Telegram PH http://t.me/beritapolitikmalaysia

Laporan yang tersiar tidak semestinya mewakili pandangan pihak pentadbir halaman.

Rabu, 28 September 2016

PAS Kantoi Lagi, Bantah Pindaan Syariah Pada Tahun 2013, Tak Kafir Pula Soal Pengkritik!


TIDAK MENYOKONG PINDAAN AKTA 355 JATUH IMAN – ADUN PAS KEDAH DAN PAS KEDAH TERLEBIH DAHULU JATUH IMAN.

Seorang Yang Di-Pertua PAS Kawasan dalam kuliahnya yang tersebar luas di alam maya seperti facebook dan applikasi whatsapp mengutarakan suatu senario di Dewan Rakyat.

Mengambil contoh Datuk Sri Dr Wan Azizah yang tidak menyokong pindaan Akta 355 yang dibawa oleh Yang Berhormat Marang sebagai jatuh iman dan jika ditakdirkan mati selepas itu hanya layak ditanam di jirat cina yang secara tidak langsung difahami bahawa Datuk Seri Dr Wan Azizah menjadi kafir.

Semalam aku dah tulis beserta rekod Penyata Rasmi Dewan Rakyat sejak tahun 1965 apabila Akta 355 digubal kemudiannya dipinda pada tahun 1984 di mana Almarhum Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat juga tidak bersetuju dengan pindaan Akta 355 waktu itu. Tulisan aku semalam tidak dibaca keseluruhan sedangkan aku menasihati agar jangan mudah mengkafirkan orang hanya semata-mata berbeza pendapat dalam isu fiqh bukannya aqidah, tetapi yang dipandang ialah aku ahli DAP.

Baik, hari ni aku nak tunjukkan sedikit, jika membantah pindaan Akta 355 jatuh iman dan menjadi kafir sehingga layak ditanam di jirat, apa pula kedudukan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) PAS Kedah seramai 7 orang yang membantah pindaan Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah (Kedah Darul Aman).

PINDAAN ENAKMEN KESALAHAN JENAYAH SYARIAH (KEDAH DARUL AMAN) 1988 Pada Ogos 2013, Kerajaan Kedah yang diketuai oleh Datuk Sri Mukhriz Mahathir ketika itu mencadangkan suatu pindaan kepada Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah (Kedah Darul Aman) melalui suatu rang undang-undang bernama Rang Undang-Undang Kesalahan Jenayah Syariah (Kedah Darul Aman) 2013. Tujuan RUU tersebut diusulkan ialah bagi meminda dan memasukkan peruntukkan bagi kesalahan pemujaan salah, doktrin palsu, pendapat yang bertentangan dengan fatwa, penerbitan agama yang bertentangan dengan hukum syarak dan lain-lain.

Mengikut Penasihat Undang-Undang Kerajaan Negeri Kedah, apabila suatu Enakmen hendak dipinda, keseluruhan Enakmen akan ditarikbalik dan kemudiannya dimasukkan suatu RUU baru bersama peruntukkan-peruntukkan asal dan selepas diluluskan oleh Dewan maka ianya akan menjadi Enakmen. Jadi apa yang berlaku pada waktu itu ialah Enakmen yang lama telah ditarikbalik dan kemudiannya suatu RUU dimasukkan untuk meminda dan menambahkan peruntukkan yang baru bersama-sama semua peruntukkan sedia ada.

Semua Adun PAS ketika itu berjumlah 9 orang bersesama menolak RUU tersebut atas alasan RUU tersebut tidak menepati syarak. Yang Berhormat Alor Mengkudu yang ketika itu merupakan Ketua Pemuda PAS Negeri berkata “Kami menolak kerana rang undang-undang ini kerana ianya bertentangan dengan syariah Islam di beberapa fasal.”

Beliau mengambil contoh Fasal 17 berkenaan minum arak yang apabila disabitkan kesalahan boleh dihukum denda tidak melebihi RM3000 atau penjara tidak melebihi 2 tahun atau kedua-duanya. Tiada langsung hukuman sebat sedangkan dalam Islam hukuman bagi kesalahan minum arak ialah sebat. Ahmad Yahya juga mempersoalkan Fasal 21 berkaitan persetubuhan luar nikah (zina), jika sabit kesalahan boleh didenda tidak melebihi RM5000 atau penjara tidak lebih tiga tahun atau sebat tidak melebihi enam kali, atau mana-mana kombinasi hukuman tersebut.

Mengikut undang-undang Islam sebenar penzina belum berkahwin disebat manakala penzina sudah berkahwin direjam hingga mati. Untuk makluman semua yang membaca, Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah (Kedah Darul Aman) telah wujud sejak tahun 1988 yang dikenali sebagai Enakmen Kanun Jenayah Syariah 1988.

Hukuman-hukuman bagi kesalahan arak, zina, qazaf telah ada sejak penggubalannya yang mana hukumannya adalah sama seperti yang dicadangkan semasa RUU pindaan Enakmen dimasukkan pada tahun 2013 yang dibantah oleh PAS. Selama PAS memerintah Kedah sejak 2008 sehingga 2013, Enakmen yang sama digunapakai oleh Kerajaan Kedah tanpa sebarang pindaan atau cubaan meminda.

Alasan tiada pindaan kerana PAS tidak mempunyai cukup kerusi bagi mendapatkan majoriti meluluskan pindaan sedangkan PAS tidak pernah berusaha untuk membuat pindaan, mendapatkan sokongan untuk meminda dan sebagainya. Alasan mudah ialah kami tiada kerusi yang cukup. Apabila BN di bawah pentadbiran Mukhriz hendak meminda, PAS membantah sedangkan hukumannya tetap sama dengan hukuman yang ada ketika PAS memerintah. Semasa PAS memerintah, ianya mengikut syariah tetapi apabila BN memerintah, ianya bertentangan dengan syariah. Menolak keseluruhan Enakmen hanya kerana tidak bersetuju di beberapa fasal sedangkan Enakmen yang sama digunakan selama PAS mentadbir Kedah.

Sekarang, PAS melalui YB Marang hendak mencadangkan pindaan Akta 355 yang hanya membolehkan kesalahan syariah dihukum dengan penjara tidak melebihi 3 tahun atau denda tidak melebihi RM5,000 atau sebatan tidak melebihi 6 kali kepada menghukum seperti yang dibenarkan oleh undang-undang syariah kecuali hukuman mati. Cadangan pindaan ini mengikut PAS dan ahli-ahlinya serta penyokong-penyokongnya HENDAKLAH disokong, jika tidak, anda jatuh iman dan seterusnya kafir.

Adakah memberikan kuasa kepada Mahkamah Syariah menghukum mengikut undang-undang syariah kecuali hukuman mati itu menepati syarak? Jawapannya sudah semestinya TIDAK kerana jika hendak menepati syarak, tidak boleh dikecualikan hukuman mati kerana di bawah undang-undang syariah, hukuman bagi kesalahan qisas bunuh ialah hukuman bunuh (mati), begitu juga hukuman bagi kesalahan murtad dan zina boleh dihukum mati.

Jika hukuman mati tidak boleh dijatuhkan oleh Mahkamah Syariah mengikut cadangan Haji Hadi, maksudnya cadangan pindaan Hj Hadi tersebut tidak patuh syariah sama seperti cadangan pindaan Enakmen oleh Mukhriz di DUN Kedah pada tahun 2013 dahulu.

Jika semasa memerintah Kedah tidak boleh meminda kerana tidak cukup kerusi, adakah sekarang boleh pinda Akta 355 kerana PAS cukup kerusi di Dewan Rakyat? Jika sekarang PAS boleh ke hulu ke hilir mengadakan roadshow meminta sokongan untuk meminda Akta 355, kenapa semasa mentadbir Kedah, tiada cubaan untuk meminda dan mengadakan roadshow meminta sokongan untuk meminda Enakmen menjadikannya patuh syariah?

Jika di Kedah, Adun PAS berjumlah 9 orang membantah Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah kerana tidak menepati syarak dan tidak jatuh iman, maka tidak menyokong pindaan Akta 355 yang dibawa Hj Hadi yang jelas tidak menepati syarak juga tidak jatuh iman dan menjadi kafir. Jika tidak menyokong pindaan Akta 355 itu jatuh iman dan kafir, Adun PAS Kedah dan seluruh PAS Kedah lebih dulu jatuh iman dan kafir. Sebelum nak kafirkan orang, jaga diri dulu supaya kita tidak kafir.

Aku Ahli DAP.
DAP tidak anti Islam.
BERANI BERUBAH - TERUS BERUBAH.
ZULHAZMI SHARIFF.
Ahli Biasa DAP Cawangan Taman Tun Dr Ismail Kuala Lumpur
28 September 2016

Share this

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...