Telegram PH http://t.me/beritapolitikmalaysia

Laporan yang tersiar tidak semestinya mewakili pandangan pihak pentadbir halaman.

Isnin, 6 Februari 2017

Ya Atau Tidak Kerajaan Negeri Pulau Pinang Masuk Campur Urusan Fatwa? Nah, Lihat Hujah Ini Dan Nilaikan Sendiri.

Artikel ini bertujuan untuk menyemak fakta yang menjadi pertikaian di antara kerajaan negeri Pulau Pinang di bawah pimpinan Pakatan Harapan dengan PAS selaku pembangkang negeri iaitu benarkah kerajaan (DAP) campur-tangan dalam soal fatwa di Pulau Pinang?.

Sebelum ini Afnan Hamimi, Ketua Dewan Pemuda PAS Pulau Pinang mendakwa wujudnya campurtangan kerajaan negeri dalam persoalan fatwa negeri.





Bagaimanapun DAP menafikan dakwaan tersebut. Sejurus laporan penafian itu tersebar, sekali lagi Ketua Pemuda PAS Pulau Pinang Afnan Hamimi Taib Azamudden mempertahankan dakwaan.

"Sebagai seorang bekas Ahli Jawatankuasa Fatwa Negeri Pulau Pinang sehingga Disember 2015, saya menegaskan dakwaan wujudnya campur tangan politik terhadap proses fatwa adalah benar dan bukan fitnah yang direka".


Namun, kerajaan negeri sekali lagi bertindak menafikan tuduhan. Mereka mengatakan dakwaan tersebut tidak benar dan PAS perlu sertakan bukti di atas tuduhan tersebut.

Tidak, kami tidak pernah campur tangan soal fatwa kata DAP.



(RoketKini)

PAS tidak berdiam diri. Mereka kemukakan bukti tatacara fatwa yang sepatutnya dan bagaimana kerajaan negeri dikatakan telah campurtangan dalam urusan fatwa.

Tatacara pengrekodkan fatwa.



Apabila terpaksa 'sembahkan' kepada mesyuarat exco sebelum boleh digazetkan, itu bermaksud campurtangan kata PAS. Sedangkan tatacara asal tidak memerlukan mufti untuk berbuat demikian. Menggunakan hujah yang disahkan sendiri oleh Mufti Pulau Pinang.



(sumber)

Sebelum ini mufti Pulau Pinang menafikan wujudkan fatwa-beku dan campurtangan kerajaan dalam proses pelaksanaan fatwa negeri.

"Fatwa yang dikemukakan ke mesyuarat EXCO untuk makluman sahaja bukan untuk dibahaskan" - Wan Salim, Mufti Pulau Pinang. 



(Sumber)

Pengakuan dari bekas mufti Pulau Pinang mengesahkan campurtangan itu wujud dan menjadi faktor kenapa kontraknya sebagai mufti tidak disambung selepas tamat pada 2014. 

Ini kerana bekas mufti, Datuk Seri Hassan Ahmad mendakwa pernah menghantar surat untuk menegur kerajaan negeri bahawanya pemakluman fatwa ke mesyuarat EXCO adalah tidak perlu kerana selaras dengan peraturan sedia ada iaitu usul berkaitan fatwa boleh dibawa terus kepada Agong bagi tujuan pelaksanaan.



Laporan itu turut menyebut, tindakan kerajaan negeri mengubah sedikit pelaksanaan fatwa adalah disebabkan isu penggunaan Kalimah Allah oleh penganut Kristian yang pernah menjadi polemik negara suatu masa dahulu. 

Dalam isu berkenaan, bekas mufti berpendapat seluruh rakyat di negeri Pulau Pinang termasuk Lim Guan Eng perlu mematuhi apa yang telah ditetapkan oleh Majlis Fatwa Kebangsaan berhubung isu penggunaan Kalimah Allah oleh penganut Kristian.



(Sumber)

Namun sekali lagi, tuduhan oleh PAS dinafikan oleh kerajaan negeri. Menurut Datuk Abdul Malik Kassim, selepas fatwa pengharaman penggunaan Kalimah Allah oleh bukan-muslim diwartakan di Pulau Pinang, jawatan Mufti telah disambung-khidmat setiap tahun sehingga Jun 2014. Pengwartaan pengharaman berlaku pada tahun 2012 (sila rujuk link berita yang telah diberikan di atas).

MENJAWAB FITNAH OLEH KETUA PEMUDA PAS PULAU PINANG, AFNAN HAMIMI BAHAWA KETUA MENTERI LIM GUAN ENG ARAH TUKAR MUFTI PULAU PINANG. 
 .
Ketua Pemuda PAS Pulau Pinang, Afnan Hamimi Taib Azamuddeen menuduh Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng tidak menyambung kontrak bekas Mufti Dato’ Seri Hassan Ahmad kerana isu fatwa kalimah Allah, selain kononnya kerana membantah arahan Ketua Menteri bahawa semua fatwa perlu dimaklumkan dalam Majlis Mesyuarat Kerajaan (MMK). 
 .
Tuduhan itu fitnah dan berniat jahat terhadap Ketua Menteri, Lim Guan Eng. Sebagai seorang yang memahami ajaran Islam dan hukum-hakam, beliau sepatutnya memahami dosa fitnah. 
.
Fatwa kalimah Allah bersama 39 kalimah suci Islam yang lain, diwartakan oleh Kerajaan Negeri Pulau Pinang pada 29 April 2010, sewaktu Dato’ Seri Hassan sebagai Mufti Pulau Pinang. 
 .
Dato’ Dr.Wan Salim mengambilalih jawatan Mufti daripada Dato’ Seri Hassan, pada 7 Jun 2014, iaitu selepas 4 tahun pewartaan kalimah Allah oleh Kerajaan Negeri. Dalam tempoh empat tahun, Dato’ Seri Hassan disambung kontraknya pada setiap tahun iaitu sebanyak 4 kali. 
.
Sebenarnya kebanyakan urusan untuk memartabatkan hal ehwal agama Islam di Pulau Pinang, saya mendapat nasihat terus daripada Ketua Umum Keadilan, Datuk Seri Anwar Ibrahim. Hal perlantikan Mufti, Yang Dipertua Majlis Agama Islam Pulau Pinang (MAINPP) dan Ahli Majlis MAINPP disyorkan dan diluluskan oleh Datuk Seri Anwar Ibrahim. Tidak ada sebarang campurtangan oleh Ketua Menteri, Lim Guan Eng.
.
Sepertimana dijelaskan oleh Mufti Pulau Pinang, Sahibus Samahah Dato’ Dr Wan Salim Wan Mohd Noor sebelum ini, bahawa Exco dan kerajaan negeri tidak pernah mencampuri urusan fatwa atau menghalang sebarang pewartaan fatwa. 
 .
Kerajaan negeri tidak berhasrat untuk memanjangkan polemik yang tidak berasas ini. 
.
Sebagai seorang bergelar ustaz, Afnan tidak sewajarnya membuat tuduhan semberono terhadap kerajaan negeri. Meskipun tohmahan itu ditujukan kepada pemimpin bukan Islam. Allah melarangnya.
.
Islam Rahmatun Lil Alamin, 
Islam Rahmat Seluruh Alam, 
Islam Rahmat Untuk Semua.
KENYATAAN MEDIA
YB Dato’ Abdul Malik Kassim
Exco Hal Ehwal Agama, P.Pinang
4 Februari 2017

Semakan kami.

Ya atau tidak, kerajaan negeri masuk campur dalam urusan pelaksanaan fatwa di negeri Pulau Pinang - tiada bukti yang mengesahkan dakwaan PAS. Apa yang ada hanyalah DAP menambah (ubah-suai) tata-kerja pelaksanaan fatwa dengan mahu semua jenis usul dimaklumkan ke mesyuarat EXCO terlebih dahulu.

Tiada bukti sehingga ke hari ini, kerajaan negeri TELAH menghalang mana-mana fatwa dari dilaksanakan di Pulau Pinang.

Pemakluman ke mesyuarat EXCO boleh dibaca seperti sedang campur-tangan tetapi juga boleh dianggap sebagai tujuan makluman, pemberitahuan, sebagai langkah persediaan - tidak la kerajaan negeri terpinga-pinga. 

Kami tidak pasti kenapa penambahan itu wujud namun selagi tiada bukti kerajaan negeri telah menghalang mana-mana fatwa dari diwartakan di Pulau Pinang, maka tuduhan kerajaan negeri campur-tangan dalam soal pelaksanaan fatwa di Pulau Pinang adalah tidak berasas. 

Kami akan menunggu bukti selanjutnya dikemukakan oleh PAS Pulau Pinang dan bersedia mengubah analisis ini andai ada bukti yang menyokong dakwaan itu.

PAS mahu saman atas alasan kerajaan negeri tidak menjawab - tetapi semakan kami di beberapa portal berita, kerajaan negeri telah menjawab dakwaan terutamanya oleh Datuk Abdul Malik Kassim.



Share this

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...