Telegram PH http://t.me/beritapolitikmalaysia

Laporan yang tersiar tidak semestinya mewakili pandangan pihak pentadbir halaman.

Ahad, 18 Disember 2016

Sah, PAS Kena Main Dengan UMNO Isu #RUU355 - Kesian, Tak Pasal-Pasal Penyokong PAS Diperbodohkan.

Kan dah kata. Akhirnya UMNO akan dilabel sebagai pejuang agama dan PAS ialah kuli batak kepada UMNO bagi mencapai matlamat peribadi UMNO BN. Lepas tu sokongan dan persepsi positif akan kembali kepada UMNO dan UMNO akan diwatakkan sebagai hero dalam RUU355.
Benda neh tak mustahil sebab muslim memang mudah diperbodohkan. Guna agama je terus masing-masing cayor.
Berita Malaysiakini melaporkan ;
1. Kerajaan akan amek alih tugas bentang, bahas usul RUU355. Confirm.
2. Parti2 komponen BN akan bersetuju.
3. Sebelum ini mereka tak bersetuju sebab PAS yang bentang.
4. Kerajaan gunakan Hadi untuk bawa usul persendirian je. Sebenarnya kalau kerajaan yang bawa proses tu jadi sukar kata Jamil Khir. Perlu persetujuan dari 14 negeri. Ye ke? Hehehe.
Pelik gak aku. Kalau perlu usul persendirian, suruh je la mana-mana wakil rakyat UMNO BN yang bawa dari awal kan? Alasan macam nak memperbodohkan umat je. Kena kaji balik point Jamil neh jenis auta ka fakta.
Yang penting, bahasa mudahnya PAS dah kena main dengan UMNO. PRU dah nak dekat. Isu neh boleh dijadikan millage politik memenangkan UMNO BN. PAS sekali lagi jadi alas pemijak kaki untuk membolehkan UMNO terus berkuasa. WOW. Tahniah la ek.

Berita penuh dibawah.
Komponen BN seperti MCA, MIC dan Gerakan tidak lagi boleh berkata tidak kepada rang undang-undang persendirian (RUU) yang dibawa Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang bagi meminda Akta Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) atau lebih dikenali sebagai Akta 355.
Anggota Majlis Tertinggi Umno, Datuk Ahmad Maslan berkata ini kerana rang undang-undang itu selepas ini akan dibentangkan sendiri oleh kerajaan selaku pemerintah negara.
"Sebelum ini kita dengar MCA tak suka dengan RUU 355, MIC menentang RUU355, Gerakan juga menentang RUU 355.
"Apabila kita tanya kenapa mereka menantang? Mereka jawab macam mana kami tak tentang, sebab Hadi Awang yang bawa.
"Jadi selepas ini Datuk Seri Jamil Khir yang bawa dan kita akan sokong beliau. MCA, MIC, Gerakan dan lain-lain tidak boleh kata tidak bila kerajaan bawa RUU 355," katanya.
Ahmad berkata demikian ketika berucap dalam Mesyuarat Agung Tahunan Pertubuhan Alumni Kelab-kelab Umno Luar Negara kali ke 15 di Menara Dato' Onn, Kuala Lumpur hari ini.
Ikat perpaduan Umno, PAS
Beliau yang juga timbalan menteri perdagangan antarabangsa dan Industri berkata langkah tersebut adalah pengikat perpaduan antara Umno dan PAS.
"Ia (RUU) adalah satu pengikat antara perpaduan kita dengan PAS dan ia adalah satu perkara yang bila diangkat di Padang Masyar nanti kita tidak mahu ditanyakan apakah yang kita buat tentang perkembangan Islam di Malaysia, kita tak boleh nak jawab kalau kita tak sokong akta 355," tegas Ahmad.
Sehubungan itu, Ahmad menegaskan beliau selaku anggota parlimen Pontian akan menyokong akta itu seratus peratus.
Awal Disember lalu, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak memaklumkan kerajaan persekutuan akan "mengambil alih"  RUU yang dibawa Hadi bagi meminda Akta 355.
Najib bagaimanapun ketika berucap di Perhimpunan Agung Umno tidak menjelaskan bagaimana RUU itu bakal "diambil alih" oleh kerajaan.
Konsensus 14 negeri
Sementara itu, Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Jamil Khir Baharom pula berkata kerajaan tidak membawa RUU itu sejak awal kerana terikat dengan pelbagai kekangan dan prosedur.
Jamil berkata demikian menjawab persoalan hadirin mengapa kerajaan sejak dulu lagi tidak bertindak membawa RUU tersebut.
"Kenapa undang-undang persendirian? Kenapa kerajaan tak bawa terus? Kita ada kekangan-kekangan kita, kita ada SOP kita.
"Kalau kerajaan bawa kita kena konsenses 14 buah negeri dibawa kepada kabinet kemudian ke Majlis Kebangsaan (Hal ehwal) Islam seterusnya Majlis Raja-raja.
"Majlis Raja-raja tak boleh bawa kalau tak ada konsenses 14 buah negeri tapi undang-undang persendirian hanya satu negeri atau satu orang bangun bawa undang-undang persendirian," jelas Jamil.

Share this

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...