Telegram PH http://t.me/beritapolitikmalaysia

Laporan yang tersiar tidak semestinya mewakili pandangan pihak pentadbir halaman.
Memaparkan catatan dengan label Jamal Yunos. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Jamal Yunos. Papar semua catatan

Jumaat, 30 Disember 2016

Kutuk-Kutuk Adam Rosly Guna Elektrik Curi Rupa2nya Jamal Pun Curi Elektrik Juga Eh?

Siapakah pemilik kepada syarikat Jamal Jaya (patut ditukar nama kepada Jamal Bengong)?

Jamal Samseng Terlibat Dalam Gerakan Merah

Sembang tak tengok kiri kanan. Time mengutuk orang kemain lagi dia. Rupa-rupanya dia pun buat benda yang serupa. Hipokrit betul la dia neh.

Kah Kah Kah

Sebelum neh Jamal dan pengikutnya pernah membongkarkan rumah ahli PKR iaitu Adam Rosly yang menggunakan elektrik curi bagi membekalkan tenaga di rumah banglonya.

Sungguh pun pendedahan telah dibuat namun sehingga hari kini kita tidak mengetahui jika TNB telah mengambil apa-apa tindakan. Bahkan satu laporan juga dibuat kepada SPRM bagi menyiasat sumber kekayaan Adam Rosly yang mampu beli banglo mewah pada usia muda. Setakat ini SPRM juga tidak memaklumkan apa-apa tentang perkembangan kes. 

Jamal sekarang neh memang rajin serang isu di Selangor. Ada spekulasi mengatakan dia melepaskan hasrat menjadi calon di Sungai Besar sebab dia akan beroleh manfaat yang lebih besar berbanding menjadi ahli parlimen semata-mata.

Tatau la ya ke tak bahawanya dia bakal menjadi MB Selangor jika BN menang bergaya di Selangor. Kalau betul memang whatthepark la. Tapi tak mustahil juga selepas melihat Donald Duck eh silap Donald Trump menang pilihanraya presiden. So tak boleh pandang ringan juga pada persepsi dan sentimen yang Jamal bawa di Selangor.

Kebetulannya Jamal bawa isu air dan isu perjudian haram yang memang makin menjadi-jadi sejak PR berpecah. Dua-dua isu neh agak mengacau pemikiran rakyat tentang pentadbiran di Selangor juga.



Tu tak masuk lagi isu-isu sampingan yang lain terutamanya yang membabitkan isu agama, bangsa dan perumahan. Baru-baru ini portal Free Malaysia Today ada melaporkan bagaimana seorang ibu tunggal terpaksa berhempas pulas semata-mata mahu membeli sebuah rumah mampu milik pada harga 170,000 di Selangor. Ya, 170,000 dengan keluasan 800 kaki persegi. Beratur, amek no. Seriyus la, zaman apa kita neh? Nampak macam berita remeh tetapi point dia ialah pembangkang gagal selesaikan masalah perumahan. 

So dalam dok mengutuk-mengutuk dan mengejek-ejek Jamal dengan tuala busuknya atau propaganda bangangnya jangan sampai kita abaikan sentimen yang dia bawa. Setiap hari dia sekarang sedang buat kecoh atas macam-macam masalah yang membiak di Selangor. Contohnya isu lesen perniagaan yang dia kata dia dah minta banyak kali tetapi PBT tak luluskan. Tahu tak bebudak bisnes melayu pun masuk komen cakap mereka pun lalui perkara yang sama. PBT taknak bagi lesen menjaja tepi jalan.

Sebab tu walaupun nampak macam bahlol, Jamal tu sebenarnya sedang serap sesuatu sentimen. Tengok disebalik aksinya itu. Aksi bodohnya itu sekadar propaganda bagi reach sasaran, mesej sebenar Jamal ialah disebalik aksi propagandanya itu.

Jumaat, 23 Disember 2016

Rakaman Suara Anak Buah Jamal Pesan Jangan Sebarkan Video Nanti Mereka Kantoi.

"Sebab aku nak bagitau cybertroopers 1 Malaysia dengan team-team aku neh, nak spinkan benda neh, nak bantai dia kaw-kaw, memang betul dia hari neh jadi badak berendam betul-betul, memang berendam dengan air" - Abang Lan.

Kah Kah Kah

Yang best jawapan dorang.

"Video jangan viral, video jangan viral, nanti kena". - Abang Azli.

Kah Kah Kah 

Oke, aku nak bagitau sikit. Aku bukan nak masuk campur urusan pergaduhan peribadi geng-geng neh. Dorang sebenarnya member-member seperjuangan gak dulu sebelum krisis melanda. 

Hehe.

Cumanya aku nak sentuh perangai geng-geng Jamal. Oke la katakanlah Ratu bersalah sebab sengaja nak datang ke rumah Jamal hantar air, nak membalas renggekan manja dan rayuan Jamal terhadap MB Selangor sebab gagal selesaikan krisis air (aku akui Selangor memang ada masalah air, bukan aku nafikan perkara neh okay) tetapi tak boleh juga cara geng-geng Jamal membelasah Ratu.

Katakanlah korang anggap Ratu sedang bermain politik nak buat propaganda kononnya, tetap tak boleh juga korang belasah dia ramai-ramai. Ini kerja gila wei. 

Walau apa pun dia masih seorang perempuan kot. Perempuan. Lelaki ramai-ramai kepung dia, tua muda membuli baling tepung, baling telur dan simbah air.
 

Kelakuan apa korang neh?



Bukti yang Ratu menghantar sebotol air mineral kepada Jamal Yunos.

Hehe.




Beberapa lelaki bertindak mengepung seorang wanita sambil simbah menyimbah.

Bawa bertenang la. Dia datang hantar air. Tak setuju ke tak suka ke tak boleh terima ke lawan mulut sudah la. Tak perlu main kekerasan ataupun melibatkan telur tepung bagai doe.

Dari rakaman sidang media Ratu, dia menjelaskan lebih kurang 30 orang lelaki kepung dia beramai-ramai dan kejadian tumbuk menumbuk pun berlaku. Jamal ketika itu dah lari ke dalam rumah.

Sebelum itu, kereta yang dinaiki Ratu Naga ditahan di tengah jalan dan Ratu dipersoalkan. Jamal menyatakan dia memang dah lama nak jumpa Ratu dan bertanya kenapa Ratu datang ke situ. Ratu kemudiannya menjelaskan dia datang nak hantar air. Kata susah sangat nak mandi takde air so dia datang nak hantar air. Kemudiannya Jamal balas, "Ko memang bodoh, ko memang bodoh, ko memang bodoh. Kenapa kau datang sorang."

Haha. 

Aku memang percaya Jamal cakap macam tu. Aku boleh bayangkan. What the fuck. Aku terbayang muka Jamal terus. Seram sial. Kakakaka.

Ketika sedang cakap bercakapan itula, tiba-tiba si Ratu kena simbah air yang dicampur cat. Kemudiannya keadaan menjadi kucar kacir. Jamal pula sedap je melarikan diri laju-laju dari tempat kejadian. Hampeh.

Menurut Ratu dia memang dibelasah kaw-kaw sampai terkoyak bajunya. Dia juga terpaksa bergelut dengan beberapa orang lelaki.

Mungkin inila kot maksudnya >> video jangan viral, video jangan viral. Tetapi rakaman suara dah viral, macam mana?

Mungkin ketika ini geng-geng Jamal sedang plan idea untuk edit video bagi menafikan kenyataan Ratu yang dibelasah oleh ramai-ramai lelaki. Mungkinla.

Apa pun tak patut betul la bebudak neh belasah Ratu ramai-ramai. Fikir macam mana pun memang tak patut sebab dia perempuan korang pula lelaki. Bukan seorang malahan ber orang-orang pula tu. Aiyohhh. Pondan sangat ke apa neh wei?

Kah Kah Kah!

Selasa, 20 Disember 2016

Jamal Samseng Malu Besar - Konon Buat Video Nak Kutuk Selangor Takde Air Tapi Terdedah Video XXX Dirinya.

Babik la Jamal neh.

Tak boleh blah aku dengan lawak bodoh dia.

Kah Kah Kah Kah Kah

Kah Kah Kah Kah Kah Kah

Kah Kah Kah Kah Kah Kah Kah

Ini cerita pagi tadi. 

Jamal upload gambar dan video yang mengatakan dia dah 3 hari tak mandi. Ini disebabkan Selangor dah berhari-hari takde air. Jadi dia bengang dan luahkan perkara tu di fb.

Sungguh pun memang Selangor layak juga dikritik disebabkan kegagalan dorang menyelesaikan masalah berkaitan air dengan effisien tetapi netizens lebih tertumpu mengkritik Jamal disebabkan dia suka berkongsikan perangai bahlol dia kepada umum.

Hari ini sekali lagi dia kongsikan perangai bahlol dia tu. Kali ini bukan lawak sebarang lawak tapi lawak yang memalukan dia ke tahap yang paling maksima. Andai dia manusia yang normal mesti lepas neh dia akan masukkan kepala dia laju2 ke dalam tanah. Tapi percaya la dia takan buat. Sebab apa? Sebab dia memang bukan manusia yang normal pun.

Kah Kah Kah!


Apa yang berlaku ialah, ketika dia merakamkan keadaan bilik air rumahnya yang ketiadaan air, dia merakamkannya dalam keadaan tanpa pakaian.

Ya, tanpa pakaian maksud tanpa baju, tanpa seluar dan tanpa apa-apa yang dinamakan sebagai seluar dalam. Dia bersama tubuh badannya yang semulajadi.

Ekekeke..

Perkara itu dikantoikan oleh video yang Jamal sendiri sebarkan di fb pagenya.

Bagaimana?

Dia masuk bilik air, bawa telefon, buka baju bagai, buka paip takde air, amek telefon dan terus rakam video lepas tu laju-laju sebar.

Tanpa dia ketahui, kepala paip yang ada dalam bilik air dia tu, turut pantulkan imej badannya yang tak berpakaian dalam video yang dia sebarkan kepada awam. 

Orang masuk bilik air nak mandi, mesti check air ada dulu ke takde. Bukannya hari pertama takde air tapi dah berhari2. Pengalaman tu dah ada kan. At least kali kedua, ketiga mestilah reti berjaga. Dia masuk bilik air, terus buka baju then baru check air ade ke takde.

Dia neh memang la bangang. Bukan sengaja buat bangang. Tetapi semulajadi dilahirkan bangang.

KAH KAH KAH

Video slow motion. Lihatlah buktinya sendiri. 

(Sumber video : Tentera Troll Kebangsaan Malaysia)


Sabtu, 19 November 2016

Jamal Ditahan Polis - Gagal Menyorok Ke?

Dua sidang media Geng Merah yang sepatutnya Jamal hadir dan beri kenyataan, Jamal tak hadir.

Sidang media pertama selepas solat jumaat di Masjid Negara. Sidang media kedua pula dijadualkan pada jam 10. Juga di Masjid negara. Dan dia tetap tak hadirkan diri.

Ini dipercayai ada kaitan dengan siri tangkapan beberapa pemimpin dan aktivis #BERSIH5 dan #Merah yang dijadualkan akan berhimpun pada sabtu 19 November, beberapa jam dari sekarang.


Sebelum ini Jamal memberikan kenyataan media tentang penahanan Maria Chin di FBnya ;

#GerakanSelamatkanMALAYSIA 


KENYATAAN MEDIA Maria Chin Wajar Ditahan, BERSIH Pertubuhan Haram Gugat Keamanan Negara - Jamal 

Penangkapan Pengerusi BERSIH 2.0, Maria Chin Abdullah dan ahli jawatankuasanya, Mandeep Singh adalah perkara yang sepatutnya dilakukan pihak polis dalam memelihara keamanan negara. 

Sememangnya BERSIH mempunyai agenda jahat menghasut rakyat turun ke jalan raya untuk menjatuhkan kerajaan pimpinan Datuk Seri Najib Tun Razak yang dipilih secara demokrasi menerusi sistem pilihan raya. 

BERSIH sebenarnya tiada hak untuk bersuara dengan mencanang mereka mewakili rakyat kerana pertubuhan ini haram dan tidak berdaftar secara sah. Saya juga berasa amat hairan dengan sikap sesetengah orang Melayu yang boleh terhasut dengan agenda kotor BERSIH. 

[SURVEY] How often do you shop online? 

Ini kerana BERSIH telah didalangi DAP yang berfahaman rasis dan anti Melayu-Islam malah bercita-cita untuk meruntuhkan kekuatan perpaduan di negara ini. 

Malah BERSIH telah dibiayai oleh dana asing termasuk dari sebuah badan milik penyangak matawang, George Soros. 

BERSIH juga dilihat berat sebelah dalam membangkitkan isu rasuah dengan membuat pertuduhan fitnah melampau terhadap Datuk Seri Najib Tun Razak sehingga membangkitkan kebencian. 

Jika benar BERSIH sebuah pertubuhan bebas, desakan yang sama perlu dibuat ke atas beberapa pimpinan parti pembangkang Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng yang terlibat dalam pertubuhan salah guna kuasa. 

Saya menyeru kesemua rakyat Malaysia menolak BERSIH 5 yang secara jelas tidak releven sekaligus cuba mengganggu gugat keamanan sekitar ibu negara esok.

Gerakan Baju Merah akan memastikan BERSIH 5 gagal dalam meneruskan demonstrasi yang mencemar undang-undang dan sistem raja berpelembagaan di negara ini. Sama-sama kita mendoakan agar Kuala Lumpur berada dalam keadaan aman esok. 

DATO’ JAMAL MD YUNOS 
Pengerusi Gabungan NGO Malaysia 
Jumaat, 18 November 2016

---------------------------

Ini mungkin selepas takut untuk munculkan diri di hadapan orang ramai. Mudah sangat polis nak spot kang.

Dan pada jam 1.30 pagi tadi, polis berjaya menahan Jamal di dalam sebuah bilik hotel. 

Jamal, ditahan oleh Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Kontinjen Selangor, sekitar jam 1.30 pagi, ketika berada dalam bilik hotel di Jalan Tun Razak, di sini. 

Pada masa ini, Jamal yang dikawal ketat pihak polis dalam perjalanan ke Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Selangor, di Shah Alam. Dengan penangkapan Jamal, kini seramai 14 individu yang dipercayai bakal terbabit dengan perhimpunan di sekitar ibu negara, sudah ditahan sejak jam 5 petang semalam. 

Untuk rekod, selain Jamal Yunos, Razali Zakaria ahli geng Merah turut ditahan polis beberapa jam sebelum Jamal ditahan.

Walaubagaimanapun belum ada maklumat Jamal ditahan dan akan disiasat di bawah akta apa.

Ahad, 13 November 2016

"BERSIH Binatang, Jumpa 19 November Nanti" - Jamal Samseng Buat Laporan Polis Kata #BERSIH5 Yang Tumbuk Hidung Dia..

BODOH WEI!

KAHKAHKAHKAH!

Ini apa yang Jamal kemaskini menerusi facebooknya ;


(klik gambar untuk paparan yang lebih jelas)

Dan ini kandungan laporan polis Jamal seperti yang dia sebarkan ;


Memetik kandungan laporan polis Jamal ;

- Tiba-tiba saya dipukul di tumbuk oleh seorang yang memakai baju BERSIH..

- Daripada sebelah kanan tepat di muka dan hidung saya..

- Akibat daripada pukulan itu saya mengalami kecederaan (baca : kegilaan) berdarah dan bengkak pada hidung..

KAHKAHKAH
KAHKAHKAHKAH
KAHKAHKAHKAHKAH

LAWAK APEKAH INI?

Celah mana nya ada geng #BERSIH5 dalam rakaman pergaduhan antara MERAH vs PDRM? Yang pakai baju kalis kuning ada la. Pakai baju bersih kuning mane ada.


Lepas tu kalau Jamal kata dia kena pukul tepat kat muka, apesal masa dia terjerit2 meronta nak keluar dia kata polis tumbuk dia banyak2 kali?

Tadi jika di rakaman video (baca : Jamal Hampir Nazak Kerana Hidung Berdarah) Jamal kata yang tumbuk dia ;

- Polis
- Budak Zuraidah
- Zuraidah

Kali ini dia sebut orang pakai baju kuning BERSIH plak yang tumbuk dia.

Dementia ke apa?
Dua kali tanya dah neh.

KAHKAHKAH!

Kejap Polis Tumbuk, Kejap Budak Zuraidah Pukul, Lepas Tu Zuraidah Pula Dikatakan Tumbuk Jamal - Yang Mana Satu Betul Neh Jamal?

KAHKAHKAH
KAHKAHKAHKAH
KAHKAHKAHKAHKAH
KAHKAHKAHKAHKAHKAH

Hadoi.

Hidung baru keluar darah sikit. Takan dah gila kot. Eh jap. Jamal memang bukan dah lama gila ke?

KAHKAHKAH!

Jamal dan Gerakan #Merah hari neh buat kecoh kat Ampang. Zuraidah Kamaruddin, Ahli Parlimen Ampang hari neh bersama kumpulan #BERSIH5 buat kempen tentang BERSIH di sekitar Ampang. Edar-edar risalah apa semua. Ketika sedang sibuk buat kerja-kerja kempen, si Jamal dan gengnya datang menyemak dan menimbulkan kekacauan sehingga polis yang berada disitu perlu masuk campur bagi mengawal keadaan.


Ketika sedang kelam kabut itulah hidung Jamal Yunos sedang berdarah. Puncanya tak ketahuan tetapi dipercayai ditumbuk secara tak sengaja oleh geng2 dia juga. Sebab polis hanya memegang badan dan tangan dia. Mana ada usik muka langsung kalau kita perhatikan rakaman yang tersebar di media sosial.

Dalam rakaman yang tersebar juga, Jamal yang memulakan aksi menolak anggota polis yang kemudiannya polis bertindak balas dengan memegang anggota badan Jamal.

Kemudiannya insiden meleret kepada aksi tolak menolak antara gerakan #Merah dengan pasukan polis yang terpaksa berhempas-pulas menenangkan gerakan Merah yang berkeras untuk keluar dari shopping-complex. 

Tujuan pasukan polis berbuat demikian ialah untuk mengelakkan dari berlakunya kejadian yang lebih ganas ini kerana jika gerakan Merah dibiarkan keluar mereka mungkin akan berjaya mengejar kumpulan BERSIH 5 dan seterusnya mungkin berlaku insiden yang lebih buruk. Ini berdasarkan kepada tingkah laku Jamal dan ahli kumpulannya yang mengejar geng2 BERSIH 5 yang sedang giat berkempen kat situ.

Dalam kejadian tersebut juga, Jamal punya gila, sanggup biarkan darah kering melekat kat hidung dia semata-mata nak jaja kat media.


Padahal boleh je pergi tandas dan bersihkan darah tu. Bukan banyak mana pun nak dijaja2 ke orang. Sebelum ini Jamal pernah kongsikan satu aksi dia dipukul kayu. Kononnya nak tunjukkan kepada orang awam betapa dia kuat. Kuat otak kaw. Hidung berdarah sikit dah merengek-rengek macam la sakit sangat siap jaja darah kering lagi untuk raih simpati. 

KAHKAHKAH

Dalam isu hidung Jamal berdarah ini juga, pada awalnya Jamal mengatakan polis tumbuk dia. Berulang kali dia bercakap yang polis tumbuk dia, polis tumbuk dia.

Lepas seketika, tiba-tiba dia cakap kat media yang budak2 Zuraidah pula yang bantai dia. Dia kata YB Zuraidah yang arahkan budak dia untuk pukul Jamal.

Kemudian tak sampai 10 saat dari kenyataan di atas, dia kata Zuraidah tumbuk dia.

Apahal dia tu?

Dementia ke apa?

KAHKAHKAHKAH!

Kejap polis tumbuk. Kejap budak2 YB Zuraidah tumbuk. Kejap Zuraidah tumbuk. Yang mana satu betul?

Kalau ikut rakaman video jangan kata pendemo BERSIH, Zuraidah punya batang tubuh pun takde dalam kejadian tu tau. 

Yang ada geng2 Merah dan anggota polis je.

Dan kalau kita perhatikan video tu, masa awal2 Jamal diarah ke belakang (kembali kepada geng2 dia) oleh 2,3 anggota polis, tak berdarah pula hidung dia time tu.

Start berdarah masa budak2 dia tengah kecoh2 nak keluar. Dia tiba2 muncul kata polis tumbuk dia, polis tumbuk dia. 

Sebenarnya aku syak bebudak dia juga tercederakan dia semasa aksi tolak menolak tu. Dia dah malu la tu nak mengaku geng2 sendiri terbantai dia.

Tak pasal2 polis, budak2 Zuraidah dan Zuraidah yang dia tuduh2 mencederakan dia. Choiiii.



Rakaman video ;

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...