Aku sebenarnya baca satu lagi kejutan yang tidak disangka-sangka. Bukan satu aje sekolah yang takde dinding di Sabah rupanya. Sekurang-kurangnya lebih dari 12 sekolah di Sabah berkeadaan begitu. Aku ulang. Lebih dari 12 di Sabah berkeadaan tanpa dinding, tanpa bumbung dan di bawah panas matahari yang terik. Dan ya. Ada di antara mereka telah pengsan berulang kali.
Baca ;
Untuk rekod. Gambar sekolah yang viral sebelum neh merujuk kepada SK Penimbawan. Namun kes pengsan di atas merujuk kepada SK Simpangan.
Namun kedua-dua sekolah itu mempunyai masalah yang sama. Prasarana kat sekolah macam tahap gampang. Belajar bawah kanopi. Bawah khemah.
Selepas tersebarnya kes SK Penimbawan. Ini yang berlaku.
- Jabatan Pendidikan Negeri mengeluarkan kenyataan akan menyiasat gambar berkenaan.
- Kemudian. Najib arah siasat kes dan lakukan sesuatu.
- Muhyiddin pula umum bantuan berjuta-juta.
- Kemudian alasan demi alasan naik.
- Alasan-alasan berkenaan untuk cover kecuaian kerajaan dalam menyediakan prasarana pendidikan kepada anak bangsa di Sabah.
Kerajaan, BN, Najib dan Muhyiddin boleh menipu penyokong mereka. Saluran tv dan media boleh digunakan untuk menipu rakyat bagi create persepsi.
Tapi sekurang-kurangnya mereka tidak boleh menipu aku dalam insiden neh kerana aku memilih untuk tidak tertipu.
Kau semua fikir la. Sekolah kejap terbakar pada bulan Mei 2014. Kejap terbakar pada bulan March 2014. Yang mana satu betul aku pun tatau. Tapi samada bulan March ataupun bulan Mei apakah ia mengambil masa sehingga 9 hingga 11 bulan tanpa membina apa-apa? Kalau pun tengah progress, apa hasilnya? Takde satu bahan binaan pun tersedia ketika keadaan SK Penimbawan kecoh di laman sosial. Takde. Kenapa ia perlu mengambil masa sehingga 9 bulan (paling kurang) semata-mata untuk bina bangunan sekolah yang terbakar?
Adakah begini prosesnya bagi mendapatkan bantuan di negara ini?
Ada keadaan sekolah yang teruk. Kau tangkap gambar. Kau upload di facebook. Kau suruh orang share. Bila ia viral dan kecoh menteri laju2 umum bantuan juta-juta.
Sedangkan sebelum neh. Ada sekolah yang teruk. Angkara nahas dan tragedi. Kau buat proses untuk mohon bantuan dan paperwork. Kau hantar dokumen tunggu kelulusan dan peruntukan. Kau tunggu. Dan tunggu. Kau tunggu sampai 9 bulan apa pun takde. Dan kau masih tetap menunggu. Dan apa pun tetap takde. Walau kau ikut proses dan patuh pada karenah biokrasi. Kau nampak?
Aku terfikir satu perkara. Nasib SK Penimbawan nampaknya ada sinar harapan kerana sekolah itu viral di laman sosial. Nasib sekolah-sekolah lain yang berkeadaan serupa di Sabah bagaimana pula agaknya? Aku harap. Akan ada mereka-mereka yang berada berdekatan. Snap gambar sekolah-sekolah yang teruk itu. Aku sedia sebarkan seluas-luasnya. Biar Muhyiddin Yassin tak lena tidur. Jangan asyik nak makan gaji buta je la kau pun. Menteri pendidikan konon. Fak.