Telegram PH http://t.me/beritapolitikmalaysia

Laporan yang tersiar tidak semestinya mewakili pandangan pihak pentadbir halaman.

Ahad, 8 April 2018

5 Alasan ROS Kenapa Membubarkan PPBM.

UMUM tahu yang Parti Pribumi Bersatu Malaysia ataupun lebih dikenali sebagai PPBM dan BERSATU telah pun menghadapi perintah PEMBUBARAN SEMENTARA oleh ROS pada 5 April 2018. 


Bagaimanapun ramai yang tidak mengetahui punca-punca yang menyebabkan arahan pembubaran yang dikeluarkan oleh ROS.



Tinjauan di laman sosial mendapati rata-rata Pakatan Harapan beranggapan ia adalah hasil kerja;

- Barisan Nasional yang mahu mensabotaj parti Mahathir

- Najib Razak adalah dalangnya kerana takutkan Mahathir

- BN dibelakang tindakan ROS

Tinjauan juga mendapati penyokong parti PAS antara pihak yang gembira dengan pengumuman ROS yang membubarkan parti BERSATU secara sementara.

Ketika ini, PPBM mempunyai masa sehingga 30 hari bagi membuat rayuan dengan mengemukakan kesemua dokumen yang diminta oleh agensi pendaftaran pertubuhan itu.

Berikut dibawah adalah LIMA ALASAN yang dikeluarkan oleh pihak ROS dan kenapa mereka bertindak membubarkan PPBM;

1. Tidak menghantar alamat berdaftar/tempat urusan parti kepada ROS.


2. Tidak menghantar salinan pindaan perlembagaan parti kepada ROS.


3. Tidak menghantar salinan senarai butiran pemegang jawatan peringkat cawangan, bahagian dan pusat parti kepada ROS.


4.Tidak menghantar minit mesyuarat agung peringkat cawangan, bahagian dan pusat kepada ROS.


5. Tidak menghantar penyata kewangan tahunan kepada ROS.


Setakat ini Mahathir telah berulangkali menjawab mengenai status cawangan. PPBM dilaporkan tidak mempunyai cawangan justeru itu tiada minit mesyuarat yang boleh dihantarkan kepada pihak ROS.


Manakala, persoalan mengenai PERLEMBAGAAN PARTI dan PENYATA KEWANGAN, belum lagi dijawab secara rasmi oleh wakil parti berkenaan sehingga kini.

Bagaimanapun, Mahathir dalam satu kenyataan yang dikeluarkan pada malam 5 April lepas berkata peguam PPBM sedia berdebat dengan wakil ROS bagi menafikan dakwaan-dakwaan yang dikemukakan oleh agensi berkenaan dan mempertahankan PPBM telah pun mematuhi kesemua proses undang-undang seperti yang dikehendaki oleh ROS. 

Samada ROS didalangi UMNO BN bagi melemahkan Mahathir ataupun ROS bertindak atas kapasiti peruntukan perundangan yang perlu dipatuhi oleh agensi pendaftaran pertubuhan, anda tentukan sendiri. - 7 April 2018.

Share this

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...