Telegram PH http://t.me/beritapolitikmalaysia

Laporan yang tersiar tidak semestinya mewakili pandangan pihak pentadbir halaman.

Selasa, 21 November 2017

LHDN Kuantan Bayar Sewa Bangunan Pejabat RM680,000 Sebulan.

"Kenapa tak beli tanah dan buat pejabat?," demikianlah respon Ahli Parlimen Kuantan apabila diminta untuk mengulas jawapan Kementerian Kewangan mengenai sewa bangunan LHDN di Kuantan yang bernilai 680,000 sebulan!

Fuziah Salleh turut mempertikaikan LHDN tidak menyewa dari syarikat GLC ataupun firma milik kerajaan sebaliknya membayar kadar sewa yang mahal kepada pihak swasta.

Pada semalam, Ahli Parlimen itu berkongsikan dua gambar kertas jawapan Kementerian Kewangan mengenai kadar sewa premis yang menempatkan pejabat LHDN di Kuantan.




Kementerian Kewangan dalam jawapan bertulis itu menyatakan, "Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) menyewa bangunan Menara CDO di Kuantan berdasarkan kadar ditetapkan oleh Jabatan Penilaian dan Perkhidmatan Harta (JPPH)."

"Rasional keputusan menyewa Bangunan CDO adalah disebabkan ruang pejabat lama di Kuantan Centre Point yang diduduki sejak 2001 tidak lagi mampu menampung pertambahan bilangan staf, pelanggan dan perkhidmatan yang ditawarkan oleh LHDN saban hari. 

"Oleh itu, penyewaan bangunan CDO adalah sesuai kerana bangunan ini berkeluasan 203,455.47 kaki persegi merangkumi 13 tingkat ruang pejabat dan 2 tingkat parkir bawah tanah bagi menempatkan pejabat pengarah negeri Pahang, LHDNM cawangan Kuantan dan LHDNM cawangan siasatan Kuantan," jelas kementerian itu selanjutnya. 

Bagaimanapun jawapan itu tidak disenangi oleh rata-rata netizens.

"Kepada siapa-siapa menteri yang berasa harga sewa adalah munasabah, mungkin disebabkan kehidupan menteri yang mewah selama ini menyebabkan menteri berasa begitu terhadap harga sewa bangunan LHDN Kuantan. 

Izinkanlah rakyat Kuantan membuat kiraan kasar seperti berikut : 

Kadar sewa bangunan sahaja RM 3.35/ft2 x 785ft2 per pekerja = RM 2,630 per pekerja = 876 bungkus nasi lemak biasa bernilai RM3 sebungkus = 29 bungkus nasi lemak biasa sehari bagi seorang pekerja LHDN. 

Rakyat bayar 29 bungkus nasi lemak sehari untuk sewa office bagi seorang pekerja LHDN sedangkan berapakah rakyat masih dalam kelaparan di tepi jalan? Kepada siapa-siapa Menteri, jika anda masih tak rasa sewa mahal, bermakna anda sudah tidak layak jadi wakil rakyat, pergilah jadi wakil LHDN," respon salah seorang netizen yang disiarkan oleh Fuziah Salleh di Facebook beliau.

Share this

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...