Telegram PH http://t.me/beritapolitikmalaysia

Laporan yang tersiar tidak semestinya mewakili pandangan pihak pentadbir halaman.

Khamis, 5 November 2015

Peniaga Vape Kena Serbu, Menteri Dimaki Di Laman Sosial - Peniaga VAPE, Cepat Sorokkan Flavor Sebelum Dirampas!

Aku masih konsisten beranggapan bahawa VAPE perlu diharamkan dan hanya boleh diakses oleh golongan perokok tegar yang berkeinginan mahu berhenti atau mengurangkan ketagihan nikotin.

Jujur cakap.

Aku meluat la dengan aksi budak-budak vape neh.
Maksud aku, ko vape sepatutnya untuk apa?

Kalau ko bukan perokok, jangan nak memandai2 VAPE bagai atas alasan TREND atau ASPIRASI ANAK MUDA.

Kesian sikit la kat paru-paru ko yang tak berdosa tu. Ko tu yela berdosa macam aku. Tapi jangan disebabkan kita neh berdosa, kita nak p jadikan paru-paru kita sebagai mangsa.

Hihi.

Dua hari lepas, kementerian kesihatan bagi warning akan serbu kedai vape. Untuk rampas cecair vape yang mengandungi nikotin atas alasan ianya melanggar undang2. Yang nak jual product2 berkaitan nikotin perlu apply lesen dari kementerian tau. Bukan boleh suka-suka. Dia kata la.

Then tadi, kecoh. Kementerian yang sama nak kaji pelaksaan cukai eksais ke atas vape.

Nak apply lesen + cukai = makin mahal la cecair vape yang korang bakal beli tu nanti jika cadangan berkenaan diluluskan.

Dan tadi, di laman sosial kecoh beberapa peniaga cecair vape mengamuk. Barang kena rampas beb.


 
Aku sokong VAPE diharamkan tapi cara kementerian neh tak kena dengan protokol. Kena buat betul-betul dalam isu vape neh.

KKM sepatutnya ;

1. Jangan rampas barang peniaga.

2. Rugi la dorang. Bukan KKM nak ganti duit balik. Sapa berbisnes mesti tahu punya. Rasa sakit hati dan rugi, aku pun bisnes beb. Sekarang nak bisnes jual lampu-lampu pula. Cancel la bisnes cecair-cecair vape. Ko rampas barang tu macam ko rampas rezeki dorang. Orang banyak duit mungkin relax-relax lagi. Tapi kalau bisnes kecik macam aku neh. Mao berendam air mata. Jangan buat pasey.

3. Hanya bantu mereka dapatkan lesen dan ajar sikit tentang kesihatan mengenai penggunaan vape serta kesannya kepada penghisap. Minta dorang jangan jual pada budak2, remaja2 dan orang2 yang tak merokok. Bantu la dorang untuk jadi tanggungjawab. Jujur aku cakap. Peniaga2 yang jual pada budak2 sekolah rendah atau menengah, otak memang sohai. Ya, kita cari rezeki tapi fikir sikitla. Itu anak2 orang. Kau sebagai third party patut jadi penyibuk dalam benda2 begini. Jangan jadi penyibuk nak rakam time orang accident ke, gaduh ke apa je ke.

4. Aku difahamkan bukan semua flavor ada nikotin.

5. So kat sini KKM dah habis buat siasatan dan perincian ke jenama mana, apa dan pengeluar yang keluarkan flavor bernikotin mahupun tidak? Ini main rampas-rampas neh ada harapan dapat collect mana ke macam mana?

6. Perlu ada satu tempoh masa bertenang. Tak boleh lepas keluar warning terus p rampas. Bagi masa sebulan dua untuk mereka clearkan stock atau apa.

7. Perlu bagi jalan keluar. Maksudnya, jika perlu apply lesen jual nikotin, macam mana? Jika nak jual juga, apa syaratnya? Apa yang peniaga perlu patuhi? Itu yang patut KKM buat. Ini main hukum je. Walaupun atas nama menjaga kesihatan, konsep ini masih salah. Sebab cecair vape asalnya boleh dijual secara terbuka. Dan secara tiba2 dan mendadak ianya dirampas, sudah tentula buat orang kelam kabut. 

Apa pun bagi korang peniaga2 vape, better sorok cecair tu siap-siap. Daripada kena rampas, better korang jual sorok-sorok. Sementara depa buat perangai gila neh, bersabar la sikit sehingga situasi kembali tenang. Apa2 pun aku tetap NOVAPE. VAPEOFF. Korang nak vape-vape korang punya pasal la. Janji tak kacau hidup aku sudah.

Kah Kah Kah

Share this

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...