Telegram PH http://t.me/beritapolitikmalaysia

Laporan yang tersiar tidak semestinya mewakili pandangan pihak pentadbir halaman.

Selasa, 18 September 2018

Pakai Uniform Macam Tentera, PAS Anggap Ia Tak Langgar Undang-Undang.

SINAR HARIAN | Pas menganggap pemakaian uniform Jabatan Amal di hari perasmian muktamarnya semalam tidak melanggar undang-undang.


Setiausaha Agung Pas, Datuk Takiyuddin Hassan berkata, pakaian menyerupai seragam tentera Malaysia nombor satu adalah perkara biasa.

"Lagipun yang ketuai perbarisan itu ialah bekas tentera. Pada umumnya pakaian nombor satu ini normal.

"Dalam pengakap pun ada pakai. Di peringkat negeri juga berbeza-beza pakaian nombor satunya,"
katanya kepada media di Muktamar Tahunan Pas ke-64, di sini, pada Ahad.

Beliau mengulas kenyataan Persatuan Patriot Kebangsaan (Patriot) yang menggesa Kementerian Pertahanan dan Kementerian Dalam Negeri (KDN) mengambil tindakan berhubung pakaian perbarisan Jabatan Amal yang menyerupai uniform tentera.

Takiyuddin turut menjelaskan pakaian tersebut adalah salah satu daripada tujuh pakaian Jabatan Amal.

"Kita ada tujuh jenis pakaian unit amal termasuk pakai beret dan jubah serta pakaian nombor dua.

"Bagi kita, ia bukan berbentuk penyamaran, sebaliknya ia sebahagian daripada pakaian pertubuhan kita yang berdaftar. Ini pertama kali Jabatan Amal memakainya kerana sebelum ini kita tak mampu buat,"
katanya.

Beliau berkata, Patriot sepatutnya mendesak kerajaan mengawal penjualan pakaian menyerupai uniform tentera di pasaran.

"Pakaian menyerupai uniform tentera dan polis dijual secara meluas di kedai-kedai siap dengan pangkat. Kenapa Patriot tak desak kerajaan kawal?," soalnya. - 18 September 2018.

Share this

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...