Telegram PH http://t.me/beritapolitikmalaysia

Laporan yang tersiar tidak semestinya mewakili pandangan pihak pentadbir halaman.

Selasa, 3 November 2015

Kontroversi Institut Profesional Baitulmal Part 2 - Rakaman Video & Screenshot Ugutan Sebagai Bukti.

Pada bulan lepas, akhbar Utusan Malaysia dan Rafizi Ramli ada membangkitkan beberapa isu berkenaan permasalahan yang dihadapi oleh pelajar IPB.

Rujuk ;

Pelajar IPB Ikat Perut, UMNO Gesa Siasat.

Rafizi Persoalkan IPB Isu Keselamatan Pelajar.

Walaubagaimanapun, dakwaan berkenaan pantas disangkal oleh IPB itu sendiri dengan satu jawapan balas kepada pihak media.

Rujuk ;

IPB Sangkal Dakwaan Utusan Malaysia.

IPB Sangkal Dakwaan Rafizi.

Ikuti part 1 disini.

Susulan dari penafian-penafian berkenaan, pihak kami menerima beberapa maklumat tambahan daripada mereka yang berkait dengan pelajar2 IPB itu sendiri.

Ini maklumat yang kami terima ;




Screenshot ini berkenaan dengan satu laporan berita di mana, laporan tersebut memaparkan bantuan makanan kepada pelajar-pelajar IPB yang sebelum ini dilaporkan terpaksa ikat perut sementara menunggu bantuan biasiswa dimasukkan ke dalam account mereka.

Sungguhpun dilaporkan IPB telah memasukkan biasiswa ke account pelajar pada akhir bulan lepas (oktober) namun kami mendapat maklumat, bantuan itu hanya merangkumi beberapa kumpulan pelajar sahaja. Ia bukan merujuk kepada semua jenis kumpulan pelajar yang terlibat.

Dan kami juga mendapat maklumat bahawa MAIWP akan mengadakan satu majlis khas berkenaan pemberian biasiswa kepada beberapa kumpulan pelajar yang dipercayai untuk mencipta persepsi baik menggunakan peranan media sebagai pelapor. Majlis berkenaan dikatakan akan diadakan pada khamis ini.

Selepas laporan berkenaan pelajar IPB menerima bantuan dari KoopSahabat disiarkan, salah seorang pelajar yang ditemuduga untuk mendapatkan biasiswa IPB telah dihubungi oleh seorang pensyarah yang dikenali dengan nama Dr. Fitri.

Dr. Fitri memaklumkan bahawa pengerusi IPB telah mengeluarkan arahan bahawa bantuan biasiswa perlu dinafikan terhadap pelajar-pelajar yang terlibat dalam laporan berita tersebut. Sudah tentu kepada pelajar2 yang terlibat mereka membaca ini sebagai satu bentuk ugutan atau intimidasi ke atas mereka yang sedang memperjuangkan permasalahan yang mereka hadapi.

Walau bagaimanapun, student IPB nampaknya tidak berputus asa untuk melawan.

Ini tindakan terkini mereka ;




Dan, jika korang semua rajin, boleh klik ===> link ini.

Baca sendiri apa yang pelajar-pelajar IPB neh dok komen kat situ. Antara petikan komen yang korang boleh baca dan nilaikan sendiri.


Dan ini pula bukti rakaman betapa tidak selamatnya bangunan asrama yang menempatkan pelajar2 berkenaan. Rafizi tipu? Laporan Utusan Malaysia tidak tepat? Ada CEO yang sengaja membuat cerita palsu dan digantung tugas? Betul ke CEO yang digantung itu bermasalah atau dia sebenarnya 'telah mendedahkan masalah berserta bukti tetapi dia pula yang kena tindakan oleh pihak pengurusan'????

Itu MAIWP lebih tahu. Betul tak?

Hihi.

Saksikan video ini sendiri dan nilaikan. Siapa bercakap benar dan siapa yang sedang melakukan propaganda.

Klik sini jika video gagal load.


 

Share this

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...