Telegram PH http://t.me/beritapolitikmalaysia

Laporan yang tersiar tidak semestinya mewakili pandangan pihak pentadbir halaman.

Rabu, 31 Julai 2019

Sekolah Menengah Tamil Ada Dalam Janji Manifesto PH, Kenapa Baru Nak Kaji? - MIC.

Sivarraajh Chandran | SEKOLAH MENENGAH TAMIL ADALAH JANJI PAKATAN HARAPAN, KENAPA BARU NAK KAJI KEPERLUAN?
 
Timbalan Menteri Pendidikan Pakatan Harapan jawab di Dewan Negara yang Kerajaan Pakatan Harapan baru hendak kaji keperluan tunai janji bina Sekolah Menengah Tamil pertama.


Katanya, Kementerian Pendidikan menubuhkan satu jawatankuasa bagi mengkaji KEPERLUAN membina sekolah tersebut.

Saya rasa cukup pelik dengan jawapan dari YB Timbalan Menteri Pakatan Harapan. Jawapan dia seolah - olah seperti Pakatan Harapan tidak pasti perlu atau tidak menubuhkan sekolah ini, walaupun penubuhan Sekolah Menengah Tamil ini ialah sebahagian dari 25 Janji Khas Pakatan Harapan bagi Masyarakat India melalui Iltizam Khas Pakatan Harapan Masyarakat India.

Cadangan bina Sekolah Menengah Tamil ialah JANJI Pakatan Harapan. Mereka gunakannya untuk meraih undi dan sokongan di dalam PRU lepas, tapi lepas menang dan memerintah bagi hampir satu tahun tiga bulan mereka lakukan "U Turn" kata bahawa Kerajaan baru hendak kaji keperluan.

Sebelum PRU 14, bukan main pemimpin kanan DAP seperti seperti Lim Guan Eng, Ramasamy, dan lain - lain hentam Barisan Nasional konon kami menghalang usaha mereka bina Sekolah Menengah Tamil pertama di Pulau Pinang tapi sekarang mereka berdiam malah langsung tak berani lalukan apa - apa walaupun kedua - dua Kerajaan Pusat dan Kerajaan Negeri berada di bawah Pakatan Harapan.

Apa lagi alasan Pakatan Harapan? Dulu tuduh, hasut Masyarakat India kata Barisan Nasional tidak jaga kepentingan Masyarakat India, tapi sekarang bagaimana? Menteri Pendidikan dan Menteri Kewangan serta Ketua Menteri Pulau - Pinang semua dari Pakatan Harapan, jadi apa susah sangat meluluskan pembinaan Sekolah Menengah ini? Kenapa baru nak kaji keperluan sedangkan ianya digunakan sebagai janji untuk memancing sokongan Masyarakat India dalam PRU lepas?

Jelas disini Kerajaan Pakatan Harapan ini tiada komitmen untuk menunaikan janji mereka bagi Masyarakat India. Mereka hanya pandai cakap untuk raih undi tapi lepas memang PRU mereka terus bagi pelbagai alasan untuk melarikan diri dari tanggung jawab.

Share this

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...