Telegram PH http://t.me/beritapolitikmalaysia

Laporan yang tersiar tidak semestinya mewakili pandangan pihak pentadbir halaman.

Khamis, 7 September 2017

KLCC, Putrajaya, Litar Sepang Simbol Freemason Dakwa Blogger UMNO.

Seorang blogger yang pro kepada pentadbiran Najib dan Rosmah dan Barisan Nasional mendakwa ikon negara seperti Menara Kembar Petronas KLCC, Putrajaya dan Litar Antarabangsa Sepang sebenarnya merupakan simbol Illuminati dan Freemason yang dibina Tun Dr Mahathir Mohamad sepanjang memerintah selama 22 tahun. 

Blogger Pro UMNO - Azmi APA
Menulis di halaman Facebooknya pada selasa, pemilik blog APA (Aku Peduli Apa), Azmi Ibrahim berkata, senibina diagungkan rakyat yang mengandungi unsur Freemason dan Illuminati juga termasuk Masjid Putrajaya. 

"Cuma "SIMBOL TERAKHIR" Jambatan Bengkok yang GAGAL dia siapkan untuk melengkapkan kesemua "simbolisma" ini yang kita orang Melayu panggil WAFAK... "ANDAIKATA Jambatan Bengkok berjaya dibina,aku pun tak tahu apa yang akan terjadi kepada Bumi Bertuah Tanah Jawi ini, "TERIMA KASIH Paklah (Tun Abdullah)...kerana inilah SUMBANGAN TERBESAR Paklah sebagai Perdana Menteri walaupun selalu lena," tulisnya di laman Facebook beliau. 



Freemason dan Illuminati merupakan teori konspirasi bahawa wujud sebuah kumpulan antarabangsa yang berkomplot untuk menguasai dunia. Pertubuhan berkenaan didakwa terdiri pemimpin Yahudi yang menyembah syaitan dengan hasrat membina sebuah New World Order atau Kerajaan Satu Dunia (One World Government). 

Antara kaedah digunakan bagi menguasai dunia adalah dengan menguasai kerajaan, sistem kewangan dan media termasuk filem dan muzik yang mengikut telunjuk pertubuhan berkenaan. 

Azmi menerusi posting Facebooknya turut memuatnaik beberapa kompilasi gambar ikon negara mengandungi unsur Freemason dan Illuminati. 

Antara yang dikaitkan adalah Menara Berkembar KLCC dimana tiang penyokong jambatan bangunan berkenaan dikatakan menyerupai lambang kompas 'Masonic Square' Freemason. Juga dipertikaikan adalah struktur menara berkembar berkenaan yang dikatakan adalah simbol tiang Freemason dan Illuminati. 

Sementara itu, bangunan Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) juga dikatakan menyerupai 'Masonic Eye' jika dilihat dari sudut pandangan atas. Masonic Eye merupakan simbol kepada Mata Tuhan Freemason yang merujuk bahawa Tuhan sentiasa memerhati dan akan kekal selama-lamanya. 

Monumen Alaf Baru yang terletak di Putrajaya juga didakwa mempunyai kaitan dengan Freemason yang menyerupai tiang 'Obelisk' yang disembah ahli Freemason. 

Tiang seumpama ini terdapat di serata dunia termasuk di Paris, Washington, Vatican City, Buenos Aires, Rome dan New York. Blogger itu juga memuatnaik gambar menyamakan landskap rekaan bulatan di hadapan Pejabat Perdana Menteri di Putrajaya yang menyerupai landskap di Vatican City.

 

Share this

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...