Telegram PH http://t.me/beritapolitikmalaysia

Laporan yang tersiar tidak semestinya mewakili pandangan pihak pentadbir halaman.

Sabtu, 18 November 2017

Amanah, Jangan Lagi Guna Nama Tok Guru Rayu Adik ATGNA..

Adik arwah Tuan Guru Nik Aziz, Ustaz Haji Nik Razi melahirkan rasa kecil hati terhadap Amanah bagi pihak keluarga Arwah Nik Aziz kerana menggunakan nama Tok Guru. 

"Sahabat-sahabat saya dari parti Amanah saya merayu jangan gunalah lepas pada hari ini nama Tok Guru. Naya. Saya mewakili keluarga Tok Guru. Kecik hati. 

"Dukacita saya sebagai wakil tok guru, diperalatkan nama tok guru untuk menentang tok guru," katanya ketika mengimamkan solat hajat dan himpunan kesyukuran di Wisma Tok Guru pada khamis.

Himpunan tersebut diadakan selepas mahkamah menolak injuksi yang dibuat oleh Husam Musa untuk menghalang Yasin daripada memasuki tanah yang dibelinya pada harga 700,000.


Tanah yang menjadi perebutan Husam dan Yasin ialah tanah yang menempatkan pejabat Amanah Kelantan dan pejabat Dun Salor.

Meskipun kalah dalam keputusan tersebut, Husam Musa telah menfailkan injuksi baru bagi menentukan hak milik bangunan yang terdapat di atas tanah tersebut. 

Ustaz Haji Nik Aziz turut menegaskan tidak wajar bagi sesiapa yang mempergunakan nama Tok Guru untuk menentang Tok Guru. 

Beliau turut menzahirkan kekesalan kerana Amanah mahu melawan kerajaan pimpinan PAS di dalam pilihanraya. Sedangkan sebelum ini semuanya adalah kawan-kawan.

"Sekali lagi saya sebut. Cukuplah. Dengan apa yang berlaku, dengan apa yang berlalu, jangan lagi guna nama Tok Guru. 

Dan orang yang guna nama Tok Guru menentang Tok Guru tak akan selamat dunia dan akhirat," katanya lagi.
 

Share this

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...