Telegram PH http://t.me/beritapolitikmalaysia

Laporan yang tersiar tidak semestinya mewakili pandangan pihak pentadbir halaman.

Sabtu, 3 Ogos 2019

Menteri Nafi Mahu Tubuh Polis Pelancong, Sebaliknya Hanya Cadang Tambah Anggota..

POLITIK | Portal Berita Harian dan UTUSAN melaporkan secara berbeza kenyataan Menteri Pelancongan, Muhammaddin Ketapi mengenai polis pelancongan yang tular baru-baru ini.

Laporan UTUSAN dengan tajuk besarnya : MOTAC cadang tubuh polis pelancong sempena Tahun Melawat Malaysia 2020 - dengan memetik kenyataan Muhammadin Ketapi : “Saya akan berunding dengan KDN tentang peranan dan (siapa yang akan menyertai) pasukan polis pelancong," sebagai rujukan pemberitaan. Untuk rekod, laporan ditulis oleh Bernama tetapi tajuk adalah dari Utusan Online.

Rujukan : https://www.utusan.com.my/berita/nasional/motac-cadang-tubuh-polis-pelancong-sempena-tahun-melawat-malaysia-2020-1.944751

Laporan BERITA HARIAN pula melaporkan : Mohamaddin berkata, sebagai menjamin keselamatan pelancong, pihaknya berbincang bersama Kementerian Dalam Negeri (KDN) bagi menempatkan lebih ramai polis pelancong sebagai persediaan menghadapi Tahun Melawat Malaysia 2020.


Katanya, kehadiran polis pelancong dilihat sebagai keperluan bagi menjamin keselamatan dan keselesaan pelancong sepanjang berada di dalam negara ini.

“Polis pelancong ini akan ditempatkan di bandar raya besar seperti di Kuala Lumpur dan tempat yang menjadi tumpuan pelancong, dan mereka akan membawa imej Malaysia di mata dunia.

“Negara kita sememangnya selamat untuk dikunjungi, tetapi dengan adanya polis pelancong ini, pelancong akan lebih selesa,” katanya.


Rujukan : https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2019/07/589552/malaysia-destinasi-selamat-untuk-pengembara-solo-wanita

Bagi memperjelaskan tuduhan, pada 29 Julai 2019, Muhammadin Ketapi telah berkongsikan pemberitaan Berita Harian yang dilaporkan pada 26 Julai itu di halaman Facebooknya dengan berkata beliau memaklumkan kepada media yang beliau mahu berbincang dengan KDN untuk menempatkan lebih ramai polis pelancong bagi menjamin keselamatan dan persediaan menghadapi Tahun Melawat Malaysia 2020 dan bukan seperti dakwaan yang tersebar sebelumnya.


Bagaimanapun penjelasannya itu tidak mendapat sambutan dari netizens. - 3 Ogos 2019.

Share this

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...