Telegram PH http://t.me/beritapolitikmalaysia

Laporan yang tersiar tidak semestinya mewakili pandangan pihak pentadbir halaman.

Isnin, 9 April 2018

Semua Tanah MINDEF Kini Dimiliki Oleh 3 Individu - Rafidah Aziz.

Oleh : Rafidah Aziz

SURAT TERBUKA KEPADA PM Bismillahirrahmanirrahim

DATO' SRI PM,


Perkara : PENGSWASTAAN SEMUA TANAH MINDEF/MILITARI DI SELURUH MALAYSIA.


Saya ingin merujuk kapada satu Mesyuarat Kabinet pada penghujung 2008, semasa Dato' Sri Menteri Pertahanan dan juga TPM kepada PM Abdullah Badawi. Dato Sri tentu ingat membentangkan satu KERTAS KABINET untuk mendapat Persetujuan Kabinet tentang CADANGAN-CADANGAN DATO ' SRI atas PERKARA-PERKARA BERIKUT :



Gambar - Tan Sri Rafidah Aziz
1) UNTUK Dato' Sri SWASTAKAN SEMUA lebih dari 40,000 hektar TANAH MILIK MINDEF di seluruh Malaysia (tanah tersebut adalah ASET NEGARA yang berharga dan Strategik).

2) ‘Pengswastaan’ itu diberikan KEPADA sebuah SYARIKAT MILIK 3 INDIVIDU, iaitu 2 lelaki dan 1 orang Wanita.


3) PAJAKAN TANAH ialah untuk 40 TAHUN iaitu 4 dekad.

TIDAK ADA dibuat TENDER TERBUKA atau di minta apa-apa sebutharga dari pihak-pihak lain.

Saya agak ragu dan telah BERTANYA kapada Dato' Sri, dalam Mesyuarat tersebut :


a) MENGAPA diswastakan kapada Syarikat yang tidak langsung diketahui rekodnya?


b) MENGAPA tidak diswastakan kepada LEMBAGA TABUNG ANGKATAN TENTERA (LTAT) yang boleh bergabung dengan syarikat-syarikat besar yang ada rekod prestasi yang terbukti?

JAWAPAN DATO' SRI kepada saya, dan disambut oleh PM Abdullah ialah;

‘Kita akan bawa masuk LTAT kemudian...’

Tiada seorang pun menteri lain menyoal Dato' Sri.
Kertas Kabinet telah diluluskan.

DATO' SRI PM,

Saya ingin bertanyakan, untuk diberi PENGESAHAN, bahawa :

(1) ‘SYARIKAT 3 Individu’ SEKARANG INI adalah PEMILIK setiap inci Tanah BEKAS MILIK MINDEF/MILITARI, (KECUALI yang telah mereka jual).

(2) MEREKA lah sekarang pihak yang MEMBUAT KEPUTUSAN-KEPUTUSAN atas perkara-perkara seperti :


⁃ APA yang akan dibuat dengan Tanah di SELURUH Malaysia, yang BEKAS milik MINDEF/MILITARI, tetapi yang telah diswastakan kapada mereka.


⁃ KEPADA SYARIKAT-SYARIKAT mana yang mereka akan jual keping-keping tertentu, tanah yang sekarang MEREKA miliki itu. (KECUALI jika ada ‘arahan-arahan’ tertentu dari pihak atasan).


⁃ UNTUK TENTUKAN apa-apa Peraturan dan Perjanjian, SEPERTI ‘TUKAR TANAH/ LAND SWAP’.


Ini seperti dalam keadaan, dimana ada Syarikat-syarikat yang SETUJU untuk mereka PINDAHKAN kem-kem LAMA Militari dalam dan sekitar bandar, dan mereka juga akan BANGUNKAN kem-kem BARU di lokasi lain yang jauh dari bandar.

Sebagai ‘PERTUKARAN TANAH', syarikat-syarikat tersebut akan dapat TAPAK-TAPAK KEM lama itu yang jauh lebih tinggi nilainya untuk membangunkan PROJEK-PROJEK KOMERSIAL yang sangat MENGUNTUNGKAN. 


Terutama selepas di NILAI SEMULA/Revalue, tanah BEKAS Milik MINDEF kepada nilai semasa. (Contohnya ialah di SARAWAK, IAITU transaksi dengan Syarikat milik Tan Sri Bustari Yusof. Beliau akan membina kem-kem baru di kawasan-kawasan luar dari bandar dan dapat tapak-tapak Kem Lama sekitar Bandar untuk dibangunkan PROJEK-PROJEK KOMERSIAL).

Dapatkah Dato' Sri SAHKAN, bahawa projek-projek BERIKUT, adalah ANTARA yang MELIBATKAN tanah BEKAS milik MINDEF / MILITARI, (yang sekarang MILIK ‘Syarikat 3 Individu’)? Ini CONTOH-contoh yang diketahui :


1) PENGKALAN TUDM di Sungai Besi, telah dijual KEPADA 1MDB pada harga yang TIDAK manasabah iaitu RM74.20 pkp (nilai pada masa itu sehingga RM1,000pkp). Kontrak yang di tawarkan kapada IWH-CREC untuk membangunkan Perojek ‘Bandar Malaysia’, telah DITARIK BALIK. KERAJAAN melalui MOF, telah ‘ambil alih’ PROJEK. Wang DEPOSIT sebanyak RM741 juta sudahpun dibayar oleh mereka. Akhirnya, BUKAN 1MDB yang BAYAR BALIK DEPOSIT itu, tetapi KERAJAAN (iaitu RAKYAT yang PEMBAYAR Cukai).

2) KEM MAJIDEE, 4 km dari Johor Bharu, diTEMPATKAN SEMULA, ke lokasi-lokasi yang jauh, seperti ke Kluang, Gemas dan lain-lain. Sebenarnya ISU ini telah dibangkitkan di PARLIMEN, dan juga oleh Jawatankuasa Akaun Awam (Public Accounts Committee), yang ketika, itu di pengerusikan oleh Tan Sri Azmi Khalid.

3) EAST COAST RAIL LINK (ECRL) sepanjang 620 km.

4) HIGH SPEED RAIL ke Singapura (HSR).

5) SATU PROJEK berbentuk PERTANIAN KOMERSIAL BESAR2AN, yang telah diumumkan olih Menteri Pertahanan Hishamuddin, yang dikatakan ‘akan dibangunkan atas Tapak2 Tanah MINDEF yang tidak digunakan' , atau" idle".
SEBENARNYA, TIDAK ada LAGI, TANAH MILIK MINDEF / MILITARI ,sama ada ‘idle’ atau tidak. SEMUA TANAH MINDEF/MILITARI, SEKARANG DIMILIKI oleh ‘Syarikat 3 Individu’.


6) PENJUALAN tanah Strategik, iaitu PENGKALAN TUDM BUTTERWORTH kepada TSR Capital, untuk tapak itu di bangunkan projek KOMERSIAL. PENGKALAN lama akan di pindahkan ke Ara Kuda. BAGAIMANAPUN, SETELAH ada banyak TENTANGAN daripada pelbagai pihak, Dato' Sri telah TANGGUHKAN Pelan itu, supaya dibuat ‘kajian lebih mendalam’. WALHAL, WANG sudah diperolehi dari Jualan Tapak Tanah oleh ‘Syarikat 3 Individu’.

DATO' SRI,

Baru-baru ini Dato' Sri telah umumkan semasa membuka PENGKALAN TUDM BARU SENDAYAN, bahawa 'tanah-tanah ASET Kerajaan yang TIDAK digunakan’, akan "dimonetise" ‘untuk projek-projek lain’'.

Saya ingin mendapat PENGESAHAN :

a) ADAKAH INI satu lagi PERANCANGAN untuk di KOMERSIALKAN Tanah BEKAS Milik MINDEF/MILITARI, yang SEKARANG MILIK PENUH 'SYARIKAT 3 INDIVIDU'? 


b) BAHAWA akan ada pendekatan diambil, untuk membolehkan bantuan kewangan diberi terus kepada 1MDB, (seperti dalam case PEMBAYARAN DEPOSIT oleh KERAJAAN, dan BUKAN oleh 1MDB, dalam transaksi Penjualan Tanah PENGKALAN UDARA SUNGAI BESI, kepada IWH-CREC Consortium)?

RAKYAT PERLU TAHU SEMUA FAKTA-FAKTA. 


SILALAH DEDAHKAN UNTUK PENGETAHUAN AWAM : 


a) NAMA-NAMA 3 Individu itu;


b) NAMA Syarikat mereka;


c) BUTIR-BUTIR PENGSWASTAAN besar-besaran, secara ‘SEKALI GUS’, ASET NEGARA, yang sangat STRATEGIK dan BERHARGA itu;


d) SENARAI menteri-menteri yang hadir dalam Meyuarat Kabinet, yang meluluskan KERTAS KABINET, yang Dato' Sri bentangkan itu. SAYA SENDIRI MEMANG HADIR.


TIDAK ADA apa lagi yang ‘Rahsia’ tentang Kertas Kabinet itu, kerana PENGSWASTAAN SUDAH pun SELESAI.

Projek-projek meggunakan tanah BEKAS Milik MINDEF/ MILITARY, sudah pun, dan sedang, dilaksanakan. Cara berterusan. Projek-projek BARU akan diRUNDINGKAN dengan PENILAIAN SEMULA nilai tanah kapada nilai semasa, UNTUK 30 TAHUN yang akan datang.

KITA SEMUA mesti TAAT SERTA PATUH BERPEGANG kepada SUMPAH PERLANTIKAN JAWATAN KITA. Menteri-menteri berugama ISLAM, MEMULAKAN SUMPAH mereka dengan Lafaz..

‘Wallahi, Wabillahi, Watallahi’

ALLAH SWT MENGHAKIMKAN SEGALA-GALANYA.

Terima kasih,

Salam Sejahtera.

Share this

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...