Telegram PH http://t.me/beritapolitikmalaysia

Laporan yang tersiar tidak semestinya mewakili pandangan pihak pentadbir halaman.

Khamis, 23 November 2017

Rakaman Video MB Pahang Ajak Adun Bertumbuk Luar Dewan.

Tengku Zulpuri yang juga ADUN Mentakab dicabar keluar dewan (bertumbuk) oleh Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Adnan Yaakob selepas membangkitkan masalah banjir yang semakin teruk di kawasannya.

Pertengkaran menjadi hangat apabila Adnan seperti memperlekehkan kritikan tentang masalah banjir yang berlaku dengan bertanyakan soalan,"Islam ke kafir," beberapa kali terhadap Adun Mentakab itu. 


Berang dengan soalan itu, Adun Mentakab kemudiannya memarahi Adnan dengan mengatakan masalah banjir harus dikaji puncanya untuk diselesaikan dan bukan asyik mempertikaikan kepercayaan agama seseorang.

"Ini Menteri Besar mana tahu? Awak baru satu tahun dalam dewan, sudah diam," kata Adnan yang kelihatan geram dengan kenyataan Tengku Zulpuri apabila ditegur untuk tidak beremosi ketika berbahas.

Adnan kemudiannya mencabar Zulpuri untuk keluar dewan sambil menunjukkan aksi mencabar menggunakan tangannya.

"Kalau betul, mari keluar dewan. Ah kalau betul, keluar dewan," katanya.


Terdahulu Tengku Zulpuri berbahas mengenai kawasannya yang kerap berlaku banjir dan masalah itu semakin kronik dan mempersoalkan tentang peruntukan bagi mengatasi perkara berkenaan.

Adun Mentakab itu juga membidas sikap sesetengah pihak yang mengaitkan Oktoberfest sebagai punca banjir sedangkan banjir turut berlaku di beberapa tempat lain, misalnya Jeddah sebagai contoh terbaru berlakunya banjir teruk.

Beliau kemudiannya membahaskan setiap banjir yang berlaku ada sebab-sebabnya dan sebab-sebab ini perlu dikaji dan diatasi dan bukannya menyalahkan atau mengaitkan perkara-perkara yang tidak relevan sebagai punca.
 

Share this

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...