Telegram PH http://t.me/beritapolitikmalaysia

Laporan yang tersiar tidak semestinya mewakili pandangan pihak pentadbir halaman.

Rabu, 5 Julai 2017

Radar Tak Hilang, Sebenarnya Ia Dah Sampai Di Belanda.

Walaupun agak lambat dan ketinggalan pihak kami perlu menyiarkan jawapan balas di atas laporan Peralatan Radar Berteknologi Tinggi Hilang Dari Tanjung Pelepas.


Laporan portal Harian Metro pada 29 Jun lepas menyiarkan penafian dari Lembaga Pelabuhan Johor bahawanya peralatan radar berteknologi tinggi hilang dari Tanjung pelepas. 

Laporan Metro
LEMBAGA Pelabuhan Johor (LPJ) menjelaskan bahawa peralatan radar tentera berteknologi tinggi yang didakwa hilang di Pelabuhan Tanjung Pelepas (PTP) berada dalam kawalan rapi PTP dan agensi kerajaan lain ketika transit di pelabuhan itu. Pengurus Besar LPJ, Muhammad Razif Ahmad berkata, pihaknya menafikan laporan sebuah akhbar berbahasa Inggeris yang mendakwa sebuah kontena yang mengandungi peralatan tentera itu hilang di PTP. 

"Pihak LPJ ingin menafikan laporan berita berkenaan dan ingin menjelaskan bahawa kontena yang mengandungi peralatan radar tentera yang berteknologi tinggi seperti dilaporkan itu sebenarnya tidak hilang ketika transit di PTP. "Malah, kontena berkenaan sentiasa dalam kawalan rapi pihak PTP dan agensi kerajaan yang lain," katanya dalam satu kenyataan media.

Beliau juga mengesahkan bahawa kontena yang mengandungi peralatan radar tentera berteknologi tinggi itu sudah dimuatkan ke atas kapal Emma Maersk pada 3 Jun lalu dan selamat tiba di destinasi yang dituju iaitu di Pelabuhan Rotterdam, Belanda. 

Kita juga ingin menjelaskan bahawa sepanjang kontena terbabit berada dalam tempoh transit di PTP, kita bekerjasama dengan agensi kerajaan yang lain khususnya Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) yang pada masa sama sedang mempertingkatkan pematuhan Prosedur Pematuhan Standard (SOP) dalaman berhubung pemakaian Akta Perdagangan Strategik (STA) 2010," katanya lagi.

Share this

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...