Post yang ditulis oleh Gracindo Reno itu berbunyi,"Di Jerman kerajaan telah bertindak menaikkan harga petrol. Dalam masa satu jam sahaja, rakyat meninggalkan kenderaan masing-masing di atas jalan dan berjalan pulang ke rumah. Lebih dari sejuta kenderaan ditinggalkan. Mereka perlu turunkan harga (petrol). Apabila rakyat semakin bijak, pemimpin korup akan gagal," katanya di Facebook.
Post itu kemudiannya ditangkaplayar dan disebarkan secara berleluasa oleh netizens Malaysia.
Bagaimanapun ia akan memberikan gambaran buruk terhadap pro pembangkang kerana dikatakan menyebarkan fitnah.
Hakikatnya, perkara itu sebenarnya merujuk kepada kesesakan jalanraya antara yang paling teruk di dunia, yang berlaku di China pada tahun 2015 lapor CityLab.
Ia berlaku semasa musim cuti kebangsaan di negara tersebut yang dikatakan selama 7 hari dan kesesakan jalanraya itu berlaku disebabkan laluan asal dikecilkan daripada 50 kepada 20.