Telegram PH http://t.me/beritapolitikmalaysia

Laporan yang tersiar tidak semestinya mewakili pandangan pihak pentadbir halaman.

Rabu, 21 Disember 2016

Buat Pertandingan Sandwich, Mewarna Untuk Bantu Nelayan Yang Terjejas Dalam Projek Tambak Laut Kata Pulau Pinang.

"Sekiranya betul laporan DEIA kata terdapat kesan yang boleh mendatangkan bahaya kepada alam sekitar, memudharatkan kesihatan awam dan meninggalkan kesan negative kepada kehidupan manusia, maka kerajaan mana sekalipun harus patuhi. Ini berkenaan kepentingan orang ramai. Perlu diberi keutamaan". - Fuziah Salleh.



Kerajaan Negeri Pulau Pinang tidak hormati undang-undang Penilaian Impak Alam Sekitar Terperinci (DEIA) yang menggariskan bahawa penambakan tersebut bakal memberikan kesan masa panjang yang buruk.
Laporan itu menyebut tentang kemusnahan habitat laut yang akan menjejaskan pendapatan nelayan di kawasan terlibat.
 

Difahamkan, projek tambak laut itu bagi membina 3 pulau buatan untuk melaksanakan Pelan Induk Pengangkutan (PIP) membabitkan kawasan Permatang Damar Laut, Sungai Batu dan Gertak Sanggul.

Lebih 3,000 nelayan mencari hasil laut di kawasan berkenaan, terdapat sebahagian nelayan dari Perak dan Kedah turut mencari hasil laut di situ.


Memetik laporan dari Anilnetto

1. Pada 17 Dec lepas, satu pertemuan diadakan di antara orang awam, nelayan dengan wakil kerajaan negeri bagi membincangkan isu 3 pulau buatan - projek tambakan laut.

2. Ia adalah pendengaran awam bagi membincangkan tentang kajian alam sekitar dan impaknya terhadap ketiga-tiga projek penambakan bagi membina 3 pulau buatan.

3. Keluasan yang terlibat ialah 4,500 ekar dengan 2 fasa utama. Pulau pertama dan kedua berada dalam fasa 1 dan pulau ketiga berada dalam fasa 2.

4. Wakil nelayan yang hadir dalam pertemuan menolak sekeras-kerasnya projek pulau buatan ini atas alasan ia akan menjejaskan mata pencarian mereka.

5. Malahan kajian kerajaan negeri juga tidak menyakinkan, kata mereka lagi.

6. Nelayan yang hadir juga menjelaskan mereka tidak percaya tentang kajian demi kajian yang dijalankan oleh kerajaan negeri ini kerana berdasarkan track record, pada awalnya ianya kelihatan cantik atas paper, tetapi secara realitinya ia tidak akan berlaku sepertimana yang diwar-warkan. 

7. Nelayan juga membidas wakil konsultan kerajaan negeri yang buat kerja cari makan (dengan kerajaan) manakala yang terjejas adalah kebajikan para nelayan.

8."Mengambil contoh Tanjung Tokong, nelayan menjelaskan pada awalnya kerajaan menjanjikan itu ini namun akhirnya semua ikan telah tiada, ini ke kebajikan untuk para nelayan? Mereka langsung tak dapat cari makan, sumber rezeki mereka terjejas, ini bukan win-win situation", kata nelayan lain yang turut hadir dalam sesi pendengaran tersebut.

9. Ketika para nelayan hangat memprotes dan mengkritik projek berkenaan, satu persatu wakil kerajaan negeri meninggalkan dewan. Sehingga seorang nelayan bangun dan berucap, "Saya mewakili semua nelayan menyatakan bantahan keras terhadap projek ini, di manakah anda semua? Separuh darinya telah meninggalkan dewan, bagaimana dengan kehidupan kami? Tak perlu kami jelaskan lanjut, kami bantah".

Antara yang menyebabkan para nelayan terasa diperbodohkan oleh kerana negeri, lihatlah slaid ini.


Langkah kawalan bagi mengurangkan impak dan kesan negatif terhadap alam sekitar ;

- Pertandingan mewarna?
- Sambutan perayaan?
- Buat sandwich?
- Lawatan dan sumbangan ke rumah kebajikan?
- Aktiviti gotong-royong?

Bagaimana langkah ini boleh memberikan nilai tambah kepada kehidupan nelayan-nelayan yang bakal terjejas atas projek berimpak tinggi ke atas alam sekitar ini?

Hari-hari buat pertandingan sandwich dan makan? 

Tak pelik kenapa sekumpulan para nelayan yang hadir berasa marah dan geram!

Untuk rekod, terdapat kritikan kepada kerajaan tentang projek ini bahawanya hanya 20% rumah yang akan dibina dalam harga 'mampu milik' (mampu milik bagi bahasa kerajaan), yang mana rata-rata orang Penang memang diluar kemampuan nak membeli rumah-rumah disitu. Jadi, rumah bukan untuk orang Penang, jika dibina pun diluar kemampuan, merosakkan alam sekitar dan menjejaskan mata pencarian, jadi bagaimana ini untuk rakyat? Fikirkan.

Share this

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...