![]() |
Jufazli Shi Ahmad |
Jahat dan zalimnya pemimpin ini rupanya. Hanya kerana saya lawan amalan Musa Aman merompak wang rakyat, bapa saya pula dijadikan mangsa politik mereka. Ini seolah-olah Musa Aman mahu ugut dan bodohkan keluarga saya hanya kerana "Shi Ahmad" itu bapa saya", katanya dalam status berkenaan.
Jufazli juga berkata bapanya adalah pengundi di DUN Tanjung Papat, Sandakan. Bukan pengundi kawasan Musa Aman. Bapanya layak mendapat BR1M sejak tahun 2013 kerana tiada mempunyai sebarang pendapatan tetap.
"Walaupun bapa saya miskin, janganlah Musa Aman pijak bapa saya begini. Saya sangat hairan dan terkejut. Apa hak Musa Aman dan Pejabat UMNO Libaran untuk pegang baucer BR1M bapa saya?
Musa Aman mahu ugut dan paksa bapa saya untuk undi UMNO? Mereka mahu ugut jika tidak undi UMNO maka bapa saya tidak dapat BR1M? Tujuan BR1M diagihkan ialah untuk undi UMNO kah? Pembodohan apakah ini Musa Aman?", katanya.
"Kepada Musa Aman, kau pemimpin yang sangat jahat dan zalim. Kau tangkap dan pukul aku, kau ugut dan siasat adik aku dan hampir menculik anak buah aku di sekolah kerajaan, sekarang kau "sentuh" bapa aku", katanya lagi.
Sebelum ini Jufazli pernah menjadi kontroversi di media ekoran dari videonya yang mengkritik tindakan kerajaan dalam menanggani krisis Korea Utara - Malaysia dalam isu Kim Jong Nam.
Jufazli mencadangkan agar serahkan sahaja mayat tersebut bagi menebus rakyat Malaysia yang ditahan dan tak usahlah Malaysia tunjuk kuat katanya dalam video yang tular. Jufazli juga mengatakan tiga individu warga Korea Utara yang disyaki suspek juga patut diserahkan agar mereka uruskan sendiri masalah berkaitan kematian Jong-Nam.
Tindakan Jufazli mendapat kritikan oleh beberapa penyokong UMNO pada awalnya namun selepas beberapa ketika, Malaysia juga disahkan menyelesaikan masalah berbangkit dengan Korea Utara melalui kaedah penyelesaian yang lebih kurang serupa.
Reuters melaporkan Najib membuat teknik 'SWAP', iaitu tukar suka sama suka, iaitu kedua belah pihak serahkan orang masing-masing bagi menyelesaikan masalah berbangkit dan kes ditutup.