Manila menjadi tuan rumah menganjurkan Persidangan Asean tahun 2017 pada kali ini.
Penyebaran video berkenaan bagaimanapun menerima kecaman rakyat Malaysia yang beranggapan aksi Najib itu memalukan negara.
Tidak kurang juga ada yang merasa lucu dan terhibur dengan telatah Najib yang ketiduran ketika Presiden Filipina sedang menyampaikan ucapan.
"Teruknya perangai pemimpin kita. Macam ini contoh terbaik bagi rakyat Malaysia. Tengok negara-negara lain sibuk juga, penat juga. Semua focus terhadap persidangan berlangsung. Banyak idea bawa balik, tapi PM kita zero. Kalau negara down korang akan tahu apa sebabnya," respon Aliph Amey.
"Kesian My PM. Tidurlah wahai permaisuriku," komen Azahir Mahmood pula.
"Tidur-tidur dia pun time menyamun sedar juga. Apa ada hal," sindir Faz Li.
"PM tengah berfikir tu," ulas Izan Haji Ahmad pula.
"Kau kalau nak tidur pergi naik flight bayar sendiri la wei. Jangan guna duit rakyat. Kau ingat kau seorang je ke yang letih. Habis pemimpin lain elok je. Kalau dah rasa letih tu, bagi je la jawatan kat orang lain, bangang. Jangan dok giler sangat nak pegang jawatan lama lama kalau dah rasa diri tak larat. Buat malu je," komen Joe Faizol seperti nada kemarahan.
"Dia sepatutnya dengar apa yang tuan rumah perkatakan, dah dianya wakil negara bukan wakil tidoooooo..," kata Tupai Terbang.
Najib Razak didapati tertidur seketika pada minit ke 5.35 ketika Presiden Filipina sedang berucap di atas pentas.
Kamera itu yang merakamkan wajah Najib Razak sebanyak 3 kali, dua kali ketika Perdana Menteri itu didapati melihat telefon bimbitnya dan sekali ketika Najib seakan seperti terlelap. Tidak pasti samada jurukamera tersebut sengaja ataupun tidak 'shot' wajah aksi Najib yang sebegitu.
Rakaman penuh boleh diakses menerusi channel Rappler.com di saluran Youtube.