Telegram PH http://t.me/beritapolitikmalaysia

Laporan yang tersiar tidak semestinya mewakili pandangan pihak pentadbir halaman.

Isnin, 2 Mac 2015

Menyangkal Hujah Bahawa Mahfuz Menipu Dalam Isu Berhubung Dengan Sirul.

First episode kat sini.

Selepas menulis point aku, then seseorang approach.

Ini hujah dia.

Assalamualaikum.
Hang ini admin page Amenoworld kan? Mengenai post pasal Mahfuz Omar itu. Hang ada silap faham sedikit.
Sebelum itu aku nak beritahu yang aku pernah belajar di Sydney selama 4 tahun (2011-2014). Untuk lebih tepat, aku belajar di UNSW.
Aku pernah ikut NGO di Sydney untuk masuk dalam Villawood Detention Center. Sebabnya untuk buat jamuan raya untuk penghuni-penghuni Islam di dalam pusat tahanan itu.
Memang betul yang pelawat macam kami ini tidak dibenarkan membawa sebarang Handphone/Smartphone/Kamera. Diorang memang scan betul-betul sampai nak bawa pen/kunci/alatan logam pun tak dibenarkan bawa masuk.
Tapi orang-orang yang kena tahan dalam itu (bukan semua) boleh sahaja ada HP sendiri. Aku tengok dengan mata kepala aku sendiri yang orang-orang dalam itu gunakan HP depan aku. Silap aku sebab tak minta nombor telefon diorang, kalau tidak aku boleh lagi berhubung dengan diorang sampai sekarang.
Jadi Mahfuz Omar memang tak tipu kalau dia kata dia tak boleh bawa HP tapi orang-orang dalam itu boleh pula ada HP sendiri.
Kalau kau tak percaya juga, boleh google mengenai Villawood Detention Centre ini. Kalau tak silap, tahun lepas ada tahanan yang kena rampas HPnya kerana arrange bussiness dadah dari dalam Villawood menggunakan HP. Kalau HP tak dibenarkan guna, macam mana dia boleh ada? (http://www.abc.net.au/news/2014-05-01/villawood-detainee-arrested-over-drug-rings/5424180 )
Kena faham yang tempat itu bukan pusat tahanan banduan, tapi pusat tahanan immegresen. Untuk orang-orang yang ada kes macam sirul atau pun untuk refugee/political asylum. Jadi rule dia ko kena rujuk spesifically dalam website rasmi dia dan memang lain sungguh dari rule dalam penjara.
*btw, aku nak remain anonymous. sekian
Screenshot dari Instagram aku. Sebab aku tak boleh bawa masuk smartphone, aku hanya boleh ambil gambar papan tanda nak masuk ke Detention Centre itu sahaja. Ini tempat yang Sirul kena tahan. Bukti aku memang pernah pergi ke sana. Bukti lain macam gambar kat dalam itu memang tadak. 


----------------------

Individu berkenaan mahu identitinya dirahsiakan. So aku tak boleh la dedahkan dan tak pula bertanya kenapa. Cuma aku siarkan point-point dia yang menyangkal point-point aku. Dia kata kat sana pelawat tidak dibenarkan untuk membawa apa-apa alat telekomunikasi. Namun kepada tahanan, mereka dibenarkan untuk memiliki telefon bimbit sendiri. Point dia berdasarkan pengalaman dia. Aku siarkan disini sebagai menghormati kebebasan pendapat dan lagipun, kalau dah tak betul kena la betulkan. Harap2 take note penjelasan yang tersiar neh. Aku tak kata penjelasan dia mesti benar. Tapi aku fikir ia adalah sesuatu yang wajar dikongsikan. Untuk korang semua menilai kesemua point-point yang ada. Then buatlah penilaian masing2.

Kbai.

Share this

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...