Telegram PH http://t.me/beritapolitikmalaysia

Laporan yang tersiar tidak semestinya mewakili pandangan pihak pentadbir halaman.

Ahad, 1 Mac 2015

Minyak Naik Harga Selepas Rosmah Complain Kos Buat Rambut.

Semalam. Minyak ron 95 & 97 naik harga. Harga minyak mengalami trend penurunan bermula pada pertengahan tahun lepas. Dan rakyat Malaysia hanya diberi peluang untuk menerima kesan penurunan pada 3 bulan yang terakhir. Itu pun selepas perbahasan dan perdebatan serta desakan dibuat kepada pentadbiran negara. Jika nak mengharap pemimpin sendiri beria-ria peka & prihatin kepada kepentingan rakyat memang tak la. Tunggu la babi & lembu bersama-sama terbang di awan biru sambil melambai-lambai ke arah kau semua. Masa tu baru la semua pemimpin negara akan utamakan rakyat.

Ha Ha Ha

Dan semalam,



Jadi kerajaan memutuskan untuk menaikkan harga ;

- ron 95

- ron 97

- diesel

Bersesuaian dengan point mereka, ikut pengiraan MOPS kerana harga minyak sekarang dah diapungkan ikut harga pasaran.

Tapi kan. Ada beberapa perkara yang berlegar2 di pemikiran aku sekarang neh.

Pertama. Kenapa ketika turunkan harga minyak kerajaan turunkan sikit-sikit tapi bila nak naikkan harga minyak sekali harung macam 25sen jumlahnya.

Kedua. Kenapa kerajaan naikkan harga minyak di saat harga minyak dunia menunjukkan tahap stabil & kekal bukannya sedang naik mendadak.

Ketiga. Kenapa kenaikan ini melibatkan ron 95,97 & diesel sekali harung pada masa & jumlah yang sama?

Keempat. Sekarang tengah kecoh isu hutang 1MDB. Tengah kecoh yang kerajaan akan minta dana tambahan sebanyak 3b untuk disuntik kepada pelaburan 1MDB. Dan kenapa pula aku fikir kenaikan harga minyak dan hutang 1MDB ini ada kaitan?

Kelima. Anak Najib bakal kahwin. Kad pun dah kemain super VVVVVVVIPnya. Belum proses wedding lagi. Dan Rosmah pula menyibuk komplen kos buat rambut makin mahal. Sampai jadi tajuk berita di luar negara. Tak sampai seminggu harga minyak pula naik. Tak nampak ke benda neh bakal jadi bahan troll. Kenapa Najib tak sedar2 tentang benda neh? Jadi aku terfikir2. Adakah dorang neh dah terdesak sangat sampai tak kisah tentang persepsi rakyat lagi dah?

Apa-apa pun selepas neh kenaikan harga minyak akan dijadikan alasan oleh puak2 gila & tamak untuk menaikkan harga barang. Tapi masa harga minyak turun semua pakat2 bagi alasan selain dari harga minyak banyak lagi faktor yang mempengaruhi kenaikan. Nampak tak permainan puak2 gila tu?

And then. Rafizi senyap je pula. Dia dok bela pengusaha minyak hari tu bila kerajaan convert sistem subsidi kepada sistem apungan. Tapi semalam pengusaha minyak bukan untung ka bila harga minyak naik sekali 25sen bagi ketiga2 jenis? Nampak? Nampak? Takde pun station minyak tutup selama harga minyak tunjuk trend penurunan dan sentiasa berkembang ketika harga minyak dunia naik dan itupun nak complen cakap rugi konon. Macam setan. Geram aku.

Kbai.










Share this

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...