa berkompromi dengan isu seperti parti jam 4 pagi, semburit, dakwaan salahlaku dan penyelewengan. 

- Ada yang menyokong kerana beranggapan hayat Tun Mahathir tidak akan lama.

- Ada yang membantah kerana tidak mahu MN dipergunakan PPBM.

- Ada yang menyokong kerana beranggapan ia adalah untuk mengajar orang cina dan india.

- Ada yang membantah kerana tidak mahukan kerajaan pintu belakang.

- Ada yang menyokong kerana beranggapan kerajaan baru akan lebih kuat dan boleh melaksanakan dasar-dasar pembaharuan tanpa campurtangan puak liberal.

- Ada yang membantah kerana beranggapan MN hanya akan menjadi seperti melukut di tepi gantang, dan terpaksa tunduk dengan setiap tindakan Mahathir.

- Ada yang membantah kerana yakin MN akan menang besar dalam GE15 seterusnya mengalahkan Tun dan menghilangkan egonya.

- Ada yang membantah kerana merasakan tidak lagi perlu menjadi talian hayat Tun ketika susah. Bila dah senang, bila-bila masa sahaja PAS dan UMNO akan ditendang bagaikan kain buruk. Tambahan Tun tidak bersetuju hudud, sudah tentulah PAS terpaksa bersoaljawab dengan penyokong dalam isu hudud dan hal-hal berkaitan Islam yang ditolak oleh Tun.

Samada kerajaan baru akan terbentuk atau tidak, kita tunggu selepas 7 Februari 2020. - 4 Februari 2020.

Share this

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...