Telegram PH http://t.me/beritapolitikmalaysia

Laporan yang tersiar tidak semestinya mewakili pandangan pihak pentadbir halaman.

Jumaat, 10 Februari 2017

SPRM Siasat Sumber Kekayaan Adam Rosly.

Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) hari ini merakam keterangan ketua Angkatan Muda PKR Ampang Datuk Adam Rosly dipercayai berhubung dakwaan kekayaan luar biasa yang dimiliki. 

Adam Rosly
Adam Rosly
Adam, 28, yang menjadi tumpuan ekoran dakwaan tersebut tiba di perkarangan ibu pejabat SPRM di sini kira-kira 8.15 pagi dengan menaiki kenderaan jenis Toyota Vellfire. Beliau juga dilihat membawa beberapa dokumen ketika memasuki bangunan, lapor The Malay Mail Online.

“Saya bukannya disoal siasat, pegawai SPRM hanya menemu bual, bertanyakan mengenai sumber pendapatan dan saya ucapkan terima kasih kerana mereka menjalankan tugas dengan profesional,” katanya kepada pemberita di ibu pejabat SPRM di Putrajaya.

"Terima kasih kepada SPRM kerana memberi kerjasama yang baik, bilik yang selesa (untuk disoal siasat). 

Seperti yang dijanjikan, saya beri kerjasama yang sangat baik untuk membuktikan hasil yang saya dapat. Saya buktikan hari ini," katanya lagi dalam sidang media tersebut.

Tahun lalu, ketua gerakan Merah sebuah NGO pro UMNO, Datuk Jamal Yunos telah membongkar kekayaan luar biasa Adam Rosly, seorang pemimpin muda dalam PKR. Adam 'diserang' kerana memiliki banglo mewah dalam usia muda. Bahkan turut memiliki beberapa buah rumah yang lain.

Susulan dari pembongkaran itu, satu laporan SPRM dibuat oleh pimpinan UMNO Selangor bagi menyiasat sumber kekayaan luarbiasa Adam. Adam bagaimanapun menafikan wujudnya sebarang salahlaku berhubung kekayaannya sebaliknya menegaskan sumber kekayaan adalah berpunca dari kejayaan perniagaan yang diusahakannya selama ini.

Share this

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...