Telegram PH http://t.me/beritapolitikmalaysia

Laporan yang tersiar tidak semestinya mewakili pandangan pihak pentadbir halaman.

Rabu, 4 Februari 2015

Najib Razak, Ini Bukti Kau Kena Tipu Dengan Ismail Sabri.

Kesian aku tengok ko Ismail Sabri. Sampai Najib Razak terpaksa masuk campur bagi membela status facebook ko. Kalau ko buat benda betul takde masalah nak gunakan peranan Najib Razak untuk betulkan keadaan. Tapi sekarang, Najib Razak seolah2 dah memperbodohkan diri dia bila mengeluarkan kenyataan 5 perenggan untuk membela kau. Sikit punya teruk Najib kena balon kiri kanan selama ini tak pula kau beria2 nak bekap bagai kan Ismail? Alih2 ko kena sikit dah beria2 plak Najib kena issue statement bagi jernihkan keadaan. Menteri hapa macam neh? Bersara je la kau. 

KAH KAH KAH

Ini kenyataan rasmi yang mewakili Najib Razak dalam mengulas isu kenyataan facebook menteri asas tani, Ismail Sabri baru2 neh yang menyeru boikot perniagaan cina.

Baca ;
KABINET telah dimaklumkan hari ini bahawa kenyataan di media sosial yang dibuat oleh Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob sebenarnya bertujuan menegur para peniaga yang enggan menurunkan harga barang walaupun harga minyak dan diesel telah turun.

Teguran yang dibuat oleh beliau ditujukan kepada semua peniaga dan bukan kepada peniaga daripada kaum tertentu. Selain itu beliau juga mencadangkan agar pengguna menggunakan kuasa beli mereka untuk memaksa peniaga menurunkan harga barang.

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Abdul Razak telah menegaskan bahawa kerajaan Barisan Nasional akan terus membela dan menjaga kepentingan semua kaum.

Oleh itu sebarang pertelingkahan yang boleh menuju kepada polarisasi kaum di negara ini tidak sepatutnya dipanjangkan kerana ia hanya akan membawa kemudaratan kepada kita semua.
Kabinet mahu para peniaga bersifat bertanggungjawab dan bertimbang rasa dalam menentukan harga barang dan perkhidmatan sejajar dengan penurunan harga minyak dan diesel agar pengguna merasa kesan penurunan harga tersebut.

Selain itu, pengguna hendaklah menjadi pengguna bijak dengan menggunakan kuasa mereka untuk mendorong para peniaga agar meletakkan harga yang berpatutan.

Pejabat Perdana Menteri
Putrajaya
4/2/2015

Dah baca kan. So Najib. Meh aku bagitau kau. Aku cuba nak bersangka baik dengan beranggapan kau sebenarnya tidak dimaklumkan dengan status facebook yang dikemaskini oleh Ismail Sabri. Aku taknak fikir bahawa ko dah baca status tue tapi buat2 bangang dengan beranggapan bahawa perkara ini patut dispin habis boleh selesai kes selesai.

Ini status facebook menteri asas tani.



Bermula pada ayat.. "majoriti pengguna adalah melayu... cina adalah minoriti.. 

Perkara ini salah. Kalau perbezaan dia macam melayu ada 80, cina ada 76 maka adakah cina dianggap minoriti? Kalau perlu sekalipun untuk mengasingkan pengguna ikut status minoriti maka kaum india yang lebih layak duduk dalam carta itu ikut pecahan kaum. Kaum cina yang meniaga juga kaum cina yang menjadi pengguna. Tak kira kau bangsa apa sekalipun, kerja apa sekalipun, meniaga atau tidak, kau juga adalah pengguna secara langsung sebab kita memang membeli pun kan.

Yang kedua. Bandingkan cina adalah minoriti dan pengguna melayu adalah majoriti adalah untuk dihubungkan dengan kenyataan seterusnya oleh menteri asas tani.

"Kalau melayu boikot perniagaan mereka.. mereka tentu tiada pilihan untuk turunkan harga..

Perkara ini pula menyeru agar perniagaan cina diboikot supaya peniaga turunkan harga. Tak disebut pun hanya boikot peniaga tamak. Atau peniaga degil. 

Perkara ini juga salah. Adakah semua peniaga perlu turunkan harga barang sejajar dengan penurunan harga minyak? Macam mana pula dengan uncle yang jual mee wantan di Pulau Pinang itu yang sekalipun tak pernah naikkan harga jualan mee nya meskipun minyak naik banyak kali? Dia pun kena turunkan harga jualan juga ke apa?

"Bayangkan banyak kedai makan cina yang tiada logo halal..dan beberapa kali diserbu dan ditangkap kerana kehahalan (kehalalannya = menteri salah eja disitu).. meragukan.. melayu masih berpusu2 di restoran tersebut.. sedangkan beribu2 restoran melayu yang sah halal.."

Ayat ini adalah pembuka kepada sambungan ayat seterusnya..

"Lihat saja Old Town White Coffee..diragui baru2 ini..but still orang melayu gagal untuk boikot.."

Ayat ini pula setempek serang JAKIM yang memberikan sijil halal kepada perniagaan tersebut. Ko kata OTWC diragui baru2 ini. Diragui macam mana dan apa buktinya ianya diragui? Dan bagaimana dengan sijil halal yang JAKIM bagi? JAKIM kena beli ke apa? Najib kena perhatikan kenyataan ini betul2. Ini persoalkan kredibliti dan intergriti JAKIM tau. Menteri Asas Tani yang punya ayat neh woi. Dah ramai melayu slumber badak makan dan minum disitu. Tau tak apa bayangan yang kau bagi kepada mereka2 ini? Sudah tentu segelintir melayu yang terpengaruh dengan kenyataan ko akan beranggapan melayu2 yang melepak di OTWC adalah sedang makan makanan yang HARAM (diragui status halalnya). Mungkin ada yang bergaduh pasal ini. Mana nak tau kan.

Dan ayat di atas pula penyambung kepada ayat seterusnya..

"Lebih2 lagi ownernya dikatakan Ngeh family DAP Perak yang terkenal anti Islam..

Ayat ini pula cubaan mengaitkan perniagaan restoran berkenaan dengan Ngeh family DAP Perak. Ya. Menteri cakap bukan si Ngeh Koo Ham je nama Ngeh kat Perak tue. So apa kata kita minta Ismail Sabri buktikan siapa Ngeh yang dia maksudkan sebagai Ngeh family DAP Perak. Dalam BOD OTWC pula takde sorang pun nama Ngeh. Tak mengaku satu hal. Spin lagi yang tak tahan tue.

"Selagi melayu tidak berubah.. selagi itulah cina ambil kesempatan untuk tindas melayu"

Ayat ini pula mengambarkan seolah2 cina menindas melayu dan melayu kena tindas bilamana ;

Melayu sendiri mengatal makan kat restoran yang takde sijil halal.
Melayu sendiri yang mengatal makan kat restoran yang diragui.
Melayu sendiri yang mengatal taknak semak dan bandingkan harga dan beli di kedai yang tawarkan harga barang yang lebih murah.

Bengap sangat ke melayu neh sampai tak reti nak fikir benda2 simple macam neh? Kita ada otak. Kalau dah kedai A jual mahal kedai B jual murah tak perlu menteri untuk sebut, kita laju2 p shopping kat kedai B punya.

Apa jek maksud cina tindas melayu sedangkan masa ko jadi menteri ko gagal sekat Astro untuk naikkan kadar perkhidmatan mereka. Dah lupa? Opss.. maybe sebab Ananda itu bukan cina dan apatah lagi sekarang dia bagi 1MDB pinjam 2b.  Takan nak serang ASTRO pula kan?

Macam mana dengan portal pengguna 1 Malaysia?

Apa sudah jadi?

Ini cina tindas melayu ke?

Kemon la. Dah kantoi buat cara kantoi. Jadi manusia yang berakal waras. Akui kesilapan, betulkan kesalahan dan move on. Jangan perbodohkan diri pertahankan tindakan yang salah. Bila dah kena asak bertubi2 tetiba tukar kenyataan kata hanya seru boikot peniaga tamak.

Kat mana ko tulis ayat tamak kat situ? 1000000 kali aku baca (oke ini ayat tipu tapi yang pasti lebih dari sekali) tak jumpa2 ko tulis hanya boikot peniaga cina yang tamak tau.

Kat mana ko tulis pengguna tanpa kira bangsa perlu bersatu boikot peniaga tamak kat situ? Sejuta kali aku godek (ini pun tipu juga) pun tak jumpa2. Bila baca statement ko sikit pun tak mengambarkan apa yang ko cuba sampaikan menerusi penerangan susulan kau selepas isu neh jadi kontroversi. 

Apa kes?

Kenapa ko highlightkan peniaga cina seolah2 membayangkan semua peniaga di Malaysia hanyalah cina semata-mata? Bagaimana pula dengan peniaga lain2 bangsa, sudah turunkan harga barang kah mereka? Peniaga bangla, pakistan, indonesia dah turunkan harga barang gak ke? Kerajaan pula bagaimana? Tarif elektrik sudah turun kah? Semua perkara2 yang kerajaan benarkan untuk dinaikkan selaras dengan peningkatan kos bahan api pada ketika itu, sudah diputar kembali kah keputusan2 itu dengan menurunkan semula apa yang naik?

Tak juga. Kerajaan pun lepas tangan. Harga rumah makin mahal. Kos sara hidup makin melambung. Janji turunkan harga kereta pun tak ditepati. Macam mana kau semua jadi menteri neh. Sikit pun tak membantu meringankan masalah rakyat tertindas. Balik2 keluarkan kenyataan bangang. Dah kantoi, spin pula. Tak dapat nak cover, panggil menteri dan penyokong bekap. Lagi ramai yang sokong, insya-Allah lagi besar la peluang untuk aku berjaya memperbodohkan umat (UMNO khususnya). Ye tak Ismail Sabri? 

KAH KAH KAH

BTW, Najib. Best tak perbodohkan diri untuk membela Ismail Sabri? Ada rasa OREN tak?

MUAHAHAHAHAHA..

Share this

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...