Selain itu, 18 ahli jawatankuasa bahagian serta 1,125 ahli PPBM yang lain turut mengambil tindakan yang sama. Tindakan itu dibuat ekoran hilang kepercayaan terhadap pucuk pimpinan parti. Perkara itu sekaligus membubarkan bahagian PPBM Batu Gajah secara automatik.
Sebelum ini tiga bahagian PPBM di Perak dibubarkan iaitu di Kuala Kangsar, Gopeng, Parit. Batu Gajah termasuk senarai terbaru bahagian PPBM di Perak yang dibubarkan berikutan kesemua AJK dan ahlinya bertindak keluar parti.
Ketika membuat pengumuman keluar parti, kain rentang di pejabat PPBM bahagian Batu Gajah turut dilucutkan sebagai tanda simbolik atas tindakan tersebut.
Spekulasi hangat tersebar yang mengaitkan tindakan PPBM Batu Gajah dipercayai ada kaitan dengan sokongan ke atas Dato Hamidah, bekas Naib Presiden PPBM sebelum ini yang membuat tindakan drastik keluar parti pada September lepas.
Menurut Hamidah, budaya tidak boleh menerima kritikan di dalam PPBM dan Syed Saddiq adalah sebab utama beliau memilih membuat keputusan tersebut.