Telegram PH http://t.me/beritapolitikmalaysia

Laporan yang tersiar tidak semestinya mewakili pandangan pihak pentadbir halaman.

Rabu, 28 September 2016

Kalau Kak Wan Tak Sokong RUU 355, Boleh Jatuh Iman, Nanti Tanam Di Jirat (Kubur Cina) Kata YDP PAS.


"Yang Berhormat Kak Wan, Kak Wan nanti Tan Sri Pandikar tanya ahli-ahli yang berhormat siapa yang menyokong akta 355 sila angkat tangan. Kak Wan, Kak Wan kena angkat tangan. Kalau Kak Wan tak angkat tangan, boleh menyebabkan jatuh (gugur) iman, kalau ditakdirkan lepas tak angkat tangan tu mati, kami tanam jirat (perkuburan cina)".

Rujuk sebaran video di bawah ini ;



Inilah kenyataan yang dikeluarkan oleh YDP PAS Padang Serai yang menjadi kontroversi pada ketika ini. Menurut YDP PAS, kegagalan seorang muslim (Kak Wan) menyokong usul pindaan akta RUU 355 boleh menyebabkan akidahnya terjejas sehingga dikatakan akan ditanam di kawasan perkuburan cina (membayangkan seseorang itu telah murtad, jatuh kafir). 

Yang menjadi persoalannya sekarang RUU 355 ialah suatu undang-undang ciptaan manusia. Mohon memahaminya dari segi kerangka undang-undang terlebih dahulu, rujuk sini.

Mengapakah jika seseorang tidak bersetuju dengan sekumpulan manusia yang mahu meminda undang-undang ciptaan manusia kepada undang-undang ciptaan manusia yang lain menyebabkan seseorang itu jatuh iman?

Dalam kes akta ruu 355 ialah, PAS mahu meminda undang-undang tersebut dari segi menambahbaikan. Yakni mahu meningkatkan lagi nilai (denda) / tempoh (penjara) / jumlah (sebatan) hukuman.

Contoh mudah.

Ali telah mencuri. Mencuri ialah jenayah. Untuk menghukum penjenayah pencuri, akta A digunapakai sebagai rujukan. Menurut akta A, Ali boleh dikenakan hukuman semaksimanya 2 tahun penjara, denda 2,000 jika didapati bersalah.

Dalam kes ruu 355 ialah, Hadi Awang (presiden PAS) yang membawa usul pindaan tersebut mencadangkan agar bidang kuasa hakim mahkamah syariah dibenarkan untuk menjatuhkan apa-apa hukuman yang tidak tertakluk kepada ;

1. Penjara tidak lebih dari tempoh 3 tahun;

2. Denda tidak boleh melebihi 5,000;

3. Sebatan tidak boleh melebihi dari 6 kali;

4. Ataupun gabungan di atas samada 2 gabungan atau 3 gabungan ketika menjatuhkan hukuman;

Semata-mata.

Hadi Awang mahu memperkasakan mahkamah syariah dengan berharap agar hakim mahkamah syariah diberikan kuasa yang lebih besar dalam menentukan hukuman yang setimpal dengan kesalahan penjenayah.

Boleh jadi nak hukum pesalah dengan 7 kali sebatan, boleh jadi nak denda pesalah 10,000, boleh jadi nak hukum pesalah dengan 10 tahun penjara, atau kedua-duanya sekali, atau ketiga-tiganya sekali, tak kisah la yang penting taknak ada had masa, nilai denda dan jumlah sebatan yang dibenarkan.

Itu yang dilakukan oleh Hadi Awang.

Pinda undang-undang ciptaan manusia kepada undang-undang ciptaan manusia yang lain. Jenis-jenis kesalahan syariah masih tertakluk kepada bidang kuasa yang dibenarkan. Andai pindaan diluluskan sekalipun, ia masih hanya boleh membicarakan kes-kes yang dibenarkan dalam bidang kuasa mahkamah syariah.

Usaha Hadi Awang neh bukan perkara jahat. 
Tetapi menghukum orang lain sebagai jatuh iman, kafir dan sebagainya kerana tidak bersetuju dengan usul Hadi Awang, itu yang jahat. Lebih teruk lagi mislead dengan membayangkan undang-undang ciptaan manusia tersebut ialah undang-undang Allah dan diharamkan keras dari tidak bersetuju ke atasnya.

Sebenarnya aku pun tak bersetuju dengan pindaan tersebut. Sebagai satu langkah protes kepada PAS (walau sebenarnya bagus juga pindaan tersebut). Aku marah dengan PAS sekarang. Ada banyak benda salah dan kecuaian yang dorang buat sehingga menimbulkan perasaan marah ini. Aku marah dengan permainan politik mereka sepertimana aku marah dengan parti-parti pembangang yang lain juga. Jangan kata PAS, aku pun banyak benda tak bersetuju dengan apa yang dilakukan oleh parti-parti seperti PAN, DAP dan PKR juga. Terpaksa aku cakap neh. Sebab dah selalu sangat penyokong taksub dari blok2 pembangkang dan kerajaan suka menuduh sebarangan hanya kerana aku ada pandangan tersendiri. Bagi mereka hanya ada kiri dan kanan. Tidak boleh ada depan dan belakang, atas dan bawah, tepi, dan sudut. Pandangan mereka terhad dua tetapi bukan semua orang semestinya begitu pula.

Penyokong PAS jangan sentimental secara membuta tuli menghukum manusia lainnya tanpa memahami asas perundangan yang tertakluk dalam RUU 355. Jangan mengikut emosi yang tak berkesudahan korang tu atas tajuk Islam kononnya.

Bagi aku, komitednya sesetengah penyokong2 PAS mempropagandakan usul pindaan ruu 355 sebagai hudud adalah satu permainan politik. Jangan buat kerja macam tu lagi. Tak baik. Sudahla memberikan gambaran secara serong, lepas tu hukum orang lain macam-macam padahal dia tahu sangat pindaan ruu 355 tu apa dia sebenarnya.

Tak dinafikan kadang2 yang tak bersetuju pun jauh terpesong juga pemahaman mereka. Yang menyokong, yang membantah, sama-sama saling tak faham dan akhirnya memanjangkan lagi ketidakfahaman itu kepada salah faham yang berpanjangan. Mari hentikan salah faham tersebut. Sampai bila korang nak bergaduh atas perkara salah faham. Bincang elok-elok. Yang bersetuju atau tak bersetuju tak perlu mencapai blok persefahaman pun, cukup dengan cara bincang elok-elok. Jangan sampai nak tanam orang kat jirat cina.. kerana beria pertahankan undang-undang dunia, betul tak?

Share this

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...