Telegram PH http://t.me/beritapolitikmalaysia

Laporan yang tersiar tidak semestinya mewakili pandangan pihak pentadbir halaman.

Khamis, 29 September 2016

Orang Asli Ditindas Angkara Pembalakan Berleluasa - Husam Sound PAS Kaw-Kaw.


DENGARLAH SUARA ORANG ASLI KELANTAN

Melihat foto deretan Orang Asli, termasuk wanita dan kanak-kanak, membuat sekatan ke atas pembalak untuk masuk - mengharukan. Ia adalah isu kemanusiaan besar yang memerlukan perhatian semua pihak, khususnya Kerajaan Negeri. Tidak patut Kerajaan Negeri membisu.

‘Orang Asli juga adalah manusia seperti kita. Mereka adik beradik kita’, begitulah antara kata-kata Almarhum Tuan Guru Nik Aziz yang masih saya ingat. Mereka juga adalah rakyat Kelantan. Kerajaan Kelantan WAJIB menjaga dan memelihara kepentingan dan nasib mereka. Mereka diiktiraf Islam sebagai pihak yang mempunyai hak dan maruah.

Hak untuk melindungi kehidupan mereka. Jika benar bumi mereka telah dibersihkan, sesuatu perlu dilakukan untuk membetulkan keadaan. Sebagai sebuah Kerajaan yang menggunapakai Islam sebagai slogan, kecuaian menguruskan isu ini dengan baik dan berkesan akan mencemarkan nama baik Islam.

WAJIB bagi Kerajaan Kelantan melindungi nama baik Islam dari tercemar dengan insiden yang sedang berlaku kini dengan bertindak berani, pantas, adil, berperikemanusiaan dan prihatin.

Ini adalah kewajipan agama, bukan hanya kewajipan demokrasi dan tanggung jawab sosial. Jagalah nama baik Islam. Saya telah berkali-kali memberikan teguran atas amalan pembalakan semborono.

Apa lagi jika ia secara langsung mengakibatkan kemusnahan kepada penduduk sekitar, sekali pun mereka adalah Orang Asli. Insiden yang sedang berlaku kini, sekali gus menunjukkan pembalakan atau pembalakan tebang habis untuk perladangan telah masuk jauh ke dalam kawasan pendalaman Kelantan.

Aktiviti ini sedang mendaki Banjaran Titiwangsa! Saya agak, kawasan terlibat agak tinggi kedudukannya dan curam kontornya. Saya tidak dapat bayangkan kemusnahan yang boleh berlaku tatkala hujan lebat musim monson tiba. Curahan air yang banyak melanda deras dari puncak tinggi!

Laungan dan jeritan batin anak-anak Orang Asli dan perempuan-perempuan mereka, mungkin sebenarnya untuk menyelamatkan rakyat Kelantan yang lain dari bencana. Bukan kita selalu diajar, bila manusia tidak mempunyai manusia untuk bersimpati atas musibah yang menimpa, meraka akan berpaling ke Langit untuk mengadu?

Ketika itu, Allah jua yang tahu! Oh pemimpinku, di manakah telinga dari hati nurani anda.

Husam Musa
29 September 2016
27 Zulhijjah 1437

Share this

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...