Telegram PH http://t.me/beritapolitikmalaysia

Laporan yang tersiar tidak semestinya mewakili pandangan pihak pentadbir halaman.

Rabu, 31 Julai 2019

Penjelasan Sebenar Kes Suami Isteri Warga Emas Menyebarkan Ajaran Kristian Di Klinik Kerajaan.

VIRAL | Penjelasan Sebenar Kes Suami Isteri Warga Emas Menyebarkan Ajaran Kristian Di Klinik Kerajaan.

1. Semalam terdapat beberapa pihak yang menyebarkan dakwaan kononnya pihak berkuasa telah menahan pasangan mubaligh Kristian kerana menyebarkan risalah menyeru kepada ajaran Kristian di Klinik Kesihatan Bukit Kuda.


2. Pihak itu mendakwa, makcik berketurunan cina yang berusia 60 tahun itu dilihat menyebarkan risalah Kristian kepada mereka yang berada dalam Klinik Kesihatan termasuklah kepada penganut Islam.

3. Hal itu kemudiannya dengan segera dilaporkan kepada pengawal keselamatan. Doktor dan seorang pesakit lelaki beragama Islam juga mengesahkan berlakunya aktiviti sedemikian, kata dakwaan itu lagi.

4. Laporan itu juga mendakwa, risalah itu berasal dari Gereja Saint Ignatius yang terletak di Petaling Jaya. Selain itu, laporan itu juga berkata gereja telah menerima dana yang besar dari luar bagi tujuan penyebaran ajaran Kristian dan mempergunakan mereka yang miskin dan tidak bernasib baik bagi membantu menyebarkan ajaran Kristian di beberapa negara. Bayaran seperti upah dan elaun juga diberikan.

5. Serentak dengan penyebaran dakwaan tersebut di beberapa kumpulan WhatsApp, netizens mula merasa cemas dan membuat beberapa pertuduhan berbaur perkauman.

6. Ketua Polis Daerah Klang Utama, ACP NurulHuda menafikan pihak polis telah menahan pasangan warga emas yang menyebarkan ajaran Kristian di Klinik Kesihatan Bukit Kuda pada 29 Julai 2019.

7. Apa yang berlaku sebenarnya ialah;

👉 Pada 29 Julai 2019 jam 11.00 pagi, PDRM telah menerima panggilan MERS 999 daripada seorang lelaki Melayu memaklumkan terdapat seorang perempuan Cina sedang mengedarkan risalah berkaitan ajaran agama Kristian di Klinik Kesihatan Bukit Kuda, Klang. 

👉 Pihak PDRM tiba di lokasi dan membawa 1 lelaki serta 1 perempuan Cina yang merupakan warganegara tempatan

ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Klang Utara untuk dijalankan temuduga. 

👉 Kedua-dua pasangan Cina tersebut mempunyai hubungan suami isteri dan berumur dalam lingkungan 70-an.

👉 Hasil temuduga yang dijalankan mendapati, perempuan Cina tersebut yang merupakan penganut agama Kristian tidak mengetahui bahawa tindakan mengedarkan risalah agama lain kepada penganut agama Islam adalah salah dari segi undang-undang negara. Walaubagaimanapun,
beliau mendakwa risalah tersebut tidak akan diberikan sekiranya seseorang itu menolak. 


👉 Tujuan pengedaran risalah dibuat kerana mengucapkan rasa syukur kepada Tuhan yang telah menyembuhkan penyakit beliau. Beliau turut menjelaskan tindakan ini dibuat atas kapasiti peribadi dan tidak dibelakangi oleh mana-mana pihak.

👉 Kedua-dua pasangan suami isteri telah memberikan kerjasama yang baik sepanjang tempoh temuduga dijalankan dan telah dinasihati agar tidak mengulangi tindakan yang sama.


👉 Pihak PDRM tidak pernah membuat sebarang tangkapan seperti mana yang telah disebarkan melalui penyebaran whatsapp ke atas kedua-dua pasangan tersebut. Sekian.


8. Justeru itu penyebaran dakwaan yang tidak berasas sama sekali perlu dihentikan. - 31 Julai 2019.

Share this

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...