Telegram PH http://t.me/beritapolitikmalaysia

Laporan yang tersiar tidak semestinya mewakili pandangan pihak pentadbir halaman.

Isnin, 13 November 2017

DAP Dipertikaikan Kerana Tak Ucap Terima Kasih Kepada PAS Kelantan Atas Sumbangan Banjir.

Terdapat dakwaan yang tular di kalangan PAS yang mempertikaikan tindakan kerajaan negeri Pulau Pinang yang tidak mengucapkan terima kasih kepada Kelantan meskipun telah menghulurkan bantuan banjir sebanyak 50,000 malahan antara yang terawal menghulurkan sumbangan. 


"Kawan-kawan di Penang maklum, ketika Lim Guan Eng berucap dalam sidang DUN Pulau Pinang, semua yang hantar bantuan dan bantu banjir di Pulau Pinang disebut dalam ucapan terima kasih termasuk yang belum hantar tapi istihar nak hantar bantuan turut menerima ucapan terima kasih. 

Tapi sumbangan PAS dan Kerajaan Kelantan tidak disebut walau dengan setengah patah perkataan ucapan terima kasih. 

Saya kata, biarkan dan kita terus bekerja. Sekarang ini setiap hari beribu petugas PAS dari seluruh negara sedang berada di lapangan banjir dalam operasi pembersihan dan pemulihan. Kita datang menyumbang bakti bukan kerana LGE tapi untuk membantu mangsa banjir. Kalau LGE kena banjir pun kita sedia untuk tolong cuci rumah dia. Dr Azman Ibrahim," kata kenyataan yang tersebar itu.

Dalam perkembangan berkaitan, Ketua Dewan Ulama Pahang, Mokthar Senik pula mengulas yang beliau tidak merasa pelik apabila melihat Lim Guan Eng tidak mengucapkan terima kasih kepada PAS Kelantan kerana menyumbang untuk banjir di negeri itu.

"Lim Guan Eng dan kerajaan negeri tak ucap terimakasih kepada Kelantan dalam isu banjir di Penang bagi saya bukan isu. Perkara biasa kalau diberitahu " kura-kura tak pandai memanjat". Juga perkara biasa kalau diberitahu " anjing gigit orang". Tapi kalau diberitahu " orang gigit anjing" baru saya hairan dan memang satu isu besar.

Bagi saya peristiwa banjir yang melanda Pulau Pinang benar-benar pukulan yang memalukan Lim Guan Eng. Saya perhatikan sejak dulu. 

Asal ada perkara yang Lim Guan Eng tuduh dan merendah - rendahkan kerajaan Pas Kelantan, pasti selepas itu perkara yang sama dan bahkan lebih buruk akan berlaku di Penang. Sudah sampai masanya rakyat Pulau Pinang menurunkan DAP dari takhta Pulau Mutiara itu. Kesombongan bermakna menjemput bala dari Allah," katanya yang menulis di facebook beliau.

Kecaman yang diterima oleh kerajaan negeri Pulau Pinang itu dipercayai ada kaitan dengan kenyataan yang dibuat oleh Ketua Menteri negeri itu, Lim Guan Eng, semasa menyampaikan ucapan penghargaan dan terima kasih di persidangan DUN Pulau Pinang pada 9 November lepas.

PAS Kelantan tidak dinamakan secara langsung dalam ucapan tersebut bagaimanapun pada 6 November lepas, Lim Guan Eng telah merakamkan ucapan terima kasih kepada kerajaan negeri Kelantan menerusi halaman Facebooknya .

"Terima kasih negeri Kelantan atas segala sumbangan dan kelulusan sejumlah 50,000 sebagai bantuan segera kepada Pulau Pinang," katanya dalam satu kenyataan. 
 

Share this

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...