Telegram PH http://t.me/beritapolitikmalaysia

Laporan yang tersiar tidak semestinya mewakili pandangan pihak pentadbir halaman.

Ahad, 1 November 2015

Undang2 Tentang VAPE Dibuat Berdasarkan Minat Anak Menteri Atau Fakta Soal Netizens.


Ini Dafi.

Dafi ialah seorang artis. Selain dari itu Dafi juga ialah seorang anak lelaki kepada seorang menteri di Malaysia. Nama menteri berkenaan ialah Ismail Sabri.

Menteri berkenaan ialah menteri yang menjaga kementerian kemajuan dan luar bandar. Baru-baru ini, kementerian berkenaan mempersoalkan tindakan yang bakal dibuat oleh kementerian kesihatan berkenaan pengharaman VAPE.

Sedikit kronologi awal.

- Menteri kesihatan, S.Subramanian (selepas neh dengan Subramanian), mengatakan bahawa pihak mereka sedang mengkaji satu dasar atau langkah untuk mengharamkan penggunaan VAPE.

- Tindakan ini dibuat kerana VAPE memudaratkan pengguna sama seperti rokok atau kesannya lebih teruk/bahaya dari rokok.

- Kementerian masih dalam proses melakukan kajian lanjutan bagi membenarkan hujah2 tersebut.

- Dalam waktu sama, jika kajian tersebut disahkan dengan fakta, kementerian akan mengambil langkah melalui undang2 agar penggunaan vape diharamkan di Malaysia.

Ada beberapa jenis kumpulan yang terjejas kat sini.

Pertama. Mereka yang benar2 menggunakan VAPE untuk kurangkan ketagihan nikotin. 

Kedua. Mereka yang VAPE sekadar sebagai hobi/suka2/trend/aspirasi anak muda.

Ketiga. Kumpulan peniaga, pembekal, pemborong VAPE mahupun cecair.

Kumpulan pertama dan ketiga boleh kita kategorikan sebagai mangsa apatah lagi jika membabitkan peniaga kecil-kecilan. Sudah tentu dia akan kerugian dan marah. Apatah lagi mereka2 ini akan membandingkan dengan rokok. Rokok juga membawa kesan buruk kepada pengguna namun ia masih dibenar menjual. Lebih teruk dari itu, sudah la kesannya terbukti dari segi fakta dan bukti, kerajaan tetap membenarkan penjualan rokok dan menaikkan cukai rokok dari tahun ke tahun dengan harapan pengguna akan berhenti merokok. Namun sebaliknya pula yang berlaku. Kegiatan rokok seludup semakin berleluasa. Apabila rokok2 seludup itu berjaya dibanteras (dikesan) penguatkuasa, kita pun tidak tahu pengakhirannya bagaimana. Adakah dijual semula dengan tambahan cukai atau apa?

Namun apa yang penting disini, meskipun rokok itu terbukti dari segi kesannya yang memudaratkan pengguna, kerajaan masih membiarkan ianya dijual di Malaysia. Itu hujah mereka.

Dan, ada juga yang beranggapan bahawa ini adalah propaganda ataupun strategi kerajaan untuk menggenakan cukai ke atas vape. 


Selepas kenyataan kementerian kesihatan dilaporkan secara berleluasa di media massa, kementerian kemajuan masuk campur dan menyatakan pandangan. Katanya, dia tidak bersetuju VAPE diharamkan dan cadangan berkenaan perlu dikaji semula.

Menteri berkenaan turut mempersoalkan ROKOK sebagai contoh.

Tapi pelik. Pada aku. Kau sebagai menteri pun tahu bahkan iktiraf bahawa rokok memudaratkan kesihatan. Kerana itu ianya menjadi point kau. Jadi, kenapa tidak kau sendiri sebagai menteri masuk campur dan jadi hero dengan mengemukakan usul bahawa rokok yang telah difatwakan haram perlu dihalang sama sekali penjualan/kemasukkannya ke Malaysia. Menteri bukan ? Jangan la jawab ini bukan bidang kuasa kau. Bidang kuasa kementerian kesihatan pun kau boleh campur tangan, ye tak?

Hihi.

Dan tak sampai tiga hari, jika aku tak silap kira, dalam masa dua hari, kabinet bersidang dan tiba-tiba cadangan pengharaman VAPE dibatalkan dan disahkan oleh menteri kemajuan.

Aku macam pelik.
Dan aku tidak pelik secara sendirian atau keseorangan.
Ramai yang pelik macam aku.
Dan kami pelik secara kolektif.

Kami pelik. Apa kaitan kementerian kemajuan dan kementerian kesihatan disini? Sejak bila kementerian kemajuan mula menjaga kementerian kesihatan? Sejak bila urusan kementerian kesihatan dibawah tanggungjawab kementerian kemajuan? Adakah, kementerian kesihatan juga masuk campur dalam urusan kementerian kemajuan juga?

Biar aku nyatakan pandangan aku.

1. VAPE memang wajar diharamkan.

2. Namun, aku rasa ia boleh dikecualikan kepada golongan perokok yang memang menggunakan VAPE untuk mengurangkan ketagihan ke atas rokok. Memang ada golongan sebegini. Kesannya aku tidak pasti. Kerana ada yang mengatakan. Sesetengah penghisap VAPE, lepas hisap VAPE, dia hisap rokok. Bahkan, sesetengahnya, perlu menghisap VAPE berjam2 lamanya untuk menyamai kandungan nikotin dalam rokok di dalam badan dia, supaya dia merasai kepuasan yang sama seperti dia menghisap rokok. Yakni akhirnya tak juga dia berjaya kurangkan kandungan nikotin dalam badan. Namun, ada yang berjaya berhenti hisap rokok melalui VAPE. Bahkan kini hidup tanpa menggunakan VAPE juga.

Lain orang lain pengalaman lain keberkesanan mungkin disebabkan semangat dan iltizam juga. Dah kalau memang bernekad mahu menghentikan tabiat merokok, VAPE mungkin membantu. Tapi kalau dah takde niat dan semangat langsung, VAPE mungkin bertukar menjadi ASPIRASI ANAK MUDA?

Hihi.

3. Budak2 zaman sekarang, memang ramai yang berani merokok secara berdepan. Tak kira usia. Jadi jika asas pengharaman VAPE dibuat untuk mencegah kanak2/remaja2 terlibat dalam VAPE, ianya tak cukup kukuh. Kerana, kerajaan patut selaraskan langkah2 berkenaan dengan mengharamkan penjualan rokok secara total juga. Apatah lagi, rokok lebih murah dan mudah diakses. Kadang2 'kedai payung' tepi jalan pun ada yang jual rokok. Sekitar KL biasa nampak.

4. Tetapi kesan negatif mungkin lebih diperlihatkan ke atas golongan wanita. Yang mana mereka menjadikan VAPE sebagai TREND atau gaya hidup. 

5. Tujuan VAPE = mengurangkan ketagihan ke atas rokok.

6. Tetapi ada yang tak hisap ROKOK, mencuba VAPE?

7. Pada asalnya paru2 dia bebas nikotin, tetapi dia menikotinkan paru2 dia dengan VAPE, adakah ini langkah yang betul?

8. Contoh. Pada mulanya kita tak merokok, kemudian kita merokok atas alasan TREND. Adakah itu betul?

9. Jadi kepada VAPErs yang tidak merokok, sebenarnya dah salahgunakan peranan VAPE itu sendiri. Dah elok2 sihat, cergas, lepas tu saja cari penyakit dengan VAPE. Memang ianya satu kerja yang bodoh.

10. Apatah lagi jika ianya digalakkan dengan terma ayat seperti ASPIRASI ANAK MUDA oleh seseorang menteri tu.

11. Kita sepatutnya mengalakkan gaya hidup sihat.

12. Tetapi ini ada pula menteri pro VAPE dan mengalakkan gaya hidup merosakkan tubuh badan. Memang RARE. Tetapi ini benar-benar berlaku di Malaysia. Ada wakil rakyat mengalakkan gaya hidup mabuk dengan menjadi duta arak, dan ada wakil rakyat yang pro VAPE dengan alasan ASPIRASI ANAK MUDA.

13. VAPE perlu diharamkan dan penjualannya perlu dikawalselia kepada golongan tertentu semata-mata.

14. Kementerian kesihatan boleh rangka langkah2 yang bersesuaian agar penggunaan VAPE lebih mendekati kepada matlamat kenapa ia diwujudkan.

15. Kementerian yang tiada kaitan boleh menyatakan pandangan tetapi perlu la berpada dan berfakta.

16. Bayangkan. Sehari sebelum, VAPE cadang diharam by kementerian kesihatan. Sehari selepas, cadangan pengharaman VAPE batal by kementerian kemajuan. Ini boleh mencetuskan kekeliruan dan kecelaruan.

17. Apatah lagi alasan seperti meraikan ASPIRASI ANAK MUDA diberikan.

18. Sepatutnya fakta2 kenapa ianya tidak jadi diharamkan, dikemukakan dan dibahaskan. Fakta berkaitan kajian penggunaan VAPE dan kesannya ke atas pengguna.

19. Rakyat sudah tentu mempersoalkan. Boleh kah sidang kabinet yang berlangsung dalam masa beberapa jam tu memutuskan tindakan secara drastik ini?

20. Apakah garis panduan yang digunakan ketika memutuskan keputusan tersebut?

21. Adakah setiap menteri2 diberikan dokumen dan fakta yang mereka boleh baca, faham dan seterusnya membuat keputusan on the spot kenapa vape tidak jadi diharamkan dan2 itu juga?

22. Sidang mesyuarat selama beberapa jam itu boleh kah menafikan kajian dan penelitian kementerian kesihatan selama beberapa bulan, selama neh?

23. Sepatutnya kementerian kesihatan diberikan ruang untuk menghabiskan kajian mereka terlebih dahulu.

24. Dan sepatutnya hanya kementerian kesihatan juga yang patut mengumumkan bahawa VAPE samada perlu diharamkan atau tidak.

25. Pendapat umum juga perlu diambil kira.

26. Kenapa ada sesetengah golongan tidak menyukai golongan vapers. Kementerian perlu faham perkara ini. Golongan vapers ini sepatutnya diharamkan dari VAPE di tempat awam bagi menghormati mereka2 yang tidak VAPE dan tidak berminat dengan asap-asap/wap-wap VAPE yang BUSUK lagi mengelikan tu.

27. Campurtangan kementerian lain menunjukkan ada sesuatu yang tak kena pada cara kerajaan kita melakukan pentadbiran. Protokol caca marba ini dibaca oleh rakyat sebagai kelam kabut dan tidak amanah.

28. Yang pro VAPE diharamkan sudah tentu akan mempersoalkan. Siapa ini menteri kemajuan dan apa kelayakan dia untuk masuk campur dalam kajian berkaitan kesihatan dan keselamatan tubuh badan manusia. Apa asasnya? Apa hujah dan dalil dia? Apa sandaran dia dari segi sainsitifik dan kajian? Adakah dia telah melakukan kajian teliti dan mendapati bahawa VAPE perlu dibiarkan HALAL atas nama ASPIRASI ANAK MUDA?

29. Dan, disebabkan itu, sesetengah netizens mula melakukan andaian.

30. Antaranya, ada yang mengatakan anak TPM pun VAPE. Apa kau gila nak haramkan VAPE di Malaysia?

31. Bahkan ada yang sebarkan gambar anak menteri kemajuan di laman sosial. Gambarnya bersama VAPE.

32. Sindiran mereka juga. 'Menteri tersebut perlu MENGGOSOK di tempat yang betul'.

33. Boleh kah menteri2 ini mengawal cara mana rakyat berfikir dan menafsir apabila diri kita sendiri melakukan sesuatu yang boleh diragui?

34. VAPE, sekalipun taknak haramkan, penjualan dia perlu terhad kepada golongan perokok.

VAPE bukan GAYA HIDUP, TREND ataupun ASPIRASI ANAK MUDA. Apa-apa perkara yang memudaratkan kesihatan bukan boleh dijadikan ikutan kita. Ya, kita merokok tetapi jika kita galakkan orang merokok, kita bukan hanya rosakkan diri kita bahkan kita hasut orang lain agar rosak bersama diri kita juga. VAPE juga begitu. Kita VAPE sendiri-sendiri aje dah la. Pasai apa nak galakkan orang dengan alasan ASPIRASI ANAK MUDA, TREND, GAYA HIDUP APATAH LAGI COOL?

Tidak COOL. Paru-paru ini kita dapat dengan sihat. Nikmat. Berapa ramai yang sakit paru-paru di luar sana yang mahu paru-paru macam kita tetapi dia takde peluang? Kita dapat benda elok sejak lahir. Kalau kita sengaja rosakkan, kita memang bodoh.

Share this

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...