Telegram PH http://t.me/beritapolitikmalaysia

Laporan yang tersiar tidak semestinya mewakili pandangan pihak pentadbir halaman.

Isnin, 4 September 2017

Runding Dengan PAS, Azmin Sindir PPBM & Amanah Gagal Tarik Undi Melayu Kata MT UMNO.

Oleh : Mohd Puad Zarkashi
Perang Saudara Dalam PKR
1. Walaupun Azmin akur keputusan Majlis Presiden Pakatan Harapan yang menolak kerjasama dengan PAS, tetapi surat terbuka Rafizi bertarikh 27.8.17 telah melebarkan perang saudara antara dua kelompok besar dan berpengaruh dalam PKR.
Puad Zarkashi - Google
2. Konflik itu mendedahkan betapa takutnya PKR kepada pertandingan tiga penjuru. Pada pandangan kumpulan Azmin, Selangor first national second. Tetapi Rafizi menuduh, Azmin mahu menyelamatkan kedudukannya sebagai Menteri Besar. Nampaknya PKR tetap menganggap PAS masih berpengaruh kepada orang Melayu bukannya PAN. PRK di Sungai Besar dan Kuala Kangsar menjadi bukti bahawa mala petaka akan melanda pembangkang jika pertandingan tiga penjuru berlaku. 
3. Apabila Azmin mengadakan perbincangan pintu belakang dengan PAS sebenarnya dia menyindir PPBM dan PAN bahawa mereka tidak semampu PAS untuk menarik sokongan Melayu kepada Pakatan Harapan. PPBM dan PAN hanyalah parti tumpang semangkuk. 
4. Rupanya ada dua kelompok besar dalam PKR. Itu pendedahan Rafizi. Kumpulan Rafizi termasuk Saifuddin Nasution, Johari Abdul dan Nik Nazmi. Manakala yang menyokong Azmin ialah Surendran, Xavier Jeyakumar, Tian Chua, Sivarasa Rasiah, Shamsul Iskandar, Zuraida Kamaruddin, Kamaruddin Jaafar dan Saifuddin Abdullah.
5. Berdasarkan senarai itu kumpulan Azmin nampak lebih kuat. Tetapi kelebihan kumpulan Rafizi ialah mereka lebih dipercayai oleh Anwar walaupun Anwar mendakwa dia merestui perbincangan pintu belakang Azmin bersama PAS. Lagi pun Wan Azizah sudah tentu memihak kepada kumpulan Rafizi sebab Azmin sebagai Menteri Besar sering membelakangkan pucuk kepimpinan PKR dalam membuat dasar di Selangor. 
6. Konflik ini merisaukan beberapa pihak yang pro pembangkang. Antaranya Ambiga. Mereka semakin bosan dengan perang saudara dalam PKR dan Pakatan. Setelah letih membantu Pakatan Harapan untuk mensabotaj kerajaan melalui lima kali perhimpunan BERSIH, sudah tentu Ambiga merasakan sumbangan mereka adalah sia sia kerana perang saudara berterusan dalam PKR. 
7. Kumpulan ini dan pembangkang seperti mengharapkan pilihanraya diadakan awal. Kekuatan Pakatan Harapan ialah berbohong. Tetapi mereka sedar pembohongan tidak boleh bertahan lama. Lama kelamaaan apabila dakwaan mereka tidak boleh dipertahankan dan dibuktikan maka rakyat akan mempersoalkan kredibiliti pembangkang. 
8. Rakyat turut penat dan bosan kepada marathon politik persepsi tanpa kesudahan. Justeru DS Najib mengambil langkah yang betul iaitu tanpa memperdulikan politik persepsi pembangkang beliau terus berusaha menempa kejayaan negara dalam pelbagai bidang termasuk sukan seperti juara keselurugan Sukan SEA KL 2017. 
9. Sebaliknya pihak pembangkang semakin penat berbohong. Pembohongan mereka makan diri. Sebab itu PAS meninggalkan Pakatan. Sebab itu PPBM dan PAN tidak mendapat sambutan. Sebab itu hingga ke hari ini parti berkenaan tidak berani memgumumkan jumlah sebenar keahlian mereka.  
10. Natijahnya, kerana kehabisan modal untuk berbohong dan ulang tayang pembohongan yang tidak lagi laku, perang saudara bukan sahaja berlaku dalam PKR tetapi sedang merebak ke dalam DAP, PAN dan PPBM. Kesudahannya perang saudara dalam Pakatan Harapan. Jangan hairan, DAP akan mengambil jalan sendiri di PRU ke 14 nanti.

Share this

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...