Telegram PH http://t.me/beritapolitikmalaysia

Laporan yang tersiar tidak semestinya mewakili pandangan pihak pentadbir halaman.

Jumaat, 23 Disember 2016

Rakaman Suara Anak Buah Jamal Pesan Jangan Sebarkan Video Nanti Mereka Kantoi.

"Sebab aku nak bagitau cybertroopers 1 Malaysia dengan team-team aku neh, nak spinkan benda neh, nak bantai dia kaw-kaw, memang betul dia hari neh jadi badak berendam betul-betul, memang berendam dengan air" - Abang Lan.

Kah Kah Kah

Yang best jawapan dorang.

"Video jangan viral, video jangan viral, nanti kena". - Abang Azli.

Kah Kah Kah 

Oke, aku nak bagitau sikit. Aku bukan nak masuk campur urusan pergaduhan peribadi geng-geng neh. Dorang sebenarnya member-member seperjuangan gak dulu sebelum krisis melanda. 

Hehe.

Cumanya aku nak sentuh perangai geng-geng Jamal. Oke la katakanlah Ratu bersalah sebab sengaja nak datang ke rumah Jamal hantar air, nak membalas renggekan manja dan rayuan Jamal terhadap MB Selangor sebab gagal selesaikan krisis air (aku akui Selangor memang ada masalah air, bukan aku nafikan perkara neh okay) tetapi tak boleh juga cara geng-geng Jamal membelasah Ratu.

Katakanlah korang anggap Ratu sedang bermain politik nak buat propaganda kononnya, tetap tak boleh juga korang belasah dia ramai-ramai. Ini kerja gila wei. 

Walau apa pun dia masih seorang perempuan kot. Perempuan. Lelaki ramai-ramai kepung dia, tua muda membuli baling tepung, baling telur dan simbah air.
 

Kelakuan apa korang neh?



Bukti yang Ratu menghantar sebotol air mineral kepada Jamal Yunos.

Hehe.




Beberapa lelaki bertindak mengepung seorang wanita sambil simbah menyimbah.

Bawa bertenang la. Dia datang hantar air. Tak setuju ke tak suka ke tak boleh terima ke lawan mulut sudah la. Tak perlu main kekerasan ataupun melibatkan telur tepung bagai doe.

Dari rakaman sidang media Ratu, dia menjelaskan lebih kurang 30 orang lelaki kepung dia beramai-ramai dan kejadian tumbuk menumbuk pun berlaku. Jamal ketika itu dah lari ke dalam rumah.

Sebelum itu, kereta yang dinaiki Ratu Naga ditahan di tengah jalan dan Ratu dipersoalkan. Jamal menyatakan dia memang dah lama nak jumpa Ratu dan bertanya kenapa Ratu datang ke situ. Ratu kemudiannya menjelaskan dia datang nak hantar air. Kata susah sangat nak mandi takde air so dia datang nak hantar air. Kemudiannya Jamal balas, "Ko memang bodoh, ko memang bodoh, ko memang bodoh. Kenapa kau datang sorang."

Haha. 

Aku memang percaya Jamal cakap macam tu. Aku boleh bayangkan. What the fuck. Aku terbayang muka Jamal terus. Seram sial. Kakakaka.

Ketika sedang cakap bercakapan itula, tiba-tiba si Ratu kena simbah air yang dicampur cat. Kemudiannya keadaan menjadi kucar kacir. Jamal pula sedap je melarikan diri laju-laju dari tempat kejadian. Hampeh.

Menurut Ratu dia memang dibelasah kaw-kaw sampai terkoyak bajunya. Dia juga terpaksa bergelut dengan beberapa orang lelaki.

Mungkin inila kot maksudnya >> video jangan viral, video jangan viral. Tetapi rakaman suara dah viral, macam mana?

Mungkin ketika ini geng-geng Jamal sedang plan idea untuk edit video bagi menafikan kenyataan Ratu yang dibelasah oleh ramai-ramai lelaki. Mungkinla.

Apa pun tak patut betul la bebudak neh belasah Ratu ramai-ramai. Fikir macam mana pun memang tak patut sebab dia perempuan korang pula lelaki. Bukan seorang malahan ber orang-orang pula tu. Aiyohhh. Pondan sangat ke apa neh wei?

Kah Kah Kah!

Share this

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...