Telegram PH http://t.me/beritapolitikmalaysia

Laporan yang tersiar tidak semestinya mewakili pandangan pihak pentadbir halaman.

Selasa, 4 Julai 2017

NGO Alam Sekitar Tegur Kelantan Tandatangan MoU Dengan Syarikat Blacklist Bank Negara.

NGO SAHABAT ALAM MALAYSIA TEGUR KERAJAAN KELANTAN TANDATANGAN PROJEK CARBON CREDIT DENGAN SYARIKAT DISENARAI HITAM OLEH BANK NEGARA MALAYSIA
Siaran Akhbar 3 Julai 2017
Patuhi Amaran Oleh Bank Negara Malaysia Berhubung ‘Pelaburan Alam Sekitar’
Sahabat Alam Malaysia (SAM) ingin menarik perhatian Kerajaan-Kerajaan Negeri dan orang ramai berhubung penyenaraian Climate Protectors Sdn. Bhd. (CPSB) dan EcoBit (projek pelaburan berasaskan cryptocurrency) dalam perkhidmatan Financial Consumer Alert Bank Negara Malaysia (BNM) pada 23 Jun 2017 sebagai ‘syarikat dan laman sesawangnya tidak diberi kuasa mahupun diluluskan di bawah undang-undang dan peraturan yang berkaitan yang ditadbir oleh BNM.’ (Lihat http://www.bnm.gov.my/documents/2-17/20170629_FCA_EN.pdf
Kami mengalu-alukan amaran oleh BNM memandangkan ‘pelaburan’ yang dipromosikan oleh entiti ini bermaksud untuk melaksanakan projek mengimbangi karbon (carbon offset) hutan Kelantan yang telah ditandatangani awal tahun ini antara Climate Protectors dan Kerajaan Negeri Kelantan. 
Pada 3 Mei 2017, SAM telah memaklumkan melalui surat kepada BNM mengenai pelaburan yang dimaksudkan itu dan juga menulis surat kepada Kementerian Alam Sekitar dan Sumber Asli berhubung perkara yang sama. 
Menurut laman sesawang yang menawarkan peluang pelaburan berasaskan cryptocurrency oleh Ecobit (http://www.ecobit.io/), projek Kelantan itu dianggap sebagai pelaburan utama yang akan menghasilkan pendapatan bagi tempoh 30 tahun dalam pasaran karbon. 
Pengendali skim ini mendakwa bahawa ‘semua projek EcoBit adalah mampan, dengan inisiatif hijau dan berorientasikan kesihatan’; dan bahawa ‘setiap pembelian EcoBit akan menyumbang kepada projek yang secara langsung mengurangkan jejak karbon dalam atmosfera kita’.
Berdasarkan penyelidikan SAM, EcoBit dikaitkan dengan Climate Protector Sdn. Bhd, syarikat yang menandatangani perjanjian dengan Kerajaan Negeri Kelantan pada 9 Januari 2017. Urus janji imbangan karbon hutan Kelantan membentuk tulang belakang tawaran duit syiling EcoBitintial (Lihat https://bitcointalk.org/index.php?topic=1861730.0). 
Ketua Pegawai Eksekutif Climate Protector, Tang Too Siah, juga merupakan penasihat lembaga EcoBit. (https://www.ecobit.io/en/team.html).
Sementara ianya telah dilaporkan bahawa merealisasikan projek mengimbangi karbon hutan Kelantan akan bergantung kepada hasil dua tahun audit terhadap nilai stok karbon kawasan konsesi, walau bagaimanapun, EcoBit sudah pun mempromosikan projek itu sebagai ‘projek pemuliharaan hutan REDD+ terbesar dunia’ dengan kapasiti mengelakkan pelepasan lebih 800 juta tan.
(REDD-plus merupakan mekanisme yang diusahakan oleh Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) dalam mengurangkan pelepasan daripada sektor perhutanan yang dikenali sebagai Pengurangan Pelepasan daripada Penebangan Hutan dan Kemerosotan Hutan.) 
Dalam temubual dengan stesen radio, Business FM (http://www.bfm.my/current-affairs-is-kelantan-trading-away-…), Tang menjelaskan bahawa projek imbangan karbon Kelantan ‘menggunakan konsep PBB’ tetapi kredit karbon akan diperdagangkan dalam pasaran sukarela. 
Bagaimanapun, dalam laman sesawang EcoBit, rujukan dibuat kepada mekanisme Rangka Kerja Konvensyen mengenai Perubahan Iklim PBB (UNFCCC) REDD-plus serta Program PBB-REDD, sebagai bukti tersedia bagi model projek imbangan karbon (http://www.ecobit.io/en/faqs.html). 
Berikutan majlis menandatangani itu, SAM telah menunjukkan gambaran yang salah yang terlibat dalam mempromosikan urus janji itu sebagai mekanisme yang diusahakan oleh PBB, apabila ia sebenarnya bukan demikian.
Kami seterusnya memberi amaran bahawa urus janji imbangan karbon yang diuruskan oleh sektor swasta itu tidak seharusnya dikelirukan dengan mekanisme REDD-plus UNFCCC yang sehingga hari ini hanya bersetuju bagi bayaran berasaskan hasil kepada negara membangun yang layak untuk diberikan ganjaran kerana mengekalkan hutan mereka sebagai sinki karbon. Pada masa ini tidak terdapat imbangan karbon di bawah mekanisme REDD-plus. 
Perjanjian itu bermaksud untuk menganugerahkan 396,000 hektar hutan kepada Climate Protector Sdn. Bhd. untuk tempoh 30 tahun bagi skim imbangan karbon di mana kredit yang dijana akan dijual kepada pasaran karbon Eropah. 
Memandangkan skim imbangan karbon akan memperolehi pulangan daripada jualan kredit daripada pasaran karbon Eropah, ia membingungkan untuk menyatakan bahawa Climate Protector dan EcoBit mempergunakan untuk pasaran modal bagi dana dan sebagai pulangan, pelabur dijanjikan bahawa mereka akan memperolehi manfaat daripada projek imbangan karbon. 
Ini melangkaui model perniagaan pasaran karbon sukarela yang merupakan bayaran untuk setiap tan stok karbon yang dijana oleh projek tertentu menurut harga yang dipersetujui. 
Oleh sebab itu, kami menggesa Kementerian Alam Sekitar dan Sumber Asli sebagai focal point negara kepada UNFCCC untuk menjelaskan perkembangan terbaharu dengan Kerajaan Negeri Kelantan dan Climate Protector memandangkan kami amat bimbang oleh fakta bahawa pelaburan cryptocurrency tidak dikawal dan projeknya kelihatan lebih daripada skim imbangan karbon dengan potensi risiko.
Adalah menjadi tanggungjawab Kerajaan Negeri Kelantan untuk memberikan maklum balas kepada langkah BNM dan menjelaskan kaitan urus janji imbangan karbon yang dibuat dalam laman sesawang EcoBit.
Kami mengulangi gesaan kepada BNM untuk meneruskan dengan siasatan yang sewajarnya dan mengambil tindakan yang sewajarnya untuk melindungi pengguna serta usaha kerajaan untuk mendapatkan bantuan kewangan antarabangsa bagi inisiatif REDD-plus. 
Kerajaan-kerajaan negeri dan orang ramai mestilah berhati-hati dengan skim yang meragukan atas nama melindungi alam sekitar dan menangani perubahan iklim.
S. M. Mohamed Idris
Presiden
Sahabat Alam Malaysia - SAM

Share this

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...