Telegram PH http://t.me/beritapolitikmalaysia

Laporan yang tersiar tidak semestinya mewakili pandangan pihak pentadbir halaman.

Isnin, 20 November 2017

Zahid 'Lari'? Pemimpin Pakatan Harapan Gagal Temui Menteri KDN.

Pemimpin tertinggi Pakatan Harapan hari ini gagal menemui Menteri Di Kementerian Dalam Negeri (KDN), Datuk Seri Zahid Hamidi walaupun telah hadir ke pejabat kementerian itu pada pagi ini.

Menurut Pengerusi Pakatan Harapan, Tun Mahathir, Zahid telah dimaklumkan awal tentang kehadiran kumpulan berkenaan ke pejabatnya pada hari ini namun Zahid tidak berada di pejabatnya kerana keluar menemui Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Najib Razak atas urusan kerja.

"Kita tak dapat berjumpa dengan menteri. Ini mengecewakan kita lah. Harapan kita, kita dapat berjumpa dengan menteri. 

Walaupun kementerian tahu kita akan datang hari ini. Semua presiden-presiden, parti-parti Pakatan Harapan akan datang pada hari ini tetapi menteri mempunyai urusan lain.

Kami diberitahu menteri sedang berjumpa dengan Perdana Menteri. Iaitu sudah tentulah sesuatu perkara lebih besar dari isu kelulusan Pakatan Harapan," katanya kepada pemberita sejurus keluar dari bangunan yang menempatkan pejabat Kementerian Dalam Negeri. 


Mahathir turut berkata kehadiran pimpinan tertinggi Pakatan Harapan itu ke pejabat KDN adalah berkenaan isu kelulusan pendaftaran Pakatan Harapan sebagai sebuah satu parti politik untuk membolehkan parti itu bertanding di PRU ke 14 kelak.

Meskipun gagal menemui Zahid Hamidi, pimpinan Pakatan Harapan itu telah dibawa menemui KSU di kementerian terbabit untuk menjelaskan punca masalah kenapa Pakatan Harapan masih lagi gagal didaftarkan sebagai sebuah parti.

"Mereka menyatakan sebab yang lambat memberitahu kami adalah kerana ada masalah dengan parti Pribumi dan ada masalah dengan parti DAP.

Masalah ini kalau diberitahu awal kepada kami boleh kami selesaikan. Tiada niat kami untuk membantah atau menimbulkan masalah pada kerajaan. 

Apa sahaja kehendak kerajaan jika tidak melanggar undang-undang akan kami patuhi," kata Mahathir menjelaskan lanjut punca kegagalan pendaftaran parti itu.


Share this

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...