Sabrina dibawa oleh polis ke Johor dan kami dimaklumkan Puan Sri Sabrina akan disiasat dibawah akta Komunikasi & Multimedia.
Selain dari Puan Sri Sabrina, Puan Norhayati turut ditahan oleh pihak polis atas pertuduhan yang sama. Puan Norhayati ialah kakitangan PEKA Malaysia.
Apa yang menyebabkan mereka berdua ditahan?
Ini adalah punca-punca kepada penahanan tersebut.
Ya, beberapa kenyataan yang dikeluarkan di facebook. Ia adalah berkenaan tentang alam sekitar dan bagaimana hutan yang diwartakan sebagai hutan simpan ditukar status dan akhirnya tanah tersebut menjadi hak milik Sultan Johor, bukan lagi dibawah agensi perhutanan negeri.
Menurut PEKA Malaysia, tanah yang dinyahwartakan itu akan ditanam dengan projek KELAPA SAWIT dibawah syarikat AA Sawit Sdn Bhd.
Kenyataan tersebut diterbitkan di antara 17 dan 18 Dec yang lepas.
Kronologi penahanan.
Pada awalnya Puan Sri Sabrina dan Norhayati dipanggil oleh polis ke balai untuk diambil keterangan. Ketika pertemuan tersebut berlangsung, mereka berdua dimaklumkan akan dibawa ke Johor bagi menjalani siasatan dan akan didakwa dibawah akta Komunikasi & Multimedia.
Pihak polis juga menyatakan sepanjang proses siasatan berlangsung beberapa barangan milik mereka (yang berkaitan kes) akan disita bagi melengkapkan siasatan.
Waran tangkap ke atas kedua-dua wanita itu telah dimohon oleh Polis Johor.
Respon polis.
Polis dalam pada itu turut mengeluarkan satu kenyataan rasmi berhubung dengan penahanan kedua-dua aktivis alam sekitar itu.
Polis memaklumkan kedua-dua individu tersebut ditahan kerana membuat komen jelik terhadap kesultanan Johor dan menasihati orang ramai agar tidak menyalahgunakan media sosial untuk mengeluarkan kenyataan-kenyataan yang menyakiti ahti, menganiaya, mengugut mahupun menggangu orang lain kerana kegagalan mematuhi arahan tersebut akan membolehkan individu tersebut disiasat polis dan polis sama sekali tidak akan berkompromi dengan mana-mana pihak tersebut.
Sebenarnya betul ke kedua-duanya telah menghina, menganiaya, mengugut dan menggangu kesultanan Johor dalam status facebook milik mereka berdua?
Imbas kembali.
1. Mempertikaikan status penwartaan tanah yang telah bertukar.
2. Mempersoalkan pihak-pihak yang rakus merosakkan alam sekitar dan bagaimana perkara tersebut akan berbalik semula kepada manusia dalam bentuk KESAN dan IMPAK NEGATIF jangka masa PANJANG.
3. Meluahkan perasaan tiada sesiapa pun berani melawan Sultan Johor. Dan juga sedang merancang mahu mendapatkan beberapa dokumen (mengumpul bukti).
Di mana, dalam ayat di atas sedang MENGANIAYA, MENGUGUT mahupun MENGHINA seseorang?
Jika disebut sedang MENYAKITI AHTI seseorang, maka apakah sebabnya untuk individu berkenaan merasa SAKIT AHTI di atas kenyataan-kenyataan yang dikeluarkan di atas?
Sakitkah ahti jika mereka sedang mempertahankan hutan dan alam sekitar?
Sakitkah ahti jika mereka mempersoalkan penukaran status penwartaan tanah?
Sakitkah ahti jika mereka mahu mengumpul bukti dan menyatakan bantahan?
Bagaimana ini boleh mendorong kepada satu penahanan dan direman 3 hari semata-mata mereka berdua sedang mempertahankan alam sekitar demi kebaikan bersama?
Tidak faham kenapa, ya saya tidak faham kenapa.