Telegram PH http://t.me/beritapolitikmalaysia

Laporan yang tersiar tidak semestinya mewakili pandangan pihak pentadbir halaman.

Rabu, 31 Julai 2019

Penjelasan Sebenar Laporan Forensik ADUN Tronoh Hilang.

POLITIK | PENJELASAN SEBENAR DISEBALIK DAKWAAN LAPORAN FORENSIK ADUN TRONOH HILANG.


1. Pada 29 Julai 2019, portal MCA telah mengeluarkan kenyataan media yang mendakwa laporan forensik dalam siasatan kes rogol Adun Tronoh, Paul Choo Kiong ke atas seorang pembantu rumah Indonesia, hilang.



2. Meskipun tajuk besar kenyataan media itu menulis HILANG - tetapi apabila keseluruhan isi kandungan penulisan itu dibaca, Datuk Heng Seai Kie hanya mendakwa laporan forensik tidak disertakan sekali semasa memberikan kertas siasatan kepada pihak pendakwaraya yang menjadi punca ia dipulangkan semula kepada pihak polis.


3. Datuk Heng mendakwa perkara itu sebagai kesilapan dan kecuaian dari PDRM dan KETUA POLIS PERAK, Datuk Razarudin patut bertanggungjawab.



4. Hal ini disensasikan oleh MCA berikutan satu laporan yang ditulis oleh Sinar Harian pada 26 Julai 2019, dengan tajuk utamanya -> ROGOL : POLIS NAFI TIADA TINDAKAN DIAMBIL TERHADAP EXCO. 


Sumber : https://www.sinarharian.com.my/article/40063/KHAS/Isu/Rogol-Polis-nafi-tiada-tindakan-diambil-terhadap-Exco

5. Kenyataan yang mendorong kepada kontroversi berada di perenggan kelima : "Menurutnya, kertas siasatan dirujuk kepada Timbalan Pendakwa Raya dan telah dikembalikan bagi mendapatkan laporan daripada pakar perubatan dan jabatan kimia".

6. Ia kemudiannya disalahanggap sebagai kecuaian oleh Datuk Heng.

7. Dan disalahanggap sebagai kehilangan oleh netizens yang hanya membaca TAJUK UTAMA kenyataan media Datuk Heng.

8. Menurut PDRM, apa yang menyebabkan laporan forensik tidak dilampirkan sekali semasa siasatan adalah kerana JABATAN KIMIA belum lagi selesai dalam siasatan mereka.

9. PDRM memberikan laporan siasatan kepada pendakwaraya sebagai langkah memaklumkan hasil siasatan setakat itu.

10. Pendakwaraya memulangkan semula kerana masih menunggu bukti selanjutnya dari pakar forensik.

11. Justeru itu tidak timbul sama sekali dakwaan laporan forensik dalam kes Adun Tronoh hilang, sengaja dihilangkan, dicuri dan sebagainya.

12. Apatah lagi zaman sekarang adalah zaman internet, segala maklumat dan hasil siasatan direkodkan secara bersistematik dan boleh dicetak berulangkali.

13. Yang patut dibimbangkan ialah kehilangan bukti, atau bukti dicemari. Oleh kerana kes ini adalah kes berprofil tinggi kerana membabitkan hubungan dua negara, ketelusan akan menjadi perkara utama.

14. PDRM juga mengeluarkan kenyataan amaran bagi menjawab dakwaan sesetengah pihak yang menuduh polis cuai dan sabotaj dalam kes siasatan Adun Tronoh.

15. "PDRM ingin menasihati semua pihak agar tidak membuat sebarang kenyataan atau spekulasi yang tidak bertanggungjawab yang boleh menjejaskan siasatan polis serta menidak ketelusan, keadilan, nama baik PDRM terutamanya PDRM Perak," kata Datuk Razarudin dalam satu kenyataan semalam. 

16. Laporan polis terhadap halaman Facebook 1 Malaysia Tolak DAP juga telah dibuat kerana menfitnah dan mencabar kewibawaan pihak polis.

17. Kes tersebut akan disiasat dibawah Seksyen 233 Akta Komunikasi Dan Multimedia 1998 dan Seksyen 500 Kanun Keseksaaan. - 31 Julai 2019.

Share this

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...