KJ bagus. Bila dia memilih untuk tidak berdebat isu 'belakang Saiful' itu sebenarnya tindakan yang cerdik lagi bernas. Aku sebenarnya dah boring nak bercakap tentang Saiful dan perliwatan yang berlaku. Siyes. Boring. Aku tak faham kenapa Rafizi boleh tak nampak cerita-cerita pasal liwat neh bosan lagi membosankan. Aku syak Rafizi dah kena sawan Kajang-Movie. Sejak2 kena sawan Kajang-Movie perangai Rafizi dan perangai PKR makin menjadi-jadi kelautnya.
Ini kata Rafizi kepada KJ ;
Setiausaha agung PKR menyifatkan ketua Pemuda Umno Khairy Jamaluddin seorang yang "bacul" selepas enggan berdebat dengannya berhubung kes liwat Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Rafizi Ramli berkata isu debat antara kedua-duanya tidak berbangkit lagi kerana beliau sudah menunjukkan bahawa menteri itu seorang yang bacul.
"Saya hanya mahu tunjukkan kepada semua jenis manusia yang bagaimana memimpin Umno sekarang," katanya dalam sidang media di Petaling Jaya.
"Beliau kini berada di Amerika Syarikat, mungkin sedang berdebat dengan kanak-kanak lelaki di sana." -MKINI.
Rafizi kau neh kutuk KJ bacul. Sebab apa dia bacul. Sebab KJ taknak debat dengan Rafizi isu liwat. Isu apa? Ya. Isu liwat. Ulang balik. Isu apa? Isu liiiiiiwatttttttt. Ya. Isu liwat.
KAH KAH KAH
KAH KAH KAH KAH
KAH KAH KAH KAH KAH
Isu liwat ek? Isu liwat boleh murahkan harga rumah? Tanggani kos sara hidup? Turunkan harga minyak? Reformasikan sistem pendidikan negara? Hapuskan PLKN secara total? Atasi masalah rasuah dan ketirisan yang membarah? Turunkan kadar GST? Isu liwat boleh buat apa pada rakyat Malaysia Rafizi oiiiiiiiiiiiiiiii.
Kau ingat tak Rafizi? Masa kau huha huha dok membela pengusaha minyak terjejas bila sistem apungan digunapakai untuk turunkan harga minyak?
Kau cakap station minyak akan tutup.
Pengusaha akan kerugian.
Aku perhatikan point kau dari sehari ke sehari.
Sampai ke hari neh aku perhatikan point kau.
Dan sampai ke hari neh aku tak nampak atau dengar atau lihat mana-mana station minyak ditutup kerana sistem tadinya tue.
Dan kau ingat tak Rafizi?
Sekarang harga minyak dah naik balik.
Ingat? Dan aku tak nampak pula pengusaha-pengusaha minyak dok complain sakan bila harga minyak naik kan. Sebab dorang boleh amek untung jual harga baru dengan stok harga lama kan.
Kau nampak tak permainan kau sendiri Rafizi?
Kau nampak tak permainan pengusaha minyak tue Rafizi?
Dan kau tahu tak permainan-permainan kau semua dah membosankan kami selaku rakyat Malaysia? Dan kau ingat kau bagus sangat bila ajak menteri debat isu liwat?
BAGUS KEPALA HOTAK KAU BERJAMBUL!
Ada masa. Kembali la ke Rafizi yang dulu-dulu.
Yang sentiasa debat isu-isu yang membabitkan masalah rakyat.
Debat la isu harga kereta.
Isu GST.
Isu harga rumah.
Isu kos sara hidup.
1MDB pun boleh.
Cari la apa-apa isu yang relevan. Asal bukan liwat. Dah dekat 7 tahun jaja cerita liwat. Setakat nak bagi fakta suruh depa google ataupun PKR sendiri bangunkan satu website khas bagi menyangkal fitnah liwat. Sapa2 nak godek fakta buka website tue sudah.
Cerita liwat neh kita tinggalkan ia. Rakyat Malaysia tak sangap nak dengar cerita lucah. Kami dah terlebih layan citer lucah lagi ada. Buka tv. Buka facebook. Buka blog UMNO. Bersepah kelucahan. Lucah sekarang di hujung jari jek. Malahan stok lucahan kami dah terlebih2 sampai tatau nak buat apa lagi ada.
Sudah-sudah la Rafizi woi..