Telegram PH http://t.me/beritapolitikmalaysia

Laporan yang tersiar tidak semestinya mewakili pandangan pihak pentadbir halaman.

Isnin, 26 September 2016

Bekas Wartawan Dipukul Oleh Orang Kuat Menteri, Kenapa Menteri Berkenaan Masih Berdiam Diri?




Sebelum itu beberapa blog politik tempatan melaporkan ;

SEORANG bekas wartawan TV3, Mohd Adli Effendy menulis di laman sosial facebook mendakwa dia diserang oleh lelaki yang mengaku sebagai Pembantu Peribadi, PA kepada Timbalan Menteri Dalam Negeri.

Berdasarkan laporan polis yang dilampirkan dalam tulisannya itu, kejadian berlaku semasa dia menurunkan anak perempuannya berhampiran sekolah supaya boleh diambil oleh bekas isteri tengah hari kelmarin.

 Namun tidak lama kemudian suami kepada bekas isterinya datang bersama dua buah kenderaan jenis Vellfire berwarna hitam bersama kira-kira 5 orang di dalamnya.


Keluar pula seorang wanita, tiba-tiba mengheret dan memaksa anaknya untuk masuk ke dalam kereta. Melihat anak meraung dan meminta tolong, Adli cuba menasihatkan mereka supaya tidak menggunakan kekerasan.

Malangnya, Adli dipukul bertubi-tubi oleh mereka malah isteri, anak dan ibu Adli turut ditolak dan dipukul sehingga terjatuh dan menyebabkan kecederaan yang teruk.

Barang-barang peribadi miliknya seperti telefon bimbit, cermin kereta bahagian depan dan belakang turut dipecahkan oleh bekas isterinya bersama rakan-rakan.

Salah seorang mengaku sebagai pembantu peribadi kepada Timbalan Menteri Dalam Negeri telah mengugut mahu menembak Adli dan isteri jika enggan menyerahkan anak kepada bekas isterinya.

Adli mengalami kecederaan, pendarahan di bahagian mata, muka, badan dan kaki kerana dipukul. Isteri dan ibunya turut merasa sakit akibat serangan itu.

Adli meminta pihak polis membuka kertas siasatan terhadap kejadian tersebut kerana bimbang keselamatan diri dan keluarganya lantaran ugutan yang diterima. (sumber : Milosuam.net)



---------------------- 

Jika kita perhatikan ; 

1. Individu melaporkan kepada polis pada hari jumaat.

2. Yang menyerangnya telah dikenalpasti oleh individu yang diserang.

3. Lihat gambar ;



4. Penyerang dikenali dengan nama Datuk Amir. Dan kalau kita perhatikan nama bekas isteri Encik Adli, dia tu anak Datuk.. hehe.

5. Menurut keterangan individu yang diserang, Datuk Amir ialah PA kepada Timbalan Menteri Dalam Negeri. WOW. KDN = PDRM = adakah kes akan disiasat dengan adil dan saksama?

6. Oleh kerana dakwaan ini tersebar meluas, perlu menteri tampil menjelaskan spekulasi.

7. Tindakan berdiam diri seolah2 mengesahkan penyebaran spekulasi yang negatif terhadap imej KDN dan PDRM termasuk juga menteri berkaitan. Almaklumla, orang tertanya2 juga. Sudah 2 hari kes dilaporkan, kenapa tiada penahanan? Sebelum ini kes wakil rakyat di Kedah menjadi samseng pun takde apa-apa maklumat susulan berhubung kejadian. Apakah kes ini akan menjadi seperti kes itu? Kerana adanya campurtangan politik dan individu yang berpengaruh dalam siasatan dan pegawai penyiasat tidak mampu berbuat apa-apa tindakan susulan? Nah, pemikiran ini sangat negatif terhadap imej PDRM dan KDN itu sendiri tau.

8. Dalam pada itu terdapat satu individu yang dikenali dengan nama Kem Kamarul turut menyebarkan gambar sepertinya counter attack penyebaran Encik Adli. Seolah2 dia sedang membela Datuk Amir dengan mengatakan Encik Adli memukul dirinya sendiri.

9. Lihat ;



Kem Kamarul atau Kem Datuk Amir?

Entahlah..

10. Apapun kita berharap sangat tiada campurtangan politik dari KDN ke atas pegawai penyiasat dalam siasatan kes tersebut dan kita juga berharap agar PDRM dapat menyiasat dengan seadilnya dan PANTAS. Bukan mengambil masa berbulan2 baru nak umum hasil siasatan. Agak meluat disitu. Kalau orang biasa buat salah tak dan 24 jam dah berada di balai rasanya kalau suspek dah dikenali.. hehehe..

Dan berikut ialah penjelasan susulan Encik Adli apabila dia berterusan dipersalahkan berhubung kes penjagaan anak dengan bekas isterinya.

Nah baca ;


#DemiAmanda 

Ramai pihak menyalahkan saya kerana kononnya dengan sengaja melanggar perintah mahkamah yang sebelum ini berpihak kepada ibu Amanda, Farah Nadia binti Dato’ Sri Che Norudin (Mummy). Di sini saya kongsikan penerangan ringkas & dokumen yang bakal saya bentangkan ke Mahkamah Tinggi Syariah Shah Alam pada Khamis ini 29/9/2016 untuk permohonan menukar hak penjagaan(hadhanah). 

Untuk pengetahuan tuan/puan, saya kini mempunyai 3 ORANG ANAK termasuk Amanda. Jadi tiada isu untuk saya berebut anak tetapi saya bertindak MELINDUNGI ANAK INI atas alasan tertentu. 

Pada Jumaat, 19/8/2016 tiba giliran saya mengambil anak kami, Amanda Nerissa untuk bermalam. Mengikut perjanjian perintah yang dibuat sebelum ini, penggiliran dibuat dengan 2 minggu bersama Mummy & selepas itu 5 hari bersama Ayah. Oleh kerana Amanda kini sudah bersekolah, saya abaikan perintah itu dengan membiarkan dia 2 minggu bersama Mummy manakala saya hanya ambil (3 hari sahaja) pada Jumaat tengahari selepas sekolah, Sabtu & Ahad. Pada Isnin 7:15 pagi saya hantar terus ke sekolahnya di Bandar Utama. 

Saya tinggal di Rawang, oleh itu jarak rumah saya dengan sekolahnya di Bandar Utama agak jauh untuk saya hantar & ambil pada hari persekolahan biasa. Oleh itu saya korbankan 2 hari lagi tempoh hak bermalam bersama saya itu demi memudahkan kehadirannya ke sekolah. Biar Mummy & suami barunya, Akmal Asraf (Abi) yang hantar & ambil dari sekolah memandangkan mereka berkerja di TV3 Bandar Utama. Jumaat, 19/8/2016 itu Amanda nampak lain dari kebiasaan. 

Saya tanya kenapa? 

Jelas Amanda, “Abi & Mummy gaduh lagi, diorang gaduh pastu panggil pukimak, babi & sial!” Rasa nak luruh jantung saya apabila anak yang baru berusia 7 tahun dah tahu menyebut perkataan lucah sebegitu. Amanda menegaskan dia tak mahu balik kali ini kerana takut! Jadi sebagai ayah, saya ambil keputusan untuk MELINDUNGI KESELAMATAN ANAK KANDUNG SAYA. 

Pada Khamis, 29/9/2016 ini saya akan menghadiri majlis Sulh di Mahkamah Tinggi Syariah Shah Alam dimana perbincangan terus dgn Mummy Amanda akan dibuat bagi memindahkan hak penjagaannya. Ini SEBAHAGIAN dokumen yang bakal saya bentangkan. Jika peringkat Sulh gagal, prosiding mahkamah akan bermula dan biasanya akan mengambil masa 6-9 bulan untuk selesai. 

Andai tuan/puan merasa saya & ibu tirinya layak diberikan hak penjagaan PENUH, mohon berikan TESTIMONI diruangan KOMEN atau LIKE status ini untuk menyokong permohonan saya nanti. Jika selesai di sulh, mudah bagi saya membuat proses penukaran sekolah & menyelesaikan segala karenah birokrasi demi persekolahan Amanda. 

Jasa baik tuan puan saya dahului dengan ucapan JUTAAN terima kasih! 
#DemiAmanda Tolonglah… 

 

Share this

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...