Telegram PH http://t.me/beritapolitikmalaysia

Laporan yang tersiar tidak semestinya mewakili pandangan pihak pentadbir halaman.

Isnin, 4 September 2017

PRU14 : BN Berhabis-Habisan Kali Ini Atau Najib Kena Lari Ke Luar Negara?

Oleh : Ismaweb
SEJUK sedikit nampaknya isu bila Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14) akan diadakan. Sebelum ini, ramai membuat andaian – berdasarkan beberapa faktor – PRU14 bakal diadakan pada bulan ini.
September baru masuk hari ketiga, belum berakhir. Tapi, tanda-tanda PRU akan diadakan belum nampak. Barisan Nasional (BN) khususnya, UMNO belum dilihat menggerakkan kekuatan jentera mereka, atau kebosanan sudah menjalar di kalangan akar umbinya, setelah terbuka minda dan mata melihat apa yang dilakukan pemimpin atasan terhadap negara.
Gambar - Isma Web
Tempoh kerajaan Persekutuan pimpinan BN sekarang hanya akan berakhir pada Jun tahun depan. Untuk mengadakan PRU14, tempoh itu boleh berlanjutan sehingga 60 hari iaitu sehingga Ogos 2018, sekiranya Dewan Rakyat tidak dibubarkan pada Jun 2018.
Kali terakhir rakyat Malaysia memilih ialah pada PRU13 – 5 Mei 2013 – yang menyaksikan buat pertama kalinya, walaupun BN kekal memerintah, undi popular pembangkang mengatasi kerajaan.
Lalu, Perdana Menteri yang juga Presiden UMNO, Datuk Seri Najib Razak melemparkan kemarahan dengan mengatakan ia disebabkan ‘tsunami Cina’. Sedang, sebelum itu, Najib memberikan apa saja yang diminta oleh kaum Cina untuk memenangi hati mereka.
Apapun, Pedang nampak Najib kena main dengan Cina. Mereka berterima kasih di atas pemberian, tapi undi tetap diberikan kepada pembangkang. Dan, kali ini, Najib bermain dengan Cina yang lebih besar daripada Cina Malaysia, dengan harapan tsunami Cina tidak berulang.
Dengan harapan Cina Malaysia akan menyokong kerajaan BN yang menyerah diri kepada Cina China, tunduk kepada Cina China. Bagi Cina Malaysia, Cina China adalah datuk nenek moyang mereka.
Dengan cara ini, mungkin tsunami Cina dalam PRU akan lenyap. Tapi kena ingat, biasanya tsunami berlaku menerusi tiga kali ombak besar. Orang kampung kata ‘ombak tiga serangkai’.
Namun, Cash is King bagi orang Cina tidak mempengaruhi mereka kerana masa depan anak cucu mereka di tanah Melayu ini lebih penting. Berbanding Melayu yang diberi RM1,000 setahun, terus mengundi kerajaan tanpa mengutamakan masa depan anak-anak di bumi sendiri. Bumi yang kini sedang tergadai kepada komunis.
Kita tahu, Najib sedang merangka bila PRU14 akan diadakan. Beliau akan mencari tarikh paling sesuai berbekalkan wang dan kenyataan untuk menangkis peluru daripada pembangkang, sebelum mengisytiharkan pembubaran Dewan Rakyat. Namun, Allah jua yang mengetahui bila tarikh itu akan datang.
Selepas PRU tsunami Cina, pelbagai isu dan skandal telah timbul. Di peringkat kerajaan, perubahan dalam barisan Kabinet mengejutkan negara apabila Tan Sri Muhyiddin Yassin disingkirkan daripada jawatan Timbalan Perdana Menteri dan UMNO. Begitu juga beberapa menteri dan menteri besar lain, termasuk Datuk Seri Shafie Apdal dan Datuk Seri Mukhriz Mahathir.
Bekas Perdana Menteri Malaysia selama 22 tahun, Tun Dr Mahathir Mohamad keluar daripada UMNO dan mengisytiharkan penentangannya terhadap pentadbiran Najib yang didakwanya kleptokrasi, pencuri, perompak, penyamun dan perasuah.
Isu-isu lain terus timbul dari sehari ke sehari. Skandal kehilangan wang, penyelewengan dan hutang syarikat pelaburan negara – 1Malaysia Development Berhad (1MDB) – wang berbilion-bilion ringgit dalam akaun peribadi Najib, perbelanjaan mewah keluarganya, termasuk permata merah jambu 22 karat.
Penjualan tanah kerajaan, pembelian aset dengan kadar tinggi kemudian menjual dengan harga murah, tindakan Jabatan Keadilan (DoJ) Amerika Syarikat, dan skandal dalam Felda – semua itu menjadi duri dalam daging kepada BN, UMNO dan Najib.
Penubuhan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) mengenai kerugian Bank Negara dalam ‘permainan’ mata wang asing (Forex) bukannya memberi kredit, kepujian atau kelebihan kepada Najib, sebaliknya Dr Mahathir mendapat simpati rakyat yang melihat tindakan itu adalah kekejian Najib terhadap pemimpin hebat negara yang disegani rakyat.
Itu antara isu-isu besar. Yang kecil memberi kesan kepada rakyat jelata tidak kurang hebatnya bakal menjadi ancaman kepada BN. Cukai barangan dan perkhidmatan (GST) yang Pedang kata – di Malaysia sekarang ini, lahir kena GST, mati pun kena GST – kenaikan harga minyak, barang keperluan harian, penarikan balik subsidi, penamatan kontrak kakitangan kerajaan, kos sara hidup meningkat, kejatuhan nilai ringgit – semua itu mempengaruhi undi.
Itu lah antara isu yang bakal memusnahkan BN, UMNO dan Najib. Belum lagi membabitkan isu sensitif lain, seperti penentangan parti komponen BN – MCA, Gerakan dan MIC – terhadap Islam.
Jangan ingat memberi janji atau mengumumkan insentif baharu, termasuk kemungkinan memberi semula susidi minyak petrol, mengurangkan GST atau lain-lain, akan memikat hati rakyat mengundi kerajaan sekarang. Rakyat sudah tahu, lepas menang semua janji itu akan ditarik balik dengan memberi pelbagai alasan – walhasil balik asal.
Pemimpin kerajaan sekarang juga kena ingat, jangan keterlaluan menunjukkan kemarahan, termasuk ura-ura menubuhkan RCI Memali atau memberi gelaran ‘anak kepada’, semata-mata untuk memalukan Dr Mahathir.
Jangan ingat, apabila kerajaan sekarang jatuh skandal-skandal mereka akan terpendam. Mungkin lebih banyak RCI akan ditubuhkan. Pada masa itu, mungkin ramai pemimpin BN/UMNO termasuk Najib terpaksa lari ke luar negara.
Jadi, untuk memastikan pemimpin itu tidak jatuh, PRU14 yang bakal menjelang tidak lama lagi, akan menyaksikan perang habis-habisan BN, khususnya UMNO dan Najib terhadap pembangkang, dalam usaha meraih undi. Semua jentera kerajaan pasti digunakan.
Kali ini faktor utamanya ialah Najib. Bukan lagi tsunami Melayu, tsunami Cina atau tsunami Islam.

Share this

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...