Telegram PH http://t.me/beritapolitikmalaysia

Laporan yang tersiar tidak semestinya mewakili pandangan pihak pentadbir halaman.

Rabu, 11 April 2018

Penjelasan Isu Tanah MINDEF Seperti Dakwaan Rafidah - Kementerian Pertahanan Malaysia.

Kenyataan Media

Penjelasan berhubung persoalan dan isu yang dibangkitkan oleh YBhg. Tan Sri Rafidah Aziz melalui Surat Terbuka kepada PM pada 8 April 2018 khususnya mengenai pemindahan milik tanah Kementerian Pertahanan kepada syarikat swasta;



1. Merujuk kepada kenyataan YBhg. Tan Sri Rafidah Aziz kononnya terdapat sebuah syarikat yang terdiri daripada tiga individu yang mengawal pelaksanaan projek-projek mengikut kaedah land swapping oleh Kementerian Pertahanan adalah tidak benar.

2. Selain itu dakwaan beliau kononnya keseluruhan tanah Persekutuan yang digunakan oleh Kementerian Pertahanan dipindah milik kepada sebuah syarikat yang dimiliki oleh tiga individu ini juga adalah tidak benar.

3. Secara umumnya, Kementerian Pertahanan telah melaksanakan projek-projek pembangunan melalui pelbagai kaedah termasuklah penswastaan secara land swap. Lantikan syarikat-syarikat yang berjaya adalah mengikut prosedur yang telah ditetapkan oleh pihak Unit Kerjasama Awam Swasta (UKAS). Setiap projek pembangunan dilaksanakan oleh syarikat yang berlainan dan tidak mempunyai sebarang kaitan di antara satu sama lain.

4. Secara prinsipnya, pelaksanaan projek-projek Kementerian Pertahanan melalui kaedah land swap merupakan mekanisma yang telah digunapakai dalam rangka model kerjasama awam swasta, PPP (Public Private Partnership) yang telah diselaraskan oleh Unit Kerjasama Awam Swasta (UKAS).

5. Setiap projek pembangunan melalui kaedah penswastaan secara land swap yang dilaksanakan oleh Kementerian Pertahanan perlu dibincangkan terlebih dahulu di peringkat Jawatankuasa Kementerian dan Jawatankuasa UKAS sebelum diangkat kepada Jemaah Menteri untuk mendapat kelulusan prinsip. Setelah kelulusan prinsip diperolehi, cadangan projek pembangunan tersebut perlu mendapat perakuan daripada Jawatankuasa UKAS yang dipengerusikan oleh Ketua Pengarah UKAS dan Jawatankuasa Tertinggi Awam Swasta yang dipengerusikan oleh YBhg. Tan Sri KSN. Proses ini melalui pelbagai peringkat dan saringan sebelum dibawa semula ke Jemaah Menteri untuk diteliti satu persatu sebelum kelulusan perlaksanaan.

6. Tanah-tanah Kementerian Pertahanan yang terlibat dengan kaedah land swapping dilaksanakan setelah mendapat persetujuan ‘end user’ seperti Tentera Darat, TLDM dan TUDM. Pertimbangan penempatan kem-kem mengambil kira lokasi strategik, keselamatan kem, kesesuaian dengan tugas-tugas operasi serta keselamatan penduduk sekitar. Oleh itu, kem-kem tersebut perlu ditempatkan semula di kawasan-kawasan yang lebih sesuai.

“TRANSFORMASI MELALUI INOVASI”
_______________________
Unit Komunikasi Strategik
Kementerian Pertahanan Malaysia

Share this

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...