Telegram PH http://t.me/beritapolitikmalaysia

Laporan yang tersiar tidak semestinya mewakili pandangan pihak pentadbir halaman.

Rabu, 8 Februari 2017

Pelancong Malaysia Dakwa Pertukaran Ringgit Malaysia Tak Diterima Di Jepun - Apa Sudah Jadi?

Adakah Ringgit Malaysia kini tiada nilai di Jepun? Itulah yang menjadi tanda-tanya apabila salah seorang rakyat Malaysia yang dikenali dengan nama Salman Rozi berkongsikan pengalamannya ketika melancong ke Jepun baru-baru neh.

Menurut Salman, ketika dia mahu menukarkan wang miliknya ke dalam nilai Yen, permintaan itu ditolak oleh pengurup wang tempatan atas alasan Ringgit Malaysia tidak tersenarai dalam matawang yang boleh ditukarkan kepada matawang Jepun.


Kakitangan yang bertugas mengesahkan bahawanya syarikat itu tidak menerima sebarang pertukaran matawang dari Malaysia ke Jepun ujar Salman dalam kenyataannya yang dipetik menerusi Facebook.

Dalam kenyataan yang sama, Salman turut mempersoalkan di manakah maruah Ringgit Malaysia berbanding Thailand dan Filipina kerana kedua-dua matawang dari negara terbabit masih diterima untuk ditukarkan oleh pengurup wang tempatan manakala Ringgit Malaysia langsung tidak tersenarai dalam jadual matawang sama sekali.

Sebelum ini, Ringgit Malaysia dilaporkan menghadapi kejatuhan mendadak pada awal tahun ini sehingga memaksa peniaga-peniaga tempatan di Thailand menampal notis menolak sebarang urusniaga dalam Ringgit Malaysia berikutan menyebabkan perniagaan mereka rugi kerana apabila ditukarkan kepada nilai Bath, mereka tidak dapat kembali harga jualan yang sepatutnya.

Juga tersebar dakwaan bahawanya Arab Saudi menolak pertukaran dari Ringgit Malaysia ke wang tempatan namun spekulasi itu pantas dinafikan oleh kerajaan tetapi hasil tinjauan yang dilakukan di laman sosial mendapati terdapat beberapa jemaah haji pada masa itu mengesahkan dakwaan. Pun begitu kerajaan bertegas menafikan penyebaran tersebut dengan mengatakan ia satu lagi fitnah terancang bagi menimbulkan kekacauan.

Share this

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...