Telegram PH http://t.me/beritapolitikmalaysia

Laporan yang tersiar tidak semestinya mewakili pandangan pihak pentadbir halaman.

Rabu, 5 Julai 2017

Suka Tunjuk Dia Marhein Sangat, Latheefa Koya Sindir Pemimpin Amanah Dan Ini Jawapan Isteri Mat Sabu.

Sebelum ini ada dilaporkan keluhan rakyat yang menghadiri majlis sambutan Aidilfitri yang dianjurkan oleh kerajaan negeri Selangor. 

Baca : Beza layanan ke atas VVIP dan rakyat biasa di majlis rumah terbuka Aidilfitri Selangor

Keluhan itu hanyalah kritikan ringkas kepada pihak penganjur agar di masa-masa hadapan pihak penganjur boleh menyediakan ruang yang lebih luas dengan memperuntukan tempat duduk yang lebih banyak, memandangkan ia mendapat sambutan luar biasa. Sambutan luar biasa itu menunjukkan kerajaan negeri diraikan oleh rakyat Selangor maka sewajarnya kritikan itu dilihat secara positif.

Ahli Parlimen Sepang, Hanipa Maidin pula dalam facebooknya berkata betapa marhaennya sikap Mat Sabu yang seboleh-bolehnya elak makan di meja VVIP sebaliknya lebih selesa makan bersama rakyat.


Sebelum ini banyak kali juga pihak kami mendapat tahu atau diceritakan tentang perwatakan Mat Sabu yang sangat santai dan down to earth. Pengalaman bertemu dengan  dengan Mat Sabu juga membuktikan cerita yang sampai ke pendengaran kami adalah benar.

Bagaimanapun posting oleh Hanipa Maidin itu nampaknya tidak disenangi oleh pihak tertentu. Tambahan pula ada pihak merungut dengan kekurangan tempat makan di majlis yang sama.

 
Status dari Kak Lat itu akhirnya menjadi punca kepada perdebatan antara dua kem dalam Pakatan Harapan. Malahan ia turut menarik perhatian isteri Mat Sabu untuk memberikan respon di laman sosial.

Normah Alwi dalam satu respon kepada status di dinding FB Sulaiman (Leman Raja Lawak) memberitahu bahawanya tidak wajar memperbesarkan cerita tentang tingkahlaku Mat Sabu yang selesa makan bersama rakyat. Ia sepatutnya dibiarkan sebegitu tanpa perlu hebahan secara berlebihan. 

Beliau juga mahu pesanan disampaikan kepada Lathefa Koya agar berhenti membuat cerita yang tidak benar tentang suami beliau.

"Tolong bagitau kat peguam tu kami setakat ni tak pernah lagi naik kapal terbang bisnes class pergi holiday satu keluarga ya. Jangan nak pandai-pandai buat cerita. Peguam tu bukan kami tak kenal, kalau la dia maksudkan pada kami," katanya di ruangan komen tersebut. 

Reaksi netizens;


Pertengkaran antara kedua-dua kem ini sebenarnya membuktikan ahli-ahli parti yang mendokongi aspirasi Pakatan Harapan belum ada persefahaman antara satu sama lain malahan masing-masing juga tidak mahu menilai kritikan dengan sepositif yang boleh. Orang kata ada batu dalam kepala! Dia aje yang betul. Kepala angin sungguhlah!

Share this

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...