Telegram PH http://t.me/beritapolitikmalaysia

Laporan yang tersiar tidak semestinya mewakili pandangan pihak pentadbir halaman.

Jumaat, 13 April 2018

"Saya Bukan Mat Bangla," Penyokong Pakatan Harapan Diseru Henti Fitnah..

Seorang pengguna Facebook yang dikenali dengan nama Fudzail telah menyebarkan dakwaan kononnya seorang pegawai telah meminta warga asing untuk memangkah Barisan Nasional dalam pilihanraya ke 14 kelak.

"Pegawai meminta warga asing untuk mengundi BN bagi menukar pentadbiran kerajaan Selangor sedia ada. Tolong tularkan kepada semua," kata Fudzail pada rabu.

Post itu kemudiannya dikongsikan sebanyak 9,400 kali berbanding post asal yang disebarkan oleh Friends Of Selangor.

Kapsyen yang disiarkan oleh Friends Of Selangor juga sangat jauh berbeza dari apa yang ditularkan oleh Fudzail.

Satu laporan polis kemudiannya dibuat oleh Naib Ketua Umno Petaling Jaya Selatan (PJS) Datuk Abdul Mutalif Abdul Rahim, yang mana beliau adalah individu yang berada dalam rakaman yang tular itu.

"Kerajaan telah menubuhkan akta berita palsu dan kini saya mangsa pertama difitnah. Jadi saya merayu pada seluruh warga Malaysia, janganlah buat cerita yang tak benar. 

Kita ini rakyat Malaysia harus bersatu. Kalau tak boleh membantu, diam. 

Saya minta pembangkang yang bermulut longkang tolong jangan buat fitnah. Tak boleh tolong, sila jauhkan diri," katanya kepada media sejurus selesai membuat laporan polis pada khamis.

Datuk Abdul Mutalif Abdul Rahim turut menjelaskan tujuan beliau memberikan bantuan kewangan kepada lelaki (seperti dalam rakaman video) yang bernama Azmi Abdul Malik adalah kerana mahu membantu lelaki berkenaan.

Kata Datuk Abdul Mutalif;

- Bengkel milik Encik Azmi terbakar pada isnin (8 pagi). Punca kebakaran ialah litar pintas bateri motorsikal, ianya disahkan oleh unit forensik pihak bomba.

- Azmi ada 3 anak yang mana 2 darinya berpenyakit. Anak keduanya ada penyakit kencing manis. Anak bongsunya yang baru berusia 5 bulan pula ada masalah jantung. Isteri Encik Azmi juga tidak bekerja.

- Sudah 9 tahun Encik Azmi cuba mendapatkan lesen bagi premis perniagaannya tetapi gagal. 

- Andai BN menang kelak, Datuk Abdul Mutalib berjanji akan memberikan Encik Azmi lesen perniagaan agar beliau boleh menjalankan perniagaan tanpa masalah.

- Pemberian wang 3,000 adalah untuk membantu kesulitan yang dihadapi oleh Encik Azmi pada ketika ini.


Azmi Abdul Malik ketika ditemui menafikan dirinya warga asing Bangladesh dengan menunjukkan bukti kad pengenalan miliknya kepada sekumpulan media yang membuat liputan.

"Tak dapat bantu saya, jangan buntukan saya. Saya sendiri sedang bersusah payah nak majukan diri dan keluarga saya. 

Bila dibantu, diberi pula ayat-ayat menyedihkan. 

Saya harap janganlah perkara ini berulang, bantu saya, jangan buntukan saya. Setidaknya dapat kurangkan beban saya," kata Azmi dalam nada seakan sebak.

Gambar Oleh FOBN
Dalam perkembangan berkaitan, akaun Facebook Fudzail hilang dari radar selepas perkara itu menjadi perhatian netizens.

Cybertroopers BN telah mendakwa Fudzail adalah 'macai DAP' dan membuat poster bagi mengecam tindakan Fudzail yang menyebarkan fitnah ke atas Barisan Nasional.

Pihak kami tidak dapat mengesahkan samada akaun Facebook Fudzail benar-benar adalah penyokong Pakatan Harapan/DAP memandangkan beliau menghilangkan diri secara tiba-tiba.

Bagaimanapun netizens dinasihatkan untuk sentiasa berfikir dua kali sebelum menyebarkan apa-apa perkara yang tidak pasti.

Sementara itu, Harian Metro melaporkan Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Mohd Zani Che Din ketika dihubungi berkata, pihaknya mengesahkan menerima laporan berkenaan dan kes berkenaan disiasat di bawah Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia. - 13 April 2018.

Share this

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...