Telegram PH http://t.me/beritapolitikmalaysia

Laporan yang tersiar tidak semestinya mewakili pandangan pihak pentadbir halaman.

Ahad, 9 April 2017

Genting Kasino Bayar Husam Untuk Tutup Mulut Dakwa RPK.

"Oh ya, berkenaan Husam Musa. Beliau menerima jutaan ringgit daripada Genting. Adakah beliau mahu menafikan perkara ini sebelum bercakap tentang PAS? Salah satu sebab mengapa Husam menerima wang tersebut adalah kerana beliau berada di dalam PAS. 


Genting memerlukan kuda tunggangan di dalam PAS sekiranya pembangkang memenangi pilihanraya dan mengambil alih Kerajaan Persekutuan. Genting agak risau jika PAS akan mencadangkan supaya kasino diharamkan dan Husam seharusnya memastikan agar perkara tersebut tidak berlakU", kata Raja Petra Kamaruddin di blognya Malaysia-Today pada semalam.

Ia adalah respon dari kenyataan Rafizi Ramli, Ahli Parlimen Pandan yang pada 6 April lepas mendakwa bahawanya ada tokoh tertentu yang berkaitan dengan PAS telah menerima dana 1MDB. Aliran kemasukan wang itu juga boleh didapati dari kertas siasatan SPRM kata Rafizi lagi.

Menulis di blognya, RPK mendakwa Bekas Pengarah Badan Siasatan Khas SPRM, Datuk Bahri Mohammad Zain adalah sumber kepada kenyataan yang dikeluarkan oleh Rafizi itu. Bahri menyalurkan maklumat kertas siasatan kepada Rafizi untuk Rafizi membuat pendedahan dengan tujuan menumbangkan PAS.

Perlunya PAS tumbang bagi memastikan Amanah kekal menjadi relevan kepada pengundi melayu, jika PAS tidak tumbang maka PAS akan bekerjasama dengan UMNO yang sudah tentu sukar untuk menawan pengundi melayu dan Pakatan Harapan hanya bergantung kepada undi cina sahaja, dakwa blogger itu lagi.

"Sebenarnya dokumen yang diberikan Bahri kepada Rafizi tidak berupaya menjejaskan sesiapa pun. Tiada bukti kukuh jaringan kewangan yang menunjukkan bahawa Najib menyalurkan dana 1MDB kepada PAS, membayar kepada orang perseorangan di dalam PAS mahupun kepada yang rapat dengan PAS. 

Mereka akan mengambil dua isu yang tiada bersangkutan dan mengatakan dua isu tersebut saling berkaitan antara satu sama lain", katanya dalam artikel itu.

Selain bercerita tentang rancangan Pakatan Harapan menumbangkan PAS, Raja Petra Kamaruddin turut mendakwa Rafizi dan Saifuddin Nasution menerima habuan mencecah angka RM 20 juta dari John Soh Chee Wen

Nama Anwar Ibrahim, Dr Wan Azizah Wan Ismail dan Nurul Izzah juga disebut menerima habuan dari individu yang sama namun tidak didedahkan angkanya. 

Raja Petra turut menamakan Free Malaysia Today menerima habuan sebanyak RM 12 Juta manakala The Malaysian Insider menerima RM 13 Juta dari Tong Kooi Ong dan juga Ho Kay Tat iaitu penerbit kumpulan The Edge Media Group

Share this

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...