Telegram PH http://t.me/beritapolitikmalaysia

Laporan yang tersiar tidak semestinya mewakili pandangan pihak pentadbir halaman.

Isnin, 2 Mac 2015

Gambar2 Pegawai Komunikasi Najib Gemar Berparti Timbul Persoalan.


Baru-baru neh ketika Anwar Ibrahim dimasukkan ke dalam penjara, nama Paul Stadlen naik. Putrajaya dilaporkan telah bertindak cepat dan pantas dalam menyediakan kenyataan media kepada umum berikutan keputusan kes perbicaraan liwat II yang melibatkan Anwar Ibrahim dan Saiful Bukhari Azlan.

'Main person' dalam tindakan tersebut ialah Paul Stadler. Ini kerana dia mempunyai jawatan tertentu dalam team komunikasi Najib Razak.


Tindakan itu kemudiannya mendapat kritikan meluas pembangkang yang mempersoalkan tindakan pantas kerajaan dalam mengeluarkan kenyataan media tentang perbicaraan kes liwat II.

Bahkan ada yang membuat perbandingan respon kerajaan dalam isu liwat II dengan isu MH370. Bagi aku perbandingan neh memang karut marut. Liwat dibicarakan dalam mahkamah. Ada tarikh. Ada hari. Kita tahu kerana ianya berjadual. Maka tak pelik juga kerajaan dah sediakan kenyataan media untuk sebaran awam selepas keputusan dibacakan.

MH370 ialah tragedi. Adakah sesiapa menjadualkan tragedi sehingga kita boleh prepare kepada kenyataan media. Nampak tak?

Berbalik kepada isu Paul Stadler. Paul Stadler ialah bekas boss kepada Apco Malaysia. Najib kini tidak lagi menggunakan perkhidmatan APCO Malaysia bagi menguruskan hal-hal berkaitan komunikasi dan media Putrajaya bagi peringkat antarabangsa. Namun perkhidmatan Paul diserap ke dalam pentadbiran Najib dalam 'National Communications Team'. Satu team yang penuh dengan 'permainan politik'.

Antara perkara yang Paul perlu tanggani dari segi persepsi ialah isu-isu yang membabitkan kes 1MDB dan IPO. 

Dan ini apa yang dilaporkan oleh Sarawak Report ;



Rujukan : sini.

Antara perkara2 yang dilakukan oleh unit komunikasi PM ialah ;

1. Mencalarkan intergriti Mahathir

2. Mencemarkan reputasi Anwar Ibrahim di luar negara (fitnah)

Selain menguruskan semua bentuk komunikasi seperti kenyataan media kepada wartawan asing.

Paul Stadler dibayar sangat mahal bagi menjalankan tugasnya. Yang menjadi pertikaian juga, apakah sudah tiada orang Malaysia bagi mengalas tugas tersebut. 

Selain dari mempersoalkan bayaran yang mahal bagi menggunakan perkhidmatan Paul Stadler. Gaya hidup 'party boy' Paul Stadler juga dipersoalkan kerana dikaitkan dengan bayaran mahal yang dia terima dari Putrajaya. 

Paul dikatakan hidup senang lenang hasil dari perjanjian dan jawatan di unit komunikasi Putrajaya. Di samping PM seringkali menyeru rakyat berjimat cermat tetapi dalam waktu sama PM sanggup mengupah warga asing dengan upah yang lumayan dan warga asing itu pula menunjukkan gaya hidup yang melampau2 sehingga dipertikaikan sedangkan dia ialah salah seorang pegawai kanan Najib Razak dalam unit komunikasi.

Jangan tidak tahu. Pentadbiran Najib dikaitkan dengan banyak hubungan dengan perunding asing yang menyebabkan jutaan ringgit dihabiskan kerajaan bagi menggunakan khidmat firma2 tersebut.

Berikut adalah beberapa gambar2 party boy yang membabitkan Paul Stadler untuk 'mata' korang menghayatinya.


Share this

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...