Menulis di Facebooknya, Nazman Che Ibrahim mencabar agar Rafizi memulakan penerangan berkaitan isu tersebut di Kelantan terlebih dahulu.
"Rafizi, masa kamu berbaki 5 hari sahaja lagi untuk dedahkan kepada rakyat mengenai fitnah RM90 juta. Kami sediakan pentas buat kamu. Mulakan 'penerangan' kamu di Kelantan segera sebelum galak menjelajah ke negeri lain", katanya.
Beliau juga mencabar agar Rafizi membawa bersama Husam Musa, wakil rakyat bagi DUN Salor untuk memberi penerangan atas isu yang sama.
"Ajak sekali sahabat kamu si penuduh Affin Bank", katanya lagi. Rafizi sebelum ini mendedahkan terdapat tokoh tertentu yang ada kaitan dengan PAS telah menerima dana 90 juta dari Najib. Sumber wang itu dikatakan berpunca dari aliran wang tunai yang diperolehi dari sumber 1MDB.
Meskipun didesak untuk memberikan bukti dan melaporkan kepada SPRM, cybertroopers UMNO pula menampilkan reaksi yang berbeza terhadap kenyataan itu.
![]() |
Poster Oleh Cybertroopers BN |
"Jika benar PM salurkan dana kepada PAS, bermakna PM telah menunaikan amanah yang diberikan oleh penderma agar menyalurkan dana tersebut untuk kepentingan umat Islam di Malaysia", seperti yang tertera dalam poster sebaran mereka.
Untuk rekod, isu penyelewengan wang 1MDB dan derma 2.6b ialah dua isu yang berbeza.